(picture taken from ritemail.blogspot.com)
Moshi-moshi!..waras kabare iman kita hari ini? Tak sempat betul penulis nak masuk blog untuk update. Pulang dari kampung terus dihadapkan dengan kerja yang banyak di ofis. Tapi tak apa. Pulang daripada kampung setelah berhari raya 5 hari tahun ini sedikit memenatkan tetapi tetap meriah. Boleh katakan tahun ini agak meriah berbanding tahun lepas kerana tahun ini segala persiapan dapat dilakukan dengan baik dan kurang tergesa-gesa.
Sepertimana biasa, kunjung mengunjung ke rumah saudara-mara, jiran dan sahabat-sahabat lama tetap berlangsung dengan aman dan meriah. Cuaca di hari raya pun alhamdulillah baik dan redup sahaja, terkadang juga cerah dan panas. Maha Suci Tuhan yang memiliki sekelian alam memberi peluang kepada kita untuk meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa. Pemergian Ramadhan tetap ditangisi kerana merasakan kurangnya mengambil peluang beramal ibadah.
Semoga kita semua kembali kepada fitrah setelah menjalani ibadah puasa sebulan di bulan Ramadhan. Jika kita sudah mensucikan diri selama sebulan dari dosa-dosa, 11 bulan berikutnya sebelum bertemu dengan Ramadhan akan datang itu kita sudah mampu menjadi mukmin yang bertaqwa. Fitrah itu sendiri bererti kemurnian, di mana kita kembali kepada fitrah manusia yang suci dari noda dan ikhlas menyembah Allah SWT. Raikanlah aidilfitri dengan penuh rasa tawaduk kepada-Nya. Ingat, puasa tu sebulan..beraya tu x semestinya sebulan tau..sehari je..=)
[+/-] Read More...
[+/-] Read Few...