Apr 26, 2009

Link Walimah Musazanurfi

Sila lawati.. USRAH AKID ANIS(Ikatan Setia)


dan sahabat semua dijemput ke majlis..syukran.






[+/-] Read More...

Mar 19, 2009

New Product from Inteam Records & KTI!

ALBUM INTEAM 2009 'ALLAHU RABBI' NEW RELEASE!



Please Visit InteamMobile for online purchase. Only RM23.00!!



1. Allahu Rabbi
Lagu: Amin Inteam (Inteam Records)
Lirik: Zubaralhadid & Amin Inteam (Inteam Records)

2. Hamzah Asadullah
Lagu: Amin Inteam (Inteam Records)
Lirik: Alif Lam Ra' (Gurindam Entertainment)

3. Hanya Takdir (dedikasi untuk Palestin)
Lagu: Shamir Supaat & Azman Kasim (Hijjaz Records Publishing)
Lirik: Habsah Hassan (Warner Music Publishing)

4. Dia Muhammad
Lagu: Frizdan (Inteam Records)
Lirik: Frizdan (Inteam Records)

5. Kepastian
Lagu: Suhaimi & Khairul Salleh (Karyamosus)
Lirik: Suhaimi & Khairul Salleh (Karyamosus)

6. Kemuliaan Al Quran
Lagu: Amin Inteam (Inteam Records)
Lirik: Amin Inteam (Inteam Records) (adaptasi Doa Khatam Al-Quran)

7. Asy Syafie (duet bersama Ust. Tahassan)
Lagu: Belle (Inteam Records)
Lirik: Ust. Tahassan (Inteam Records)

8. Redha
Lagu: Syah Inteam (Inteam Records) & Salleh Brotherz (Arteffects Productions)
Lirik: Lukhman S. (Inteam Records)

9. Asma' Allah
Lagu: Amin Nordin (Nasyeed Edutainment Publishing)
Lirik: Copyright Controlled

10. Kasih Sayang (duet bersama Ust. Asri Rabbani)
Lagu: Ust. Asri Rabbani (Rabbani Production)
Lirik: Copyright Controlled



Tempahan pelekat kereta:KTI-Palestin



Sila layari Tempah Pelekat Kereta KTI Free Palestin untuk tempahan secara online.




[+/-] Read More...

Mar 1, 2009

Himpunan Rakyat PPSMI 7 Mac 2009

Lagi berita di HarakahDaily
Penulis tak dapat hadir, kena balik kampung setelkan urusan peribadi..
kepada yang lain, dijemput datang sebagai tanda sokongan kita dan keperihatinan kita malah kebimbangan kita akan nasib masa depan anak bangsa kita kelak. SELAMATKAN BAHASA MELAYU KITA. Bahasa penyelamat bangsa, bahasa tunjang budaya, bahasa cerminan peribadi..jangan rugikan hari esok jika hari ini kita sibuk mencari keuntungan peribadi.

[+/-] Read More...

Feb 25, 2009

TENANG KETIKA GAWAT

(sumber:email ofis lagi..)



Pelbagai kesan dirasai impak kegawatan ekonomi yang berlaku ketika ini. Di Malaysia, sudah 10,000 pekerja hilang pekerjaan sejak 1 Januari 2009 dan dijangkakan dalam tiga bulan pertama dalam tahun ini lebih ramai yang akan diberhentikan kerja. Dilaporkan di USA , seorang pekerja yang baru diberhentikan kerja telah bertindak nekad membunuh isteri dan 5 orang anaknya sebelum membunuh dirinya sendiri!

Peristiwa yang tragik ini adalah sebahagian fenomena sosial akibat tekanan hidup yang berat kerana kegawatan ekonomi yang sedang berlaku.

Bagi seorang Muslim, kegawatan yang berlaku adalah satu ujian yang ditakdirkan oleh Allah SWT. Muslim yang percaya kepada qada’ dan qadar akan mengharungi segala ujian dengan tabah dan optimis betapa di sebalik ujian dan dugaan ini pasti menyusul kesenangan dan kemanisan.

Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT berfirman; Aku berasa kagum terhadap hamba-hambaKu yang beriman….. apabila mereka diuji dengan kesenangan mereka bersyukur dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka dan apabila mereka diuji dengan kesusahan maka mereka bersabar dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka” (riwayat Muslim).

Antara amalan yang patut kita laksanakan dalam keadaan yang gawat ini adalah seperti berikut:

1. Berjimat cermat dan merancang perbelanjaan sebijaknya. Berbelanja hanya pada perkara yang perlu;
2. Banyak berdoa memohon dimurahkan rezeki. Sebahagian ulama juga mengatakan bahawa solat dhuha antara amalan untuk murah rezeki. Tapi janganlah nawaitu untuk solat dhuha “kerana Ringgit Malaysia ”.
3. Menjaga hubungan silaturrahim kerana menjaga hubungan silaturrahim adalah antara amalan yang menjadi punca murah rezeki. “Barangsiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim” (riwayat al Bukhari dan Muslim);
4. Konsisten dalam bersedekah. Nampak pelikkan, dalam susah pun kena konsisten bersedekah??? Terdapat pelbagai hadith yang sahih yang menjelaskan betapa orang yang banyak bersedekah takkan jatuh miskin dan dilipatgandakan rezekinya. Disebutkan dalam sebuah hadith: “Setiap kali menjelang Subuh, turunlah dua Malaikat ke langit dunia. Salah satu di antara mereka berdoa: “Ya Allah kau gantikan (dengan banyaknya) kepada hambaMu yang banyak memberi (bersedekah)” manakala malaikat yang satu lagi berdoa: “Ya Allah kau hilangkan (dengan banyak) bagi orang yang menahan harta mereka (kedekut)” (riwayat Bukhari dan Muslim). Again, ikhlaskan niat kerana Allah jangan sampai sedekah kita kerana “Ringgit Malaysia ”;
5. Sentiasa bersangka baik kepada Allah samada ketika diuji dengan kesenangan atau kepayahan. Jangan terlintas di hati kita perasaan betapa Allah tidak adil dan tidak kasih kepada kita. Yakinlah, apa pun ujian dari Allah pasti ada hikmah yang tersirat. Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya.

[+/-] Read More...

Feb 15, 2009

Ingin Jadi Ahli HPA?

Sekarang ini banyak sungguh makanan-makanan dan keperluan harian berjenama yang berada di pasaran. Rata-ratanya masih banyak yang mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan badan. Ada yang menunjukkan kesan jangka pendek macam batuk-batuk, pening kepala, kulit badan jadi merah-merah sebagainya. Ada yang memberi kesan jangka panjang dan lagi bahaya, seperti sakit jantung, darah tinggi, resdung malah boleh membawa kepada strok.
Keluar rumah saja, nak pergi pasaraya itu dan ini untuk membeli keperluan makanan. Tapi bila ingin membeli sahaja, tiada alternatif untuk membeli makanan dan keperluan harian yang selamat. Hampa juga.

For sure juga,masih banyak makanan dan keperluan harian yang dijual diragui kesahihan halalnya. Makanan yang tahan lama untuk rosak semestinya ada sesuatu di dalamnya. Ada pengawet. Pengawet,dah tentu ada bahan kimia atau minyak BA.. Kita kan sensitif bila sebut pasal BA.. ni (..sambung dengan ..BI). Hal masalah kejatuhan akhlak remaja, hedonisme dalam TV radio tak sensitif pulak, musykil betul..hehe. Dunia sudah akhir zaman. Tapi takkan kita nak terus berpegang dengan alasan itu sahaja tanpa bertindak sesuatu menghalang kemungkaran?

Berbalik pada topik yang dibincang tadi, penulis sebenarnya sudah menemui sedikit ruang alternatif untuk mencari makanan serta keperluan harian yang selamat dan suci(Halalan Taiiyiban). Alternatif lain penulis tidak menafikan ada terdapat di pasaran, cuma untuk mencarinya agak susah dan hanya kedai-kedai terpilih sahaja atau mungkin stokis-stokis di kawasan-kawasan tertentu.

HPA Industries Sdn. Bhd. atau nama asalnya Herba Penawar Al-Wahida..pernah dengar tak? Pernah kan..rasanya kita dah dengar produk ni sejak dalam 5 - 6 tahun lepas..HPA adalah sebuah syarikat yang diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis. Bermula bulan September 1987, perniagaan ini dilakukan secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995.



Penulis mula menjadi ahli HPA sewaktu berprogram di sekitar shah alam penghujung tahun lepas(2008). Waktu itu sahabat penulis ada membawa kit niaga HPA. Sebelum ini penulis tak pula ada rasa mahupun selera untuk jadi ahli HPA ni walaupun sudah mengetahui kewujudannya.

Tapi entah kenapa kuasa magiknya, apabila sahabat penulis menceritakan tentang kebaikan produk ini, penulis terbuka hati untuk regist dan menghulurkan RM30 sebagai bayaran pendaftaran. Alhamdulillah, bermula bulan November 2008 penulis sudah menjadi salah seorang ahli HPA. Dari sebulan ke sebulan hingga sekarang, panulis perlahan-lahan sudah membuat perubahan dalam memiliki keperluan harian yang sebelum ini ada mengandungi bahan kimia kepada barangan HPA yang lebih selamat dan suci. Apa yang istimewanya barangan HPA ni? sudah tentu perubatan jawai berasaskan herbanya. Setiap produk HPA pasti mengandungi ramuan herba yang baik untuk badan. Orang selalu duk sebut-sebut pasal nak buang toksin dalam badan..nah, HPA adalah pilihan terbaik anda!



Jadi la kan,..tak nak panjang-panjang cerita..

SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI HPA:

Saya boleh tolong uruskan. Apa yang perlu anda buat? Ni dia:

1. Emailkan maklumat peribadi anda kepada saya di : muhd_safuan.zainal@com.canon.co.jp seperti NAMA PENUH, KAD PENGENALAN, NO H/P, ALAMAT RUMAH & DUA ORANG NAMA PEWARIS.
2. Scan dan emailkan salinan KAD PENGENALAN kepada saya melalui email saya.
3. Sekiranya saya sudah menerima email anda, kita akan berurusan melalui email sahaja. Saya akan bagi no. akaun saya untuk anda semua bank in kan yuran kehlian SEUMUR HIDUP sebanyak RM30 sahaja.

Apa selanjutnya?

1. Saya akan poskan kit niaga HPA terus kepada anda. Dalam 1 minggu ke 2 minggu selepas itu, pihak HPA sendiri akan mengeposkan kad keahlian rasmi terus ke rumah anda. Selepas itu, boleh la anda membuat pembelian barangan HPA. Dalam kit niaga itu ada disertakan list stokis untuk ssatu Malaysia..=)..

Apa tunggu lagi? Kan kata nak tukar cara hidup kepada yang lebih selamat dan terjaming? Badang banyak toksin sapa nak jawab?Tu la..banyak sangat pakai barangan berjenama yang boleh merosakkan badan..Sekarang dah ada HPA. Toksey jugop?pah..guanoo..hehe.

Wassalam.

(buat masa ini saya buka peluang ini kepada sesiapa yang berminat dalam Malaysia sahaja)

[+/-] Read More...

Feb 12, 2009

TESCO

(sumber:sms forward dari kawan-kawan)

TESCO
Pengasas: Sir Jack Cohen
Berasal dari keluarga Yahudi yang kaya raya. Nama pasaraya TESCO diambil dari nama isterinya TESSA COHEN.

SELURUH HASIL JUALAN PADA HARI SABTU AKAN DISALURKAN KEPADA TENTERA REJIM MEMPROMOSI PRODUK ISRAEL DI SERATA PELUSUK DUNIA.

Apa Tindakan Kita??

Boikot TESCO!!

Jangan Biarkan saudara kita di Palestin terus menjadi mangsa Zionist Laknatullah.

Marilah kita sama-sama berjihad dengan menyebarkan berita ini kepada sahabat-sahabat kita yang lain.

[+/-] Read More...

Feb 10, 2009

Nizar Jamaluddin Masih MB Perak - Dr Haron Din & RAJA DAN DEMOKRASI:Dari Tok Guru Nik Aziz

(sumber:Harakahdaily)
LanjusohMon Feb 09, 09 1:58:50 pm MYT

TANAH MERAH, 9 Feb (Hrkh) - Ketika Adun Sungai Pinang, Nordin Salleh danAdun Limbongan, Wan Najib Wan Mohamad keluar Semangat 46 dan menyertaiUmno pada 1992, Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantanmengisytiharkan kedua-dua kerusi itu kosong.
Nordin dikatakan menyertai semula Umno kerana tidak puas tak dilantiksebagai anggota Exco kerajaan negeri dalam kerajaan Angkatan PerpaduanUmmah (Angkatan).
Omar Mohamad selaku Speaker ketika itu menulis surat kepada SuruhanjayaPilihan Raya (SPR) bagi memaklumkan kekosongan kerusi tersebut.
Tindakan itu dibuat selaras dengan pindaan dibuat pada Undang-UndangTubuh Negeri Kelantan Perkara XXX1A yang menyebut sekiranya seseorangAdun meninggalkan parti atau dipecat, maka kerusi yang dimenangi dalampilihan raya menjadi kosong.
Selepas itu SPR mengadakan pilihan raya di kedua-dua Dun terbabit dengandimenangi calon Angkatan dari Semangat 46 iaitu Mahmood Yakub di SungaiPinang dan Samat Mamat di Limbongan.
Namun selepas itu Nordin dan Wan Najib mencabar keputusan Speaker yangmengosongkan kerusi Sungai Pinang dan Limbongan.
Ekoran itu Mahkamah Agung memutuskan pindaaan perlembagaan Kelantan yangdibuat tidak sah dan bertentangan dengan Perkara 10(1)(c) yang menjaminhak kebebasan berpersatuan.
Mahkamah telah memberi semula kerusi kepada Nordin dan Wan Najibsehingga rakyat Kelantan menggelar mereka sebagai 'wakil mahkamah' danbukan wakil rakyat.
Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Mohd AmarAbdullah berkata, kes serupa juga berlaku di Perak sekarang, namun SPRtelah bertindak di luar bidang kuasanya.
Katanya SPR enggan menerima keputusan Speaker yang menggosongkan kerusiBehrang, Changkat Jering dan Jelapang apabila Adun berkenaanmengisytiharkan keluar dari KeADIlan dan DAP.
"SPR tidak wajar meragui surat yang dibawa Speaker, V Sivakumar apabilamenerima surat perletakan jawatan daripada Mohd Osman Jailu danJamaluddin Mohd Radzi. Tindakan yang sepatutnya diambil SPRmengisytiharkan pilihan raya.
"Namun apa yang berlaku di Perak, SPR menafikan surat yang dibawaSpeaker, sedangkan hak menentukan kerusi kosong atau tidak itu hakspeaker," katanya pada ceramah di padang Majlis Daerah Tanah Merah disini, malam semalam.
Dan kata beliau apabila Adun Behrang dan Changkat Jering tidak berpuashati dengan keputusan Speaker, mereka boleh mencabarnya di mahkamah.
Mohd Amar yang juga anggota Exco kerajaan Kelantan berkata, Speakermerupakan orang ketiga berpengaruh di sesebuah negeri selepas MenteriBesar dan Timbalan Menteri Besar.
Menurutnya hujah serupa juga diutarakan ahli-ahli akademik di manamereka mempertikaikan kerajaan baru ditubuh tanpa melalui undi tidakpercaya di Dun.
Kata beliau ramai cendikiawan berhujah kerajaan hanya boleh ditukarkanmelalui undi tidak percaya yang dibawa ketika persidangan Dun diadakandan bukan seperti berlaku sekarang.
Oleh itu beliau berkata, kerajaan Perak yang baru dibentuk di Peraksekarang adalah tidak sah.
Padang tempat berlangsung ceramah tersebut penuh sesak dengan kehadiranorang ramai. Segenap ruang padang dipenuhi penduduk tempatan.
Hadir sama Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat danTimbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Harun Din dan Yang Dipertua PASTanah Merah, Wan Yusof Wan Mamat.
Harun berkata, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin masih lagi dianggapsebagai Menteri Besar Perak kerana undang-undang menetapkan pemecatanboleh dilakukan melalui usul tidak percaya di Dun.
"Saya hendak bertanya pihak berkenaan peruntukan mana yang digunakanmeminta Menteri Besar meletak jawatan. Mengapa tidak boleh tunggusehingga persidangan Dun berlangsung.
"Atau mungkin mereka bimbang ketiga-tiga Adun terbabit akan berpatahbalik kepada Pakatan Rakyat," ujarnya. - mj _
...
PERUTUSAN MURSYIDUL AM PAS RAJA DAN DEMOKRASI

1. Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an.


2. Status Institusi Raja akan terjejas di mata rakyat kalau Raja mendengar dan akur menerima nasihat (advise) dari orang lain. Di zaman Tun Dr. Mahathir, Institusi Raja terjejas teruk dan jangan-jangan ia terjejas lagi di kali ini. Ucapan saya ketika di Parlimen di masa itu antara lain berbunyi: “Orang politik akan menjadi Raja/Presiden di masa hadapan. Puncanya kerana peribadi sebahagian Raja-Raja itu sendiri.Ůž¬

3. Sistem Beraja tidak menjadi semakin bertambah. Hendaklah diingati benar-benar bahawa sistem Beraja semakin hari semakin berkurangan. Bertambah tidak. Dunia boleh saksikan sendiri bagaimana Raja Nepal di Katmandu, Sultan Hussein di Singapura, Hamingkubuwono di Indonesia, Sultan Kudrat di Filipina, Al-Malik Farouk di Mesir, Shah Iran di Iran, Maharaja China di Negeri China, Maharaja Yaman di Yaman, Iraq, India dan seluruh Benua Eropah. Kini, mereka hanya tinggal sejarah.


4. Jadi, Institusi Raja di Malaysia perlu berhati-hati benar.


5. Saya sayangkan Institusi Raja kerana saya tahu bahawa rakyat hormatkan Rajanya. Saya sendiri dapat merasakannya kerana saya sendiri juga daripada keturunan Raja Jembal. Selain daripada menghormati saya dari aspek-aspek yang lain khususnya dari hal agama, mereka hormat saya kerana saya juga datang dari keturunan ini.


6. Tegasnya semua pihak perlu berhati-hati dalam menangani krisis yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di luar dari Negeri Perak. Ingatlah, Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan Allah tidak akan berpihak kepada pihak yang berbuat kezaliman. Sebaliknya, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas. Firman Allah S.W.T. bermaksud : “Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.(Surah Al An’aam: Ayat 45).


Wallahua’lam.


NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS

[+/-] Read More...

Feb 2, 2009

Tanda Tanda Dunia di Penghujung Nyawa

(sumber: email dari kawan-kawan)
1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: 'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.' - Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...
2) Zina bermaharajalela. 'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim

~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik. 'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; 'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telahbermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita' - Ibnu Majah

~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...
4) Menghias masjid & membanggakannya. 'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid' - Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. 'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yangburuk dalam tetangga.' - Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......
6) Ramai orang soleh meninggal dunia. 'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yangmakruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. 'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia' - Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada....

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. 'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.' - Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)...

10) Bulan sabit kelihatan besar. 'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan sabit.' - Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok...

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. 'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu darimereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu'- Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popularskarang nie......

12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. 'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.' -Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq ...

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. 'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadipadangrumput & sungai²' - Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...

Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda: 'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...'
DONT GIVE UP

[+/-] Read More...

Jan 13, 2009

Tolong Buka Mata Wahai Umat Islam Sedunia dan Tolong SEDAR

(sumber:ada orang bagi email pada saya)
A very interesting piece of information or shall I say advice to be shared.

Happy 1430 Hijria.

Happy? But situations in the Muslim world is still sad as it was 500 years ago since we relaxed our quest for knowledge. Because of that influence and power shifted to the Christian world - and have remained there ever since.

The figures are speaking themselves very loudly but we refuse to listen. Some thoughts - Extracts of speech by Hafez A.B. Mohamed. Director-General, Al Baraka Bank.


Demographics:
o World Jewish population: 14 million
o Distribution: 7m in America
5m in Asia
2m in Europe
100 thousands in Africa
o World Muslim population: 1.5 billion
o Distribution: 1 billion in Asia/Mid-East
400m in Africa
44m in Europe
6m in the Americas


o Every fifth human being is a Muslim.
o For every single Hindu there are two Muslims
o For every Buddhist there are two Muslims
o For every Jew there are 107 Muslims

Yet the 14 million Jews are more powerful than the
entire 1.5 billion Muslims...

Why..?

Here are some of the reasons.

Movers of Recent History
o Albert Einstein - Jewish
o Sigmund Freud - Jewish
o Karl Marx - Jewish
o Paul Samuelson - Jewish
o Milton Friedman - Jewish


Medical Milestones
o Vaccination needle: Benjamin Ruben - Jewish
o Polio vaccine: Jonas Salk - Jewish
o Leukaemia drug: Gertrude Elion - Jewish
o Hepatitis B: Baruch Blumberg - Jewish
o Syphilis drug: Paul Ehrlich - Jewish
o Neuro muscular: Elie Metchnikoff - Jewish
o Endocrinology: Andrew Schally - Jewish
o Cognitive therapy: Aaron Beck - Jewish
o Contraceptive pill: Gregory Pincus - Jewish
o Understanding of human eye: G. Wald - Jewish
o Embryology: Stanley Cohen - Jewish
o Kidney dialysis: Willem Kloffcame - Jewish


Nobel Prize Winners
In the past 105 years, the 14 million Jews have won 180
Nobel prizes whilst the 1.5 billion Muslims have achieved only 3 Nobel winners.


Inventions that changed History
o Micro-processing chip: Stanley Mezor - Jewish
o Nuclear chain reactor: Leo Sziland - Jewish
o Optical fibre cable: Peter Schultz - Jewish
o Traffic lights: Charles Adler - Jewish
o Stainless steel: Benno Strauss - Jewish
o Sound movies: Isador Kisee - Jewish
o Telephone microphone: Emile Berliner - Jewish
o Video tape recorder: Charles Ginsburg - Jewish


Influential Global Businesses
o Polo: Ralph Lauren - Jewish
o Coca-Cola: - Jewish
o Levi's: Levi Strauss - Jewish
o Starbuck's: Howard Schultz - Jewish
o Google: Sergey Brin - Jewish
o Dell Computers: Michael Dell - Jewish
o Oracle Computers: Larry Ellison: - Jewish
o DKNY: Donna Karan - Jewish
o Baskin Robbins: Irv Robbins - Jewish
o Dunkin' Donuts: Bill Rosenberg - Jewish


Influential Policy-makers/ Politicians
o Henry Kissinger , US Sec. of State - Jewish
o Richard Levin, President Yale University - Jewish
o Alan Greenspan , US Federal Reserve - Jewish
o Joseph Lieberman , US Senator - Jewish
o Madeleine Albright , US Sec. of State - Jewish
o CasperWeinberger , US Sec. of Defence - Jewish
o Maxim Litvinov , USSR Foreign Minister - Jewish
o David Marshal , Singapore Chief Minister - Jewish
o Isaac Isaacs, Gov-Gen. Australia - Jewish
o Benjamin Disraeli, British Statesman - Jewish
o Yevgeny Primakov, Russian PM - Jewish
o Barry Goldwater , US Politician - Jewish
o Jorge Sampaio, President of Portugal - Jewish
o Herb Gray, Canadian Deputy PM - Jewish

o Pierre Mendes, French PM - Jewish
o Michael Howard, British Home Sec. - Jewish
o Bruno Kriesky, Austrian Chancellor - Jewish
o Robert Rubin , US Sec. of Treasury - Jewish


Global Media Figures
o Wolf Blitzer, CNN - Jewish
o Barbara Walters, ABC News - Jewish
o Eugene Meyer , Washington Post - Jewish
o Henry Grunwald, Time Magazine - Jewish
o Katherine Graham , Washington Post - Jewish
o Joseph Lelyeld, New York Times - Jewish
o Max Frankel, New York Times - Jewish


Global Philanthropists
o George Soros - Jewish
o Walter Annenberg - Jewish


Why are they powerful and why are Muslims powerless?

Here's another reason... We have lost the capacity to
produce knowledge.
o In the entire Muslim world (57 Muslim countries) there
are only 500 universities
o In USA alone, 5,758 universities
o In India alone, 8,407 universities


Not one university in the entire Islamic World features
in the Top 500 Ranking Universities of the World


o Literacy in the Christian world - 90%
o Literacy in the Muslim world - 40%
o 15 Christian-majority countries' literacy rate - 100%
o Muslim-majority countries with 100% - None
o 98% in Christian countries completed primary education
o Only 50% in Muslim countries completed primary education
o 40% in Christian countries attended university
o In Muslim countries, a dismal 2% attended university
o Muslim-majority countries have 230 scientists per million
o The USA has 5000 per million
o The Christian world - 1000 technicians per million
o Entire Arab world - only 50 technicians per million
o Muslim world spending on R&D - 0.2% of GDP
o Christian world's R&D - 5.0% of GDP



Conclusions
The Muslim world lacks the capacity to produce
knowledge.

Another way of testing the degree of knowledge is the
degree of diffusing knowledge.
o Pakistan : 23 daily newspapers per 1000 citizens
o Singapore : 460 per 1000 citizens
o UK book titles per million is 2000
o Egypt book titles per million is only 17

Conclusion.. .
Muslim World is failing to diffuse knowledge.

Applying knowledge is another such test.
o Exports of high-tech products from Pakistan : 0.9%
o In Saudi Arabia : only 0.2%
o Kuwait , Morocco and Algeria : only 0.3%
o Tiny Singapore (4mil pop.) : 68% ...!

Conclusion.. .
Muslim world is failing to apply knowledge.

What do you conclude? No need to tell... The figures are speaking themselves very loudly but we are unable to use the ears Allah gave us to listen and eyes to let us see...


Advice
Please educate yourself and your children. Excuses like lack of money, ability or opening are nothing more than that - excuses.

Always promote education, don't compromise on it. We hate to be weak, illiterate and poor but are we too weak to give our children the opportunity to break the curse?

Don't ignore your children's slightest misguidance from education... and please, for Allah's sake, don't use your personal contacts to promote your children in their
education. If they fail, let them because it will make them learn the sweetness of success. Remember... if they can't do it now, they can't ever.


With knowledge comes power, and with it even the small can rule over the big. We are world's biggest but sadly NOT strongest nation.

All we need is to identify and explore our inner selves. Insha-Allah, our weapon to victory, our duty to spread God's words and our opportunity save all humankind is best through knowledge, creativity, literacy.... And nothing else.

.... Wake up O khalifahs of the land ...

[+/-] Read More...

Jan 11, 2009

Israel Biadap!

[+/-] Read More...

Jan 7, 2009

KITA PEDULI PALESTINE

Catatan Berdarah 12 hari Israel Menyerang Semenanjung Gaza, Korban Warga Palestin mencecah 688 orang.



PALESTINE 1

PALESTINE 2

MERCY MALAYSIA TELAH MELANCARKAN TABUNG RAYUAN KECEMASAN PALESTIN SEBAGAIMANA YANG TELAH DISIARKAN DIDALAM NTV7 SEMALAM.SEMOGA SUMBANGAN IKHLAS ANDA AKAN DAPAT MENGURANGKAN PENDERITAAN PENDUDUK PALESTIN.lIHAT dI SINIhttp://www.youtube.com/watch?v=iQKIkeUR3l4PALESTINE RELIEF FUNDCheque payable to MERCY MALAYSIACIMB Account No : 1424-000-6561053CEPAT KE CIMB SEKARANG....

[+/-] Read More...

Jan 2, 2009

Abdul Wahid Endut calon PAS untuk PRK Kuala Terengganu P36

musazanurfi kembali..=) SALAM MAAL HIJRAH 1430h BUAT SEMUA..HIJRAH UMMAH AQIDAH MANTHOP.
(Sumber: HarakahDaily)

Thu Jan 01, 09 11:05:26 pm MYT
KUALA TERENGGANU, 1 Jan 2009 (Hrkh) - Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam Abdul Wahid Endut diumumkan sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari nanti.
Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebentar tadi di Stadium Negeri yang dihadiri lebih 10,000 penyokong. Turut hadir sama dalam majlis penting itu Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden PAS Mohammad Sabu, Setiausaha Agung PAS Dato' Kamaruddin Jaffar, Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan beberapa pimpinan PAS Pusat yang lain.

Manakala di peringkat negeri dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Dato' Mustafa Ali, Timbalan Pengarah Pilihan Raya Dato' Wan Mutalib Embong, Adun Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Nawawi dan saf kepimpinan negeri.
Abdul Wahid, 52 tahun adalah ADUN sejak lima penggal, lulusan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dalam bidang perikanan dan sains marin. Beliau memiliki rekod yang cemerlang sebagai Adun atau Exco selama sepenggal dan sebagai Adun pembangkang. Wahid dianggap sebagai anak didik Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali kerana kerusi Wakaf Mempelam yang beliau wakili kini adalah kerusi yang dimenangi oleh Mustafa ketika PAS melakukan 'comeback' di Terengganu pada tahun 1982.

Parlimen Kuala Terengganu mempunyai 4 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana 3 daripadanya dimenangi oleh PAS manakala 1 DUN dimenangni BN (MCA). DUN-DUN yang dimenangi oleh PAS ialah Wakaf Mempelam (Abdul Wahid Endut), Ladang (Tengku Hassan Tnegku Omar), dan Batu Buruk (Dr. Syed Azman Ahmad Nawawi).

Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen P036 berikutan kematian mengejut penyandangnya, Dato Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Oktober lalu.
Pada PRU ke-12, 8 Mac 2008 lalu Dato' Razali calon BN menang tipis dengan majoriti 628 undi menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf hanya mendapat 685 undi. Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Kuala Terengganu ialah 80,229 orang termasuk 1,035 pengundi pos. - azm _

[+/-] Read More...