(sumber:email ofis lagi..)
Pelbagai kesan dirasai impak kegawatan ekonomi yang berlaku ketika ini. Di Malaysia, sudah 10,000 pekerja hilang pekerjaan sejak 1 Januari 2009 dan dijangkakan dalam tiga bulan pertama dalam tahun ini lebih ramai yang akan diberhentikan kerja. Dilaporkan di USA , seorang pekerja yang baru diberhentikan kerja telah bertindak nekad membunuh isteri dan 5 orang anaknya sebelum membunuh dirinya sendiri!
Peristiwa yang tragik ini adalah sebahagian fenomena sosial akibat tekanan hidup yang berat kerana kegawatan ekonomi yang sedang berlaku.
Bagi seorang Muslim, kegawatan yang berlaku adalah satu ujian yang ditakdirkan oleh Allah SWT. Muslim yang percaya kepada qada’ dan qadar akan mengharungi segala ujian dengan tabah dan optimis betapa di sebalik ujian dan dugaan ini pasti menyusul kesenangan dan kemanisan.
Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT berfirman; Aku berasa kagum terhadap hamba-hambaKu yang beriman….. apabila mereka diuji dengan kesenangan mereka bersyukur dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka dan apabila mereka diuji dengan kesusahan maka mereka bersabar dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka” (riwayat Muslim).
Antara amalan yang patut kita laksanakan dalam keadaan yang gawat ini adalah seperti berikut:
1. Berjimat cermat dan merancang perbelanjaan sebijaknya. Berbelanja hanya pada perkara yang perlu;
2. Banyak berdoa memohon dimurahkan rezeki. Sebahagian ulama juga mengatakan bahawa solat dhuha antara amalan untuk murah rezeki. Tapi janganlah nawaitu untuk solat dhuha “kerana Ringgit Malaysia ”.
3. Menjaga hubungan silaturrahim kerana menjaga hubungan silaturrahim adalah antara amalan yang menjadi punca murah rezeki. “Barangsiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim” (riwayat al Bukhari dan Muslim);
4. Konsisten dalam bersedekah. Nampak pelikkan, dalam susah pun kena konsisten bersedekah??? Terdapat pelbagai hadith yang sahih yang menjelaskan betapa orang yang banyak bersedekah takkan jatuh miskin dan dilipatgandakan rezekinya. Disebutkan dalam sebuah hadith: “Setiap kali menjelang Subuh, turunlah dua Malaikat ke langit dunia. Salah satu di antara mereka berdoa: “Ya Allah kau gantikan (dengan banyaknya) kepada hambaMu yang banyak memberi (bersedekah)” manakala malaikat yang satu lagi berdoa: “Ya Allah kau hilangkan (dengan banyak) bagi orang yang menahan harta mereka (kedekut)” (riwayat Bukhari dan Muslim). Again, ikhlaskan niat kerana Allah jangan sampai sedekah kita kerana “Ringgit Malaysia ”;
5. Sentiasa bersangka baik kepada Allah samada ketika diuji dengan kesenangan atau kepayahan. Jangan terlintas di hati kita perasaan betapa Allah tidak adil dan tidak kasih kepada kita. Yakinlah, apa pun ujian dari Allah pasti ada hikmah yang tersirat. Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya.
Feb 25, 2009
TENANG KETIKA GAWAT
Feb 15, 2009
Ingin Jadi Ahli HPA?
For sure juga,masih banyak makanan dan keperluan harian yang dijual diragui kesahihan halalnya. Makanan yang tahan lama untuk rosak semestinya ada sesuatu di dalamnya. Ada pengawet. Pengawet,dah tentu ada bahan kimia atau minyak BA.. Kita kan sensitif bila sebut pasal BA.. ni (..sambung dengan ..BI). Hal masalah kejatuhan akhlak remaja, hedonisme dalam TV radio tak sensitif pulak, musykil betul..hehe. Dunia sudah akhir zaman. Tapi takkan kita nak terus berpegang dengan alasan itu sahaja tanpa bertindak sesuatu menghalang kemungkaran?
Berbalik pada topik yang dibincang tadi, penulis sebenarnya sudah menemui sedikit ruang alternatif untuk mencari makanan serta keperluan harian yang selamat dan suci(Halalan Taiiyiban). Alternatif lain penulis tidak menafikan ada terdapat di pasaran, cuma untuk mencarinya agak susah dan hanya kedai-kedai terpilih sahaja atau mungkin stokis-stokis di kawasan-kawasan tertentu.
HPA Industries Sdn. Bhd. atau nama asalnya Herba Penawar Al-Wahida..pernah dengar tak? Pernah kan..rasanya kita dah dengar produk ni sejak dalam 5 - 6 tahun lepas..HPA adalah sebuah syarikat yang diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis. Bermula bulan September 1987, perniagaan ini dilakukan secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995.
Penulis mula menjadi ahli HPA sewaktu berprogram di sekitar shah alam penghujung tahun lepas(2008). Waktu itu sahabat penulis ada membawa kit niaga HPA. Sebelum ini penulis tak pula ada rasa mahupun selera untuk jadi ahli HPA ni walaupun sudah mengetahui kewujudannya.
Tapi entah kenapa kuasa magiknya, apabila sahabat penulis menceritakan tentang kebaikan produk ini, penulis terbuka hati untuk regist dan menghulurkan RM30 sebagai bayaran pendaftaran. Alhamdulillah, bermula bulan November 2008 penulis sudah menjadi salah seorang ahli HPA. Dari sebulan ke sebulan hingga sekarang, panulis perlahan-lahan sudah membuat perubahan dalam memiliki keperluan harian yang sebelum ini ada mengandungi bahan kimia kepada barangan HPA yang lebih selamat dan suci. Apa yang istimewanya barangan HPA ni? sudah tentu perubatan jawai berasaskan herbanya. Setiap produk HPA pasti mengandungi ramuan herba yang baik untuk badan. Orang selalu duk sebut-sebut pasal nak buang toksin dalam badan..nah, HPA adalah pilihan terbaik anda!
Jadi la kan,..tak nak panjang-panjang cerita..
SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI HPA:
Saya boleh tolong uruskan. Apa yang perlu anda buat? Ni dia:
1. Emailkan maklumat peribadi anda kepada saya di : muhd_safuan.zainal@com.canon.co.jp seperti NAMA PENUH, KAD PENGENALAN, NO H/P, ALAMAT RUMAH & DUA ORANG NAMA PEWARIS.
2. Scan dan emailkan salinan KAD PENGENALAN kepada saya melalui email saya.
3. Sekiranya saya sudah menerima email anda, kita akan berurusan melalui email sahaja. Saya akan bagi no. akaun saya untuk anda semua bank in kan yuran kehlian SEUMUR HIDUP sebanyak RM30 sahaja.
Apa selanjutnya?
1. Saya akan poskan kit niaga HPA terus kepada anda. Dalam 1 minggu ke 2 minggu selepas itu, pihak HPA sendiri akan mengeposkan kad keahlian rasmi terus ke rumah anda. Selepas itu, boleh la anda membuat pembelian barangan HPA. Dalam kit niaga itu ada disertakan list stokis untuk ssatu Malaysia..=)..
Apa tunggu lagi? Kan kata nak tukar cara hidup kepada yang lebih selamat dan terjaming? Badang banyak toksin sapa nak jawab?Tu la..banyak sangat pakai barangan berjenama yang boleh merosakkan badan..Sekarang dah ada HPA. Toksey jugop?pah..guanoo..hehe.
Wassalam.
(buat masa ini saya buka peluang ini kepada sesiapa yang berminat dalam Malaysia sahaja)
Feb 12, 2009
TESCO
(sumber:sms forward dari kawan-kawan)
TESCO
Pengasas: Sir Jack Cohen
Berasal dari keluarga Yahudi yang kaya raya. Nama pasaraya TESCO diambil dari nama isterinya TESSA COHEN.
SELURUH HASIL JUALAN PADA HARI SABTU AKAN DISALURKAN KEPADA TENTERA REJIM MEMPROMOSI PRODUK ISRAEL DI SERATA PELUSUK DUNIA.
Apa Tindakan Kita??
Boikot TESCO!!
Jangan Biarkan saudara kita di Palestin terus menjadi mangsa Zionist Laknatullah.
Marilah kita sama-sama berjihad dengan menyebarkan berita ini kepada sahabat-sahabat kita yang lain.
Feb 10, 2009
Nizar Jamaluddin Masih MB Perak - Dr Haron Din & RAJA DAN DEMOKRASI:Dari Tok Guru Nik Aziz
TANAH MERAH, 9 Feb (Hrkh) - Ketika Adun Sungai Pinang, Nordin Salleh danAdun Limbongan, Wan Najib Wan Mohamad keluar Semangat 46 dan menyertaiUmno pada 1992, Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantanmengisytiharkan kedua-dua kerusi itu kosong.
Nordin dikatakan menyertai semula Umno kerana tidak puas tak dilantiksebagai anggota Exco kerajaan negeri dalam kerajaan Angkatan PerpaduanUmmah (Angkatan).
Omar Mohamad selaku Speaker ketika itu menulis surat kepada SuruhanjayaPilihan Raya (SPR) bagi memaklumkan kekosongan kerusi tersebut.
Tindakan itu dibuat selaras dengan pindaan dibuat pada Undang-UndangTubuh Negeri Kelantan Perkara XXX1A yang menyebut sekiranya seseorangAdun meninggalkan parti atau dipecat, maka kerusi yang dimenangi dalampilihan raya menjadi kosong.
Selepas itu SPR mengadakan pilihan raya di kedua-dua Dun terbabit dengandimenangi calon Angkatan dari Semangat 46 iaitu Mahmood Yakub di SungaiPinang dan Samat Mamat di Limbongan.
Namun selepas itu Nordin dan Wan Najib mencabar keputusan Speaker yangmengosongkan kerusi Sungai Pinang dan Limbongan.
Ekoran itu Mahkamah Agung memutuskan pindaaan perlembagaan Kelantan yangdibuat tidak sah dan bertentangan dengan Perkara 10(1)(c) yang menjaminhak kebebasan berpersatuan.
Mahkamah telah memberi semula kerusi kepada Nordin dan Wan Najibsehingga rakyat Kelantan menggelar mereka sebagai 'wakil mahkamah' danbukan wakil rakyat.
Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Mohd AmarAbdullah berkata, kes serupa juga berlaku di Perak sekarang, namun SPRtelah bertindak di luar bidang kuasanya.
Katanya SPR enggan menerima keputusan Speaker yang menggosongkan kerusiBehrang, Changkat Jering dan Jelapang apabila Adun berkenaanmengisytiharkan keluar dari KeADIlan dan DAP.
"SPR tidak wajar meragui surat yang dibawa Speaker, V Sivakumar apabilamenerima surat perletakan jawatan daripada Mohd Osman Jailu danJamaluddin Mohd Radzi. Tindakan yang sepatutnya diambil SPRmengisytiharkan pilihan raya.
"Namun apa yang berlaku di Perak, SPR menafikan surat yang dibawaSpeaker, sedangkan hak menentukan kerusi kosong atau tidak itu hakspeaker," katanya pada ceramah di padang Majlis Daerah Tanah Merah disini, malam semalam.
Dan kata beliau apabila Adun Behrang dan Changkat Jering tidak berpuashati dengan keputusan Speaker, mereka boleh mencabarnya di mahkamah.
Mohd Amar yang juga anggota Exco kerajaan Kelantan berkata, Speakermerupakan orang ketiga berpengaruh di sesebuah negeri selepas MenteriBesar dan Timbalan Menteri Besar.
Menurutnya hujah serupa juga diutarakan ahli-ahli akademik di manamereka mempertikaikan kerajaan baru ditubuh tanpa melalui undi tidakpercaya di Dun.
Kata beliau ramai cendikiawan berhujah kerajaan hanya boleh ditukarkanmelalui undi tidak percaya yang dibawa ketika persidangan Dun diadakandan bukan seperti berlaku sekarang.
Oleh itu beliau berkata, kerajaan Perak yang baru dibentuk di Peraksekarang adalah tidak sah.
Padang tempat berlangsung ceramah tersebut penuh sesak dengan kehadiranorang ramai. Segenap ruang padang dipenuhi penduduk tempatan.
Hadir sama Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat danTimbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Harun Din dan Yang Dipertua PASTanah Merah, Wan Yusof Wan Mamat.
Harun berkata, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin masih lagi dianggapsebagai Menteri Besar Perak kerana undang-undang menetapkan pemecatanboleh dilakukan melalui usul tidak percaya di Dun.
"Saya hendak bertanya pihak berkenaan peruntukan mana yang digunakanmeminta Menteri Besar meletak jawatan. Mengapa tidak boleh tunggusehingga persidangan Dun berlangsung.
"Atau mungkin mereka bimbang ketiga-tiga Adun terbabit akan berpatahbalik kepada Pakatan Rakyat," ujarnya. - mj _
1. Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an.
2. Status Institusi Raja akan terjejas di mata rakyat kalau Raja mendengar dan akur menerima nasihat (advise) dari orang lain. Di zaman Tun Dr. Mahathir, Institusi Raja terjejas teruk dan jangan-jangan ia terjejas lagi di kali ini. Ucapan saya ketika di Parlimen di masa itu antara lain berbunyi: “Orang politik akan menjadi Raja/Presiden di masa hadapan. Puncanya kerana peribadi sebahagian Raja-Raja itu sendiri.Ůž¬
3. Sistem Beraja tidak menjadi semakin bertambah. Hendaklah diingati benar-benar bahawa sistem Beraja semakin hari semakin berkurangan. Bertambah tidak. Dunia boleh saksikan sendiri bagaimana Raja Nepal di Katmandu, Sultan Hussein di Singapura, Hamingkubuwono di Indonesia, Sultan Kudrat di Filipina, Al-Malik Farouk di Mesir, Shah Iran di Iran, Maharaja China di Negeri China, Maharaja Yaman di Yaman, Iraq, India dan seluruh Benua Eropah. Kini, mereka hanya tinggal sejarah.
4. Jadi, Institusi Raja di Malaysia perlu berhati-hati benar.
5. Saya sayangkan Institusi Raja kerana saya tahu bahawa rakyat hormatkan Rajanya. Saya sendiri dapat merasakannya kerana saya sendiri juga daripada keturunan Raja Jembal. Selain daripada menghormati saya dari aspek-aspek yang lain khususnya dari hal agama, mereka hormat saya kerana saya juga datang dari keturunan ini.
6. Tegasnya semua pihak perlu berhati-hati dalam menangani krisis yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di luar dari Negeri Perak. Ingatlah, Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan Allah tidak akan berpihak kepada pihak yang berbuat kezaliman. Sebaliknya, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas. Firman Allah S.W.T. bermaksud : “Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.(Surah Al An’aam: Ayat 45).
Wallahua’lam.
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS
Feb 2, 2009
Tanda Tanda Dunia di Penghujung Nyawa
~ dah jadi dah...
~ dah nampak dah...
3) Bermaharajalela alat muzik. 'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; 'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telahbermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita' - Ibnu Majah
~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...
~ memang dah nampak dah...
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. 'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yangburuk dalam tetangga.' - Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......
~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. 'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia' - Riwayat Thabrani
~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada....
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. 'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.' - Riwayat Ahmad
~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.
~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)...
10) Bulan sabit kelihatan besar. 'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan sabit.' - Riwayat Thabrani
~ tak caya gi tengok...
11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. 'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu darimereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu'- Sahih Muslim
~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popularskarang nie......
12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. 'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.' -Riwayat Ahmad
~ tengok kes peperangan Iraq ...
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. 'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadipadangrumput & sungai²' - Sahih Muslim
~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...
Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda: 'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...'




