Sep 23, 2008

Majlis Ifthar Komuniti Teman Inteam Kali Ke-3 Di Restoran Puteri, Sg. Penchala Kuala Lumpur













































21 Ramadhan 1429h, bersamaan 21 September 2008. Sesiapa yang datang pasti akan pulang dengan senyuman yang penuh bermakna, pasti akan pulang dengan rasa gembira. Jika ada kekurangan di sepanjang majlis, segalanya di 'erase' dengan mudah. Mudah-mudahan majlis ini dipenuhi dengan keberkatan dan rahmat dari-Nya. Alhamdulillah..hanya di Ifthar KTI ke-3 2008..=)

Cuba teka, penulis yang mana satu?
(Sila open link in new window/tab untuk melihat saiz gambar sebenar. Mohon maaf kerana susunan gambar yang berterabur. Lagi berita berkenaan majlis di KTI)

[+/-] Read More...

Sep 18, 2008

Sesungguhnya - Ungu



Saat dunia berhenti berputar
saat manusia tak sanggup lagi berharap
ketika mentari tak sanggup lagi bernjanji
menyinari dunia yang tak kau singgahi

mampukah kau untuk berbagi
tanpa hasrat ingin diberi
dihadapannya, dihadapanmu ya Allah

sesungguhnya manusia takkan bisa
menkmati surga tanpa ikhlas di hatinya
sesungguhnya manusia takkan bisa
menyentuh nikmatnya tanpa tulus di hatinya
Album ini penulis dalam proses untuk memilikinya..sememangnya sukar untuk mencari album ketuhanan ynag berkualiti. Penulis tidak sangka album ini/lagu ini punya jiwa Islam yang besar. Lagu ini memang tepat menuju kepada kita sebagai peringatan bahawa jika kita tidak 'memberi' kepada Allah, Allah tidak akan 'memberi' kepada kita semula.

[+/-] Read More...

Sep 17, 2008

"Selamat Menyambut Malaysia Baru"

1. Harga minyak mentah global kini telah jatuh menjunam pada paras USD$91 setong dari paras tertinggi USD$145 beberapa bulan yang telah lalu. Ianya secara mendadak menyebabkan kenaikan harga bahan bakar di Malaysia dari RM1.92 kepada RM2.70. Persoalannya sekarang ialah bila agaknya Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri Malaysia) akan menurunkan harga bahan bakar di Malaysia?

2. Kedudukan Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia kini agak goyah setelah terdengar khabar bahawa Anwar Ibrahim kini telah mendapat sokongan lebih dari 31 orang wakil rakyat (Ahli Parlimen BN) yang dikenalpasti akan melompat ke Pakatan Rakyat. Persoalannya sekarang ialah bila agaknya Abdullah Ahmad Badawi akan meletakkan jawatan?

3. Khairy Jamaluddin (KJ) khabarnya mendapat sokongan lebih dari separuh perwakilan dari Negeri Perak untuk merebut jawatan Ketua Pemuda Umno. Malah beberapa perwakilan khabarnya telah mendapat durian runtuh atas sokongan mereka ini. Persoalannya sekarang ialah bila agaknya Khairy Jamaluddin akan mengesahkan akan turut serta merebut jawatan Ketua Pemuda Umno?

4. Khabarnya hampir 70% peringkat akar umbi sedang mendesak Abdullah Ahmad Badawi membuat peralihan jawatan Perdana Menteri kepada Najib Razak sebelum November ini. Jika Abdullah Ahmad Badawi berdegil, maka November ini beliau pastinya akan tersungkur didalam pemilihan. Persoalannya sekarang ialah bila agaknya Abdullah Ahmad Badawi akan membuat peralihan kuasa?

5. Tiga nama besar (Muhyidin Yassin, Tengku Razaleigh, Najib Razak) kini sebenarnya sedang bertarung sesama mereka untuk jawatan Presiden Umno. Persoalannya sekarang ialah bila agaknya rakyat (Ahli Umno) dapat melihat taring sebenar tiga nama besar ini?

6. Anwar Ibrahim diberitakan telah berjaya mendapat mandat besar yang membolehkannya untuk membentuk kerajaan baru (Pakatan Rakyat). Persoalannya sekarang ialah bila agaknya Pakatan Rakyat akan dapat beroperasi di Putrajaya tanpa berlakunya MAGERAN hasil usaha terakhir Abdullah Ahmad Badawi untuk menyelamatkan diri?

7. Ekonomi negara sememangnya sedang menguncup dan ramai pelabur asing telah dan sedang dalam proses untuk membawa keluar pelaburan mereka dari Malaysia. Persoalannya sekarang ialah bila agaknya akan ada usaha dipihak Abdullah Ahmad Badawi (jika beliau masih lagi memimpin Malaysia) untuk menyakinkan pelabur asing ini untuk meneruskan pelaburan di Malaysia?

[+/-] Read More...

Sep 15, 2008

23 fakir maut rebut wang zakat RM16

(dipetik dari UtusanOnline & ArRisalah)

Oleh sopha sulaiman


JAKARTA 15 Sept. – Seramai 23 orang fakir miskin mati, manakala lapan yang lain berada dalam keadaan kritikal akibat sesak nafas kerana terhimpit semasa berasak-asak untuk mendapatkan wang zakat daripada seorang ahli peniagaan di Purworejo, Pasuruan, Jawa Timur, 800 kilometer ke timur Jakarta, hari ini.


Kebanyakan mangsa adalah wanita.



KERANA RM16... Salah seorang wanita yang selamat terbaring di tengah-tengah mayat fakir miskin dan mereka yang cedera dalam kejadian berasak-asak merebut wang zakat bernilai 40,000 rupiah (RM16) di Pasuruan, Jawa Timur. Dalam kejadian itu, sebanyak 23 orang terbunuh dan ramai yang lain cedera dalam rempuhan apabila kira-kira 5,000 fakir miskin berebut-rebut untuk menerima bantuan zakat daripada seorang peniaga di Pasuruan, semalam.


Kejadian itu berlaku tengah hari ini semasa lebih 5,000 penduduk sekitar Pasuruan berbaris di halaman rumah ahli perniagaan itu untuk mendapatkan wang zakat bernilai 40,000 rupiah (RM16).

Ketua Polis daerah, Harry Sitompul berkata, pengagihan wang zakat itu merupakan acara tradisi oleh keluarga kaya itu, sempena bulan Ramadan. Penduduk miskin itu dilaporkan mengunjungi rumah peniaga berkenaan yang menjalankan perniagaan jual beli kenderaan sejak pukul 4 pagi, setelah mendapat khabar tentang pemberian wang zakat berkenaan.

“Setakat ini 23 telah mati dan polis masih menyiasat,” kata jurucakap Hospital Soedarsno.
Ramai yang cedera dan pengsan akibat dihimpit dan dipijak ketika berebut-rebut untuk mendapatkan bantuan zakat tersebut. Polis telah menahan ahli perniagaan itu untuk siasatan kerana gagal mengawal orang ramai semasa hendak memberikan zakat tersebut. Dalam kejadian lain, enam remaja mati lemas setelah terperangkap di dalam danau berlumpur di Pamulang, dekat Jakarta, pagi semalam. Remaja itu terdiri daripada anak-anak polis yang nekad terjun ke dalam danau setelah sepasukan polis datang untuk menyuraikan pergaduhan dua kumpulan remaja berkenaan.

[+/-] Read More...

Sep 12, 2008

Blog Under Construction

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Makluman buat semua, blog ini sedang & masih dikemaskini. Jadi diharapkan kepada semua pengunjung untuk terus bersama dengan penulis di blog ini selepas ini. Terima kasih.

[+/-] Read More...

Sep 11, 2008

Nama-nama Jepun untuk ditatapi

Salam Ramadhan Kareem, hari ini dah masuk 10 hari kedua puasa. Bagaimana dengan amalan kita setakat ini ya?pastinya bertambah bermutu hendaknya..kalau ada yang sebelum ini sering ditimpa sakit badan, harapnya puasa kali ini memberi peluang untuk kita lebih menjaga kesihatan. Tengah-tengah penulis duk membelek email d ofis, ada satu email yang d forwardkan di kalangan staf di sini yang penulis ingin kongsikan di sini..saja nak bagi kita semua sentiasa senyum di bulan pusa..senyum itukan sedekah. Tapi email ini tidak bermaksud apa-apa..cuma sekadar untuk mencuitkan hati..selamat membaca! Salam Ramadhan Kareem dari musazanurfi.

Kalau yang sedang boring-boring tu tak tau nak buat apa, dalam kepala otak asyik fikir POLITIK, REFORMASI TAK HABIH2,LAPAR DAHAGA , CUTI RAYA, DUIT RAYA balik2 tu sahaja, apa kata kita berhibur sikit dengan lawak nama jepun ni.


01. Yang pemarah - KEiJI CACIMAKI
02. Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA
03. Yang bisu - KIETA TADASORA
04. Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA
05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO
06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI
07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA
08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI
09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI
10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA
11. Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA
12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI
13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI
14. Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI
15. Yang suka BERSUMPAH - SAIIFOO BAUKARI

satu lagi..tambahan,


16. Yang suka merapu - MARAPU MUSAZANURFI

[+/-] Read More...

Sep 5, 2008

Ramadhan Dua Zaman - Penuh Sindiran Mengena Yang Berhikmah


PROMOTE!PROMOTE! Album Terbaru IRSB(inteam Records Sdn Bhd) berjudul 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' telah lama berada di pasaran tempatan(Malaysia). Sila Klik SEDAPLA PULAK ALBUM NI



@>>-- Ramadhan..satu nasib tak serupa ~ Peluangnya sama natijah berbeza ~ Ramadhan mereka gemilang cemerlang ~ Mukmin berjasa di awal zaman ~ Ramadhan kami malam terbuang ~ Muslim berdosa di akhir zaman ~~~

Mereka gembira kerana kedatanganmu ~ Kami gembira dengan pemergianmu ~ Malam mereka meriah disimbah nur al-Qur’an ~ Tapi malam kami muram berkabung dengkur ~~~
Mereka berlumba mengejar ma’rufat ~ Tapi kami lesu diburu nafsu ~ Hati mereka bercahaya digilap taqwa ~ Jiwa kami gelap didera dosa ~~~
Takbir mereka takbir kemenangan ~ Hadiah mujahadah sebulan Ramadhan ~ Takbir kami lesu tak bermaya ~ Tanda kalah lemah tak bermaya ~ Puasa sekadar lapar dan dahaga --<<@

[+/-] Read More...

Sep 2, 2008

Siri Upin dan Ipin Kembali!-Setahun Kemudian

(dipetik dari web Nuaeman) - mohon kebenaran ya, saya promote page anda di sini.





Ahah! dalam aku berjalan-jalan kat ruang maya lepas subuh tadi aku melawat ke Blog Les Copaque sebab nak tahu apa cerita dengan nasib dua budak botak yang menghiburkan hati orang dewasa dan juga kanak-kanak pada bulan puasa tahun lepas. Siapa lagi kalau bukan si Upin dan Ipin. Bukan sahaja terhibur dengan gelagat mereka bahkan kartun ni mengimbau kenangan kita zaman kanak-kanak.




Nampaknya tahun ini mereka - mereka yang merindukan kemunculan dua adik beradik ini akan dapat menyaksikan kembali gelagat mereka di kaca TV dengan musim baru berjudul
Upin dan Ipin Setahun Kemudian. Sekali lagi TV9 diberikan hak menayangkan siri ini yang keudara pada jam 7 malam setiap Jumaat hingga Ahad. Aku rasa iklannya dah mula dimainkan kat TV. Dibawakan khas oleh Colgate-Kayu Sugi.


Khabarnya mereka berdua dah bersekolah tahun nih.. aku bukan sahaja tertarik dengan animator yang cukup kemas dari Les Copaque nih tetapi jalan cerita kartun ni ada mesej tersendiri. Sesuai sangat untuk kanak-kanak apalagi orang dewasa. Sampai ada kawan dekat Indon pun mintak tolong carikan CD dia tapi pada aku nak download terus ke Komputer pun boleh sebab kat Youtube banyak yang upload siri ni. 6 episod yang ditayangkan tahun lepas rasa macam tak cukup jee.. mana taknya satu episod cuma setakat 5 minit jee..




Untuk mengetahui apa pulak yang akan disampaikan dalam episod kali ni.. sama-sama kita nantikan Jumaat nanti. Nampak macam gelap sikit budak dua orang ni tetapi masih cute dan comei .


Tengok jangan tak tengok.. tapi jangan sampai lupa berbuka ngan solat magrib lak! Heh!

Penulis:Yuhuu!!beshnye Upin&Ipin kembali semula di kaca TV. Tak sabar nak jadi budak kecik balik bila tengok siri ni. Tapi dengar kata siri ni sudah difilemkan dengan tajuk "Geng", betul kan? Siri animasi ynag telah memenangi banyak award mengalahkan animasi jepun dn US ini bakal menghiasai Ramadhan 1429h kita..beshnya!..maaf, penulis ni memang budak2 pun perangainya.


SILA KLIK -- GENG THE MOVIE

[+/-] Read More...