Mar 30, 2007

31 Mac2007 / 12 Rabiulawal 1428H - MIMBAR - Menyingkap Indahnya Memori Bersama Rasulullah

Assalamualaikum..lamanya x berposting..uuu...lamanyaaa...banyak benda nak diceritakan di musaza_nurfi ni. Tapi buat masa ni, hanya ni je masa yang sempat penulis celah.


Penulis ingin mempromosikan program terbaru penggerak program penulis. Program ini sempena sambutan Maulidurrasul 1428H di universiti penulis. Penulis tinggal lebih kurang sebulan lebih sahaja lagi sebelum berangkat ke tempat LI(Latihan Industri)..huhu nanti penulis ceritakan kembali.

Program MIMBAR ini bermula dengan sesi selawat dan bacaan al-mathurat, kemudian solat jemaah maghrib dan seterusnya sesi Diskusi Maghrib 'Air Mata Dibalas Permata'. Isu utama yang akan didiskusikan adalah; isu penghinaan Rasulullah SAW, bagaimana persepsi/tindakan kita serta isu pemboikotan barangan Israel-Amerika dan sekutunya.

Kemudian selepas solat isya', konsert nasyid inteam dan Nazrey X-Raihan akan berlangsung selama 2 jam di dataran Taman Inovasi Makmal Kejuruteraan Mekanikal.

Poster Nasyid


Banner Konsert (Sori..mungkin blog penulis ada masalah
untuk paparkan warna yang sempurna)






Banner Diskusi Maghrib(Sori Kecik je)



Flyers

Tiket


Di sini disertakan tentatif program..

6.30 petang ~ Ketibaan hadirin ke masjid UMP dan pembacaan

al-mathurat & Selawat

7.20 malam ~ Solat Maghrib berjemaah

7.45 malam ~ Diskusi bertajuk ‘Air Mata Dibalas Permata’ bermula

8.45 malam ~ Solat Isya’ berjemaah

9.15malam ~ Ketibaan hadirin ke dataran Makmal Kejuruteraan Mekanikal

9.30 malam ~ Ucapan oleh Y.H. Naib Canselor

9.45 malam ~ Persembahan Nasyid Imtiaz (UMP)

10.00 malam ~ Persembahan sajak ‘Menyingkap Indahnya Memori

Bersama Rasulullah’

10.15 malam ~ Persembahan artis nasyid Nazrey Johani & kumpulan Inteam

11.15 malam ~ Penyampaian cenderahati

11.30 malam ~ Majlis bersurai

Harga tiket:
RM5-pelajar/siswa/siswi RM8-staff/dewasa RM3-kanak-kanak *RM15-pakej keluarga 1 *RM20-pakej keluarga 2


Ok, semoga MIMBAR menjadi salah satu pengisian untuk kita dalam rangka mengingati perjuangan Rasulullah SAW. Huhu..maaf tak boleh nak cerita banyak..kena setelkan banyak perkara..nanti penulis cerita lagi yek. Jemput kepada semua pengunjung blog ini untuk hadir.

Sila Layari Komuniti Teman Inteam untuk maklumat lanjut.





[+/-] Read More...

Mar 3, 2007

Perang Tabuk Tingkatkan Kekuatan Aqidah

Posting belum siap..sedang disiapkan.



Ya Rabbi..kenapalah penulis suka buat kerja bertangguh-tangguh ni..

Kan sikap menangguh kerja itu satu sikap yang tidak elok dan tidak patut ada dalam diri seorang pencinta Islam? Sikap negatif ni kalau tidak dikikis bermula sekarang, alamatnya nanti..ha tengok lah, Islam pun lambat didaulahkan. Nasib umat islam pun lambat dipelihara, kesatuan umat pun makin lama makin sukar dibentuk. Masalah keruntuhan akhlaq umat Islam lagi la jauh dari level sembuh. Kalau nak bagi alasan sibuk, siapa kita nak berkata sedemikian sedangkan jadual tugasan kita belum lagi sama level dengan jadual tugasan pada zaman Rasulullah SAW? Baginda lagi lebih sibuk dari kita.

Ha.. mulala masa tu nak menyoal. Siapa yang harus disalahkan?..tak kan nak tuju pada 'mereka dan keluarga mereka'. Siapa pulak mereka tu? Kita laa..tak perlu la kita nak tuju pada orang lain, kita yang harus dipersalahkan sebenarnya.
Penulis suka membebel pada diri sendiri..eh, baru penulis perasan..tapi dah lama dah pun penulis suka membebel. Bahasa yang penulis biasa guna sekarang, ngepek..supo kerepek. Huhu..membebel lagi.

Penulis sebenarnya sudah lama berniat untuk mem'posting'kan satu kuliah subuh yang penulis hadir di masjid universiti penulis. Kuliah subuh ini telah disampaikan sejak lebih seminggu yang lepas iaitu pada 24 Februari 2007 oleh sahabat penulis yang hensem lagi berkarisma. Tapi atas alasan 'sibuk' dengan tugasan penyiapan MIMBAR seperti mana yang penulis sebut pasal 'sibuk' kat atas tadi tu, penulis dah menangguhkan hasrat mem'posting' tentang kuliah subuh tersebut.

Pernah penulis meminjam motor sahabat ni semasa penulis berada di negeri Kelantan suatu masa dahulu, negeri sahabat penulis nila..pernah sama-sama dengan sahabat ni menampung tayar motor tersebut yang tiba-tiba bocor di tengah jalan..yela, macam mana tak bocor kalau sekali naik overload 3 orang? Over the rainbow la jadinya..

Tengok, penulis banyak menyimpang dari matlamat asal ber'posting'. OK..proceed ya.

Sahabat penulis menyampaikan kuliah subuhnya yang bertajuk 'Perang Tabuk' dengan bersumberkan:

Buku Fiqh Al-Haraqah dari Sirah Nabawiyyah siri 3
Karangan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Terbitan Jabatan Penerangan PAS Pusat
Cetakan Pertama Jun 2006
Bab VII 'PEPERANGAN TABUK' Halaman 149
SILA DAPATKAN BUKU INI DIPASARAN KEDAI BUKU BERHAMIRAN ANDA, atau
HUBUNGI : 03 40253525
(Jabatan Penerangan PAS Pusat)

Penulis cuba berikan penerangan ringkas hasil dari penyampaian kuliah subuh sahabat penulis berdasarkan nota salinan penulis mendengar sahabat penulis menyampaikan kuliah. Penulis juga mengambil beberapa sumber dari internet lain sebagai pemudah cara. Kepada semua, moga kita jadikan kisah Peperangan Tabuk ini sebagai salah satu sumber pengajaran yang sarat dengan peringatan-peringatan yang berguna dalam memperbaiki mutu iman dan gerak kerja kita. Tiada guru yang selayaknya selain mengambil iktibar dari peristiwa silam.

Peperangan Tabuk adalah kelangsungan dari Nabi menyebarkan dakwah di Rom Timur.





[+/-] Read More...

Mar 1, 2007

LAFAZ YANG TERSIMPAN
(Petikan perenggan akhir lirik lagu)

Tiada lagi ertinya pengucapan

Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan


Lafaz yang tersimpan. Inilah realiti kita sekarang pada ibu. Segala masalah, bukan ibu yang dikejari untuk diminta nasihat sebagai pembina diri, tetapi rakan-rakan di sekeliling juga yang dicari..tiba waktu ibu dijemput Illahi..mampukah kita menahannya dari pergi?

Ya Allah, ku mohon dengan sangat, berkatilah usia kedua ibu bapaku..lanjutkanlah usia mereka. Izinkan tangan ini, agar suatu masa dapat ku pimpin tangan ibu untuk bertawaf di rumah suci-Mu..ibuku sumber inspirasiku.


[+/-] Read More...