Aug 26, 2007

Apabila diucap kalimah Lailaha illallah


Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari mulutnya yang menggucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung tadi dibawah Arasy. Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi,malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu.



Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu.."Wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan". Bertanya malaikat "Apakah permintaan itu?".

Berkata burung-burung itu, "Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku, barulah aku akan tidak membuat bising di sini".




Berkata malaikat itu, "Baiklah aku akan sampaikan kepada Allah". Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang menerima permintaan tersebut. Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan di Arasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat.

Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak melepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu. dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.




[+/-] Read More...

Aug 25, 2007

Wajah Suci itu tidak berdosa

(Dipetik dari album terbaru Mestica 313- "Wajah Suci")
Sila Layari Mestica





Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina

Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati

Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ihsan insani
Apa dosanya si kecil itu



Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan


Mengapa tiada simpati dan kasihan
Sayu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai

Namun lahirmu ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
Bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina
Bertaubatlah mereka yang hina..

Ciptaan :Abai Os / Noora & Abai Os


[+/-] Read More...

Aug 5, 2007

Promosi..promosi lagi.

Assalamualaikum WBT..lamanya saya tidak bertandang ke teratak sendiri ni. Sebulan?..lebih dari itu rasanya..dah dua bulan. Rasanya pengunjung semua sudah mengetahui kenapa saya 'berdiam diri' terlalu lama.

Tiba-tiba sahaja kali ini saya datang dengan hasrat ingin mempromosikan blog. Blog dari seorang insan yang berjiwa besar. Dialah kaunselor, dialah antara pembimbing, penunjuk ajar saya ketika di universiti sebelum ini. Sebagai sedikit balasan(rasanya belum setimpal dengan apa yang saya terima darinya), satu laman blog sebagai hadiah hati buat insan ini meneruskan karya-karyanya.

Semoga insan ini terus melakarkan cetusan yang boleh membuka minda, mata, agar kita tidak selalunya tidur..tapi sentiasa bangkit memperhalusi diri.

Jom, lawati kaunsufi



[+/-] Read More...