Aug 28, 2008
Aug 27, 2008
Ya Allah, syukur kepadaMu - kemenangan DSAI, media RTM,TV3 malu nak siar keputusan malam semalam?hahaii..
Salam Perjuangan, Takbir Allahu Akbar!
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah memberi kemenangan besar buat Dato' Seri Anuar Ibrahim DSAI pada pilihanraya kecil Permatang Pauh semalam. Berkat usaha yang tidak berbelah bagi dari setiap petugas-petugas PR, Yang amat disayangi Tuan Guru Nik Aziz & seluruh warga pemimpin PAS, Yang Berhormat Lim Guan Eng & seluruh warga pemimpin DAP serta seluruh penyokong Pakatan Rakyat telah menzahirkan satu kejayaan besar, dan seperti yang telah kita sedia maklum, kejayaan ini bakal disusuli dengan perancangan-perancangan dan adegan-adegan seterusnya yang menjurus kepada terangkatnya keadilan rakyat sejagat seluruh Malaysia.

Penulis sendiri sanggup tidak hadir ke kelas Jepun (6.00 petang hingga 8.00 malam) yang seperti biasa dijadualkan setiap hari Selasa di tempat kerja penulis, CANON OPTO (M) Shah Alam kerana semata-mata ingin menunggu berita pengunguman keputusan PRK Permatang Pauh jam 8.00 malam.
(Penulis sebenarnya sebelum hari PRK berlangsung lagi sudah berkeyakinan DSAI akan menang, sebab satu sahaja yang penulis pegang;Doa dari Tuan Guru Nik Aziz. Beliau yang masih dalam kepenatan bermuktamar & kurang sihat masih sanggup datang memberi sokongan kepada PRK ini di Permatang Pauh sewaktu hari penamaan calon. Penulis sebak apabila melihat gambar Tuan guru datang dengan keadaan bertongkat meskipun penulis tidak berada di sana)
Namun sehingga jam 9.30 malam, satu berita yang khusus pun tidak tersiar dalam siaran televisyen di RTM mahupun TV3. Malah terus menerus duk tayang cerita-cerita & drama-drama.
Kita sedia maklum dua siaran TV ini memang agen BN&UMNO dari dulu lagik..huh, kalaula diaorang menang, berderet sahaja berita kemenangan yang akan disiarkan. Mungkin siap akan buat komentar & forum 'on the spot'!
Tapi kalau dah sedia ada kalah(bukan kalah tapi KALAH TERUK!)..satu hapah berita pengunguman pun tak tersiar. Malu ka? Once again..malu ke? Mana saiful?haha..
Hanya siaran TV NTV7 sahaja yang menyiarkan maklumat semasa tentang angka tidak rasmi keputusan PRK di dewan Maktab Perguruan Tengku Bainun. Itu pun berita dalam bahasa Cina. Kenapa? Peliknya dan peliknya..
Tapi tak pelik dah bagi kita jika semua ini berlaku pada BN&UMNO.
Penulis suka menyebut, inilah dia dasar-dasar PENGECUT&PENAKUT=)..malu nak siar kekalahan..hahai..sekali lagi, hahai..
Apa pun, marilah kita sekali lagi mengucap syukur kepada-Nya kerana telah mengizinkan kemenangan ini. Biar kita saksikan lagi selepas ini siri kerajaan sekarang bakal dimalukan lagi oleh kerajaan Pakatan Rakyat disebabkan daripada tindakan tangan-tangan kotor mereka sendiri. Tunggu dan lihat, 16 September 2008 ini, pertengahan Ramadhan 1429h.
TAKBIR!! Lagi berita di AlJazeera, HarakahDaily, AnuarBlog, Mujahiddin
Aug 26, 2008
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan: Persiapan Menghadapi Ramadhan
Petikan dari web Ibnuabbas
PERSIAPAN ROHANI
Yang dikehendaki di sini ialah kita harus bersedia dari aspek penerimaan hati terhadap Kefardhuan Puasa yang bakal dilalui. Macam mane tu? Hati mestilah ikhlas kerana Allah jalla wa’ala. bukan berpuasa kerana lainnya. Bukan berpuasa kerana ingin kurus, diet la kononnya. memang tak dinafikan bulan puasa mampu menyebabkan orang gemuk jadi kurus. Tapi kalau kita niat puasa kerana nak kurus, tepuk dada, tanyalah hati, Sahkah puasa kita? Mana ada orang berpuasa berniatkan, “Sahaja aku puasa esok hari , pada bulan Ramadhan kerana nak kurus.” Biarlah kelebihan berpuasa mampu buat orang jadi kurus itu datang tanpa kita niatkan. kita berpuasa tetapkan niat kerana ALLAH ta’ala semata2.
Persiapan rohani juga membawa maksud, kita hendaklah letak dalam minda bahawa puasa adalah ibadah. Ibadah berasal dari perkataan ‘abada’ , ya’budu. Kata Ibnu Mas’ud radhiallahu anhu apabila ditanya apa makna ibadah, eliau menjawab, “allaha , yu’allihu” ertinya, “ mempertuhankan”. jadi, berpuasa bererti beribadah kepada ALLAH azza wajalla. beribadah kepada ALLAH bererti menyembah ALLAH.
PERSIAPAN ILMU
Ilmu berkaitan puasa hendaklah ada. nak ada ilmu puasa, kenalah belajar. Nak belajar, carilah tok guru. nak cari tok guru, carilah yang betul, tidak sesat macam ayah pin. Ilmu sah batal puasa. rukun puasa, syarat wajib berpuasa.
PERSIAPAN FIZIKAL
Yang dikehendaki di sini ialah kita harus bersedia dari aspek penerimaan hati terhadap Kefardhuan Puasa yang bakal dilalui. Macam mane tu? Hati mestilah ikhlas kerana Allah jalla wa’ala. bukan berpuasa kerana lainnya. Bukan berpuasa kerana ingin kurus, diet la kononnya. memang tak dinafikan bulan puasa mampu menyebabkan orang gemuk jadi kurus. Tapi kalau kita niat puasa kerana nak kurus, tepuk dada, tanyalah hati, Sahkah puasa kita? Mana ada orang berpuasa berniatkan, “Sahaja aku puasa esok hari , pada bulan Ramadhan kerana nak kurus.” Biarlah kelebihan berpuasa mampu buat orang jadi kurus itu datang tanpa kita niatkan. kita berpuasa tetapkan niat kerana ALLAH ta’ala semata2.
Persiapan rohani juga membawa maksud, kita hendaklah letak dalam minda bahawa puasa adalah ibadah. Ibadah berasal dari perkataan ‘abada’ , ya’budu. Kata Ibnu Mas’ud radhiallahu anhu apabila ditanya apa makna ibadah, eliau menjawab, “allaha , yu’allihu” ertinya, “ mempertuhankan”. jadi, berpuasa bererti beribadah kepada ALLAH azza wajalla. beribadah kepada ALLAH bererti menyembah ALLAH.
PERSIAPAN ILMU
Ilmu berkaitan puasa hendaklah ada. nak ada ilmu puasa, kenalah belajar. Nak belajar, carilah tok guru. nak cari tok guru, carilah yang betul, tidak sesat macam ayah pin. Ilmu sah batal puasa. rukun puasa, syarat wajib berpuasa.
PERSIAPAN FIZIKAL
Jasmani la tu……… Selain dari rohani, tubuh badan kita pun hendaklah bersedia untuk menghadapi Ramadhan. kalau yang ada penyakit gastrik tu, bersedialah dengan ubat2an nya. Janganlah sampai penyakit kita tu halang kita daripada menunaikan rukun Islam yang keempat tu. Kalau tiap2 tahun gastrik datang time Ramadhan, alamat tak puasa sampai mati la………
Persiapan jasmani juga maksudnya kita latih dulu diri kita berpuasa sunat Rejab, Sya’aban. Kalau dah biasa, barulah perut tak terkejut beruk bila berpuasa Ramadhan. Biarlah puasa kita itu menjadi latihan kepada kita agar menjaga makan mnum. agar selepas Ramadhan nanti, kita terus menjaga makanminum kita agar tidak mengikut nafsu.
PERSIAPAN EKONOMI
Persiapan jasmani juga maksudnya kita latih dulu diri kita berpuasa sunat Rejab, Sya’aban. Kalau dah biasa, barulah perut tak terkejut beruk bila berpuasa Ramadhan. Biarlah puasa kita itu menjadi latihan kepada kita agar menjaga makan mnum. agar selepas Ramadhan nanti, kita terus menjaga makanminum kita agar tidak mengikut nafsu.
PERSIAPAN EKONOMI
Kewangan kena jaga… kalau betul kta nak cari pahala banyak2 bulan puasa, hendaklah kita simpan duit banyak2, untuk dibelanjakan di bulan puasa. Jadi, kita tak payah lah sibuk2 cari rezeki di bulan pUasa. rehatkan diri dari kejar dunia walaupun harus, sibukkan diri dengan kejar bekalan untuk ke akhirat. Lagipun, kalau duit banyak, boleh bersedeqah banyak2. sedeqah bulan puasa ni ganjaran phalanya berlipat kali ganda. Rasulullah pernah sebut, ” Setiap amalan anak adam digandakan baginya satu kebaikan yang dilakukan dengan 10 kali ganda , hingga 700 kali ganda sehinggalah berkali2 gandanya.”
Aug 20, 2008
Siapa Sebenarnya Imam Yang Jadi Saksi Sumpah Saiful Bukhari?
Penulis tak terkejut..sebab penulis percaya, Allah itu Maha Berkuasa. Kalau sudah ada yang berani membuat kenyataan apatah lagi sumpah palsu/menipu dalam masjid, maka tunggulah balasan dari-Nya. Maklumat di bawah penulis terima dari email ofis hari ini, tapi kita semua boleh juga dapatkan maklumat ini dari web tranungkite..silakan baca sambil buat apa saja yang kita suka..(benda benar ni kita kena sebar-sebar..sebab banyak sangat dah benda yang tak benar kita selalu tatap..huhu)
Lupa nak bagitahu : RAMLANG PORIGI nihlah yang dikatakan IMAM MASJID WILAYAH tuh..... tapi, bila dicheck dalam laman web MASJID WILAYAH, dia bukan IMAM pun..... apa2pun, kita tengok, sekejap aje, dibongkar....

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Mohd. Saiful Bukhari Azlan hari ini mengotakan janjinya untuk bersumpah laknat (mubahalah) mengikut syariat Islam bagi membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam upacara yang berlangsung di Dewan Solat Utama Masjid WilayahPersekutuan,Jalan Duta di sini pada pukul 6.25 petang, Mohd Saiful, 23, melafazkan sumpah itu disaksikan oleh bapanya, Azlan Mohd. Lazim dan salah seorang imam masjid itu, Ramlang Porigi:
Jawatan Sebenarnya Pembantu Hal Ehwal Islam.
TalianTerus :03 62018780 ext :158
Senarai Imam yang sebenar dari masjid wilayah 1. Tn. Hj. Abdul Malek bin Salleh Imam Besar Talian Terus :03 - 62018780 ext:137
Ramlang Porigi - Ahli Pemuda UMNO No Keahlian 03405843
Akhirnya tembelang orang yang bernama Ramlang Porigi, yang dikatakan imam yang menjadi saksisumpah mubahalah Saiful terdedah juga. Beliau adalah ahli Pemuda UMNO Cawangan Seri Machang di dalam Bahagian Bukit Mertajam dengan Kod keahlian 03405843.Tidak menghairankan kepada semua kini, bagaimana pantas "imam" ini memperakui mubahalah yang dilakukan oleh Saiful, sekalipun mubahalah itudiragui oleh banyak pihak sebagai tidak mengikuti kaedah yang diajarkan oleh Islam
RAMLANG PORIGI, PENGUNDI BERDAFTAR DI PERMATANG PAUH???? SECARA KEBETULAN KE???
Kad Pengenalan : 790726-12-5443
Nama : Ramlang bin Porigi
Tarikh Lahir: 26 Jul 1979
Jantina : Lelaki
Lokaliti : 044 / 12 / 06 / 005 - PondokPenanti MK 20
Daerah Mengundi : 044 / 12 / 06 - Penanti
DUN : 044 / 12 / -Penanti
Parlimen : 044 - Permatang Pauh
Negeri : Pulau Pinang
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasikmembawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini- Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamumenyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).
Aug 18, 2008
Fakta Menarik Yang Sepatutnya Kita Faham
(from tranungkite page)
Walaupun kehadiran pegawai agama menyaksikan sumpah Saiful, namun penulis ragu dengan cara Saiful bersumpah. Ini kerana terdapat perkara ganjil yang menghairankan penulis semasa melihat Saiful bersumpah di sebuah masjid yang disiarkan oleh TV1 pada malam 15hb Ogos jam 8:00 malam. Perkara ganjil itu adalah seperti berikut:-
Sebelum ini Saiful pernah berkata akan bersumpah di atas Al-Quran untuk membuktikan kalau benar Anwar meliwatnya. Tetapi penulis tidak melihat Saiful bersumpah atas Al-Quran dalam sesi itu.
Apa yang penulis nampak adalah muka Saiful yang sering menunduk ke bawah ketika mengucapkan perkataan-perkataannya menunjukkan terdapatnya 'nota'yang menjadi rujukan bagi keseluruhan ucapan Saiful.
Penulis tidak dapat melihat di bawah pandangan mata Saiful kerana kamera menumpukan fokus dari paras dada dan ke atas kepala Saiful yang memakai songkok.
Apabila Saiful siap dan berdiri, kelihatan ada sebuah buku yang dipegangnya tetapi penulis yakin itu bukannya Al-Quran kerana buku Al-Quran sepatutnyatebal tetapi buku yang sedang dipegang Saiful itu kelihatannya nipis. Mungkin buku itu adalah nota rujukan Saiful dalam ucapannya.
Ekspresi muka Saiful juga kelihatannya "merah". Penulis tidak pasti sama ada Saiful gementar dengan kehadiran begitu banyak wartawan dan jurukamera dalamMasjid itu atau Saiful gementar kalau mengetahui ucapan sumpahnya itusebenarnya terpaksa atau dipaksa.
FAKTA ANWAR TAK MELIWAT 1998
1. Makhamah Rayuan telah membatalkan keputusan makhamah pada tahun 1998yang menjatuhkan hukuman liwat ke atas Anwar. Jadi kerana keputusan itudibatalkan maka ANWAR TAK BERSALAH, ANWAR TAK MELIWAT pada tahun 1998.
ANWAR TAK MELIWAT SAIFUL
Faktor KUASA yang dijadikan alasan kenapa saiful tidak melawan Anwar ketikaAnwar meliwatnya sama sekali TIDAK boleh diterima. Orang mengatakan Saifultidak melawan Anwar kerana faktor perbezaan kuasa saiful sebagai "budak suruhan" berbanding dengan Anwar seorang bekas TPM dan penasihat partiKeadilan, tetapi penulis mencabar andaian itu dengan keadaan berikut ini:
Kalau benar Saiful itu seorang yang warak, taat kepada Allah, takut kepada Allah, bersumpah atas Al-Quran untuk membuktikan dirinya benar, maka Saiful sepatutnya melawan Anwar ketika Anwar meliwatnya kerana Saiful PATUT LEBIH TAKUT kepada ALLAH berbanding Anwar! Kenapa Saiful LEBIH TAKUT Anwar berbanding ALLAH?
Tidak hairanlah kenapa pertuduhan terhadap Anwar adalah "Liwat suka sama suka" dan bukannya "Saiful tak suka diliwat" kerana faktor di atas.
Yang peliknya (sebenarnya lucu), kalau Saiful bersumpah, maka ianyamenunjukkan Saiful bersumpah yang dia dan Anwar suka sama suka meliwat dandiliwat.
Diulangi: Saiful bersumpah dia dan Anwar suka sama suka meliwat dan diliwatkerana pertuduhan di Makhamah ialah "Liwat suka sama suka"!
Nampaknya pertuduhan liwat itu harus dipindah lagi dan kalau ia dipindah lagi dari "liwat suka sama suka" kepada "saiful tak suka diliwat", ingatlahbahawa saudara dan saudari sudah membaca artikel ini sebelum pertuduhan itudipindah lagi.
Para Pendakwa Raya ternyata menghadapi kesukaran dalam kes liwat ini keranamereka enggan memberi salinan laporan tuduhan itu kepada Anwar walaupunAnwar bebas mendapatkan salinan itu berdasarkan undang-undang Malaysia.
Hanya satu kesimpulan kenapa mereka enggan memberi salinan laporan itu ialahkerana jika mereka memberi salinan itu kepada Anwar, Anwar pasti memaparkan salianan itu di blognya atau di Malaysiakini atau di TKO sendiri.
Akibatnya semua orang akan dapat membacanya dan mereka (pendakwa) akanmenghadapai kesukaran memindah pertuduhan itu apabila mereka terpaksamemindahnya lagi.
Para pembaca sekalian, anda adalah saksi dan fikirkanlah hal ini denganbaik-baik kerana terdapat persoalan-persoalan pelik dalam kes liwat ini.
Kepada sesiapa sahaja yang membaca ini, tolong sampaikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pasukan pilihan rayanya keseluruhan artikel ini untukmembantu mereka dalam kempen Pilihan Raya di Permatang Pauh kerana penulisterlalu jauh disini untuk datang ke Permatang Pauh.
Sumpah Saiful itu serba sedikit boleh mempengaruhi pengundi-pengundi Islamdi Permatang Pauh yang kebanyakannya orang Melayu. Tetapi penulis yakinkalau pengundi-pengundi di Permatang Pauh membaca artikel ini, pastinya Anwar menang dengan margin yang lebih besar daripada DSWA.
Kalau boleh, tolong hantar SMS kepada pengundi-pengundi di Permatang Pauh dan seluruh Malaysia dengan ayat dibawah ini.
"Kalau benar Saiful itu seorang yang warak, taat kepada Allah, takut kepadaAllah, bersumpah atas Al-Quran untuk membuktikan dirinya benar, maka Saifulsepatutnya melawan Anwar ketika Anwar meliwatnya kerana Saiful patut lebih takut kepada Allah berbanding Anwar! Kenapa Saiful lebih takut Anwar berbanding Allah?"
Tolong hantar mesej di atas dalam bentuk SMS kepada kawan-kawan dan kenalananda dan ajaklah mereka untuk menyampaikannya kepada orang lain juga.
TAKBIR!! - musazanurfi
Nak Baca?Baca Tau
Saiful telah pun bersumpah seperti mana yang ia telah janjikan sebelum ini...insyaAllah dalam masa 40 hari sesudah ini akan berlaku suatu hal yang cukup besar akan berlaku baik terhadap Saiful atau pun DSAI.
Ini rentetan cerita dari kisah lalu.telah terbukti doa orang teraniaya adalah amat makbul dan tanpa hijabwaima doa orang kafir sekali pun tetap akan dimakbulkan. Rasanya mungkin ada yang masih belum tahu lagi nasib yang menimpa kepada perancangkonspirasi 1998 lepas.
Lihat senarai mereka yang telah diadili.
Ummi Hafilda Ali------> salah seorang dalang utama dalam konspirasi Anwar,telah digugurkan menjadi anak kepada bapanya sebelum beliaumeninggal. Azmin Ali yang sebapa dengan Ummi mengesahkan perkara tersebut. Apakah nasib yang menanti seorang anak yang telah diakui anak oleh bapanyasendiri dan bapanya meninggal sebelum sempat memaafkannya?
Azizan Abu Bakar------> rakan konspirasi Ummi, telah terlibat dalamkemalangan kereta, menyebabkan kematian isterinya. Dia kemudian ditangkapkerana khalwat dan dihukum enam bulan penjara.
Aziz Shamsuddin------> ketua dalang dalam konspirasi terhadap Anwar, jugaterlibat dalam kemalangan jalanraya dan isterinya juga meninggal dunia.Apabila mereka mengambil jenazahnya daripada hospital, didapati sekepingcek bernilai RM3 juta padanya, iaitu pemberian rasuah bagi meluluskankontrak kepada sebuah syarikat Cina. Semua orang akan mati satu harinanti, tetapi mati dalam keadaan menerima wang rasuah ialah cara mati yang keji.
Dan semua orang tahu apa yang terjadi kepada Peguam Negara pada masa itu,yang bertanggunjawab menyediakan perbicaraan Anwar. Dia berada dalam komaselama setahun, setelah jatuh dan terhentak kepalanya, semasa mengalamiangin ahmar.
Para doktor di Pusat Perubatan Subang terpaksa membelah buka tengkoraknyabagi mengurangkan bengkak pada otaknya tetapi mereka tidak dapatmenutupnya semula kerana bengkaknya tidak surut. Tengkorak itu, akhirnya ditampal dengan hanya menggunakan pita mengelak otaknya daripada terkeluar.
Apabila akhirnya dia mati, kepalanya mengecut dan mereka yang melihatnyapada masa kematiannya, mengatakan dia nampak seakan kepala kera.
Sesuai benar dengan orang yang tidak menggunakan otaknya semasa hidup danmempermainkan sistem kehakiman!
Anda masih ingat Dr Ristina Majid, seorang lagi dalang konspirasi? Diadidapati mabuk tunggang-langgang semasa anak buahnya yang diserahkankepadanya untuk dijaga, mati lemas dalam kolam renang. Bapanya juga telahtidak mengakunya sebagai anak sehingga dia mati, bapanya tidakmemaafkannya atas apa yang telah dia lakukan ke atas Anwar.
Dr Ristina juga mati kerana angin ahmar semasa berada dalam satupersidangan di Jakarta dan menemui ajal tanpa mendapat keampunan bapanya.Dr Ristina sebenarnya, ingin benar mengahwini Aziz Shamsudin, tetapi Azizmenolak. Dan Azizan Abu Bakar buat seketika pernah bekerja dengan DrRistina sebagai pemandunya.
Ya, hanya 'perkara yang baik' akan menemui mereka yang melakukan'kebaikan' kepada orang lain. Sementara nasib sebegitu, sesuai untuksetengah orang, bagi yang lain, kematian mungkin balasan yang tidaksetimpal.
Contoh, orang seperti Hamzah Zainuddin, seorang yang suka berfoya-foya,tidak wajar diberi 'jalan keluar' yang mudah. Kepada Hamzah, nasibnyalebih teruk daripada kematian.
Dan apakah anda mungkin bertanya, nasib Hamzah yang lebih dahsyat daripadakematian?
Hamzah diperintah bayar RM11.206 juta
Pada 8 April 2004, Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memerintahkan PengerusiFelcra Berhad, Hamzah Zainuddin, membayar tuntutan cerai bekas isterinya,Nooraini Abdul Rashid. Jumlah yang perlu Hamzah bayar ialah RM11.206 juta
Pada 8 April 2004, Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memerintahkan PengerusiFelcra Berhad, Hamzah Zainuddin, membayar tuntutan cerai bekas isterinya,Nooraini Abdul Rashid. Jumlah yang perlu Hamzah bayar ialah RM11.206 juta
Aug 16, 2008
Saiful Lagi..
Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr. Haron Din mempersoalkan sumpah yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan di Masjid Wilayah Persekutuan semalam yang dibuat di hadapan seorang imam kerana sebagai orang yang mendakwa ianya diliwat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, Saiful sepatutnya mengemukakan empat orang saksi bagi mensabitkan perbuatan itu, bukannya bersumpah di dalam masjid. Iklan "Kemukakan empat orang saksi di Mahkamah Syariah, jika tidak dapat mengemukakan empat saksi, dakwaannya itu tidak benar dan ia wajar dihukum 80 kali rotan, bukannya bersumpah di dalam masjid."
"Saya dengar lafaz sumpahnya tadi apabila menonton televisyen berita jam 8.00 malam, akhir sumpah itu disebut " Watangallahhu'', mana ada `watangallahu', inilah Islam Hadhari" jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas sumpah yang dilakukan oleh Saiful di dalam Masjid Wilayah Persekutuan semalam di majlis foram perdana sempena Muktamar PAS kali ke 54 di perkarangan Stadium Indera Mulia, malam tadi.
Kira kira lebih 5,000 membanjiri perkarangan Stadium Indera Mulia untuk menyaksikan foram perdana yang dibarisi tiga ahli panel, Datuk Dr. Harun Din, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli Parlimnen Baling, Ustaz Taib Azamuddin. Forum perdana tersebut dipengerusikan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Misbahul Munir Masduki.
"Persoalannya kenapa di saat hari percalonan pilihanraya kecil Permatang Pauh baru Saiful buat sumpah, kenapa tidak dahulu lagi?
"Apabila ianya dilakukan pada saat hari pencalonan pilihanraya kecil Permatang Pauh, ianya dilihat sesuatu yang `ada yang tidak kena', agar sukar untuk kita katakan ianya tidak ada konspirasi untuk mengaib dan menjatuhkan karier politik orang yang dituduh (Anwar Ibrahim), katanya.
Beliau kesal dengan apa yang berlaku pada hari ini apabila keaiban seseorang itu didedahkan kepada umum, sepatutnya perkara ini tidak berlaku.
"Bawa kes ini ke Mahkamah Syariah, kemukakan empat orang saksi, bukannya menghebahkan ke serata dunia dengan membuat sumpah di masjid."
Menurut beliau orang yang kena tuduh, ia boleh mengemukakan hujahnya melalui peguam di Mahkamah Syariah, umpamanya sebagai contoh tarikh kejadian itu berlaku tidak betul, atau pun bangunan tempat kejadian itu belum wujud lagi. Selepas itu, kalau yang dituduh itu tidak mampu mengemukakan bukti menyanggah dakwaan itu, barulah yang kena tuduh itu boleh membuat sumpah di hadapan hakim di Mahkamah Syariah, bukannya yang menuduh buat sumpah dalam masjid, jelasnya. Beliau mengambil contoh apa yang berlaku terhadap isteri Nabi Muhamad S.A.W, Saidatina Aisyah dituduh melakukan hubungan sulit dengan seorang lelaki bernama Safuan, apabila tersebarnya berita itu di Madinah.
Selama 30 hari Nabi Muhamad tertekan dengan tersebarnmya berita itu, sehingga hampir Nabi Muhammad menceraikan Aisyah sehinggalah Malaikat Jibil turun membawa Wahyu Allah bahawa Aisyah itu bersih dari tuduhan.
"Nabi Muhamad S.A.W tidak pula Aisyah bersumpah atau meminta Safuan bersumpah," katanya.
Mengenai dakwaan pihak tertentu PAS ada kepentingan membela Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana PAS mempunyai hubungan yang rapat dengan Anwar, beliau dengan tegas menyatakan PAS tidak ada agenda untuk membela sesiapa, PAS tidak terlibat apa apa pun.
(Dipetik dari laman PRK Permatang Pauh)
Aug 15, 2008
Saiful..Berani Engkau..
"Bismillahirrahman nirrahim. Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan, No Kad Pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut:-

"....A'uzubilahiminasyaitanirrajim. Bismillahirrahman nirrahim. Wallahi...Wabillahi....Wata'alahi."
Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 hb Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta, atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat. Wallahualam."
Rujuk:
*Engkau tunggula laknat yang bakal tiba..Hanya Allah Yang Maha Berkuasa & Adil
Aug 12, 2008
Sakit Kepala..pernahkah kita tidak mengalaminya?
Salam kerinduan buat semua. Moga2 Allah SWT masih memberi ruang kepada kita untuk terus menikmati kurniaan nikmat kebesaran-Nya yang paling Qubra;iman&islam. Kerana dengan dua nikmat inilah kita masih dipacu pada jalan yang betul dan tidak menyimpang dari unsur kelalaian.
Topik kali ini penulis suka untuk berkongsi dengan pengunjung semua berkenaan fenomena 'Sakit Kepala'..soalan yang mungkin biasa untuk penulis ajukan kepada semua; pernahkah kita mengalaminya. Tapi penulis lebih suka untuk bertanya begini;pernahkah kita tidak mengalaminya?
Jawapannya sudah tentu tidak kan?..semestinya dalam hidup kita ini, dengan nikmat kesihatan yang Allah bagi, kita juga pernah mengalami gangguan sakit kepala..mungkin rasanya berbeza-beza. Tanpa mengira usia muda atau tua, remaja mahupun belia, lelaki atau wanita semuanya pernah mengalami sakit kepala. Penulis juga tidak terkecuali.
Kenapa sakit kepala ini berlaku ya? Adakah otak kita mengalami masalah..atau mungkin saluran darah di kepala kita yang ada masalah, atau juga mungkin..sakit kepala ini adalah simpton daripada sakit-sakit lain yang kita alami seperti demam, sakit2 hidung(resdung), sakit mata, sakit gusi..sakit hati? Sakit hati juga boleh membawa kepada sakit kepala..jangan tak tahu tu..
Penulis sebenarnya ingin berkongsi sesuatu dengan pengunjung semua..sebenarnya, penulis dah 3 minggu mengalami sakit kepala! Huhu..patutla..
Tapi, sakit kepala yang penulis 'nikmati' ini agak berbeza dengan siri-siri sakit kepala sebelum ini. Biasanya, jika sakit kepala menyerang, ia hanya berlaku pada kawasan tepi dahi & mata, tapi kali ini sakitnya menyerang di sebelah kanan. Minggu pertama sakitnya biasa-biasa sahaja. Masuk minggu kedua, sakitnya mekin mendenyut-denyut. Bila masuk sahaja minggu ketiga..nah..sampai pucat penulis dibuatnya. Denyut-denyut di kepala makin kuat sehingga penulis terpaksa ambil MC. Ini tandanya, rawatan perlu dilakukan dengan kadar yang segera.
Di waktu kerja sahaja penulis sudah 4 kali berjumpa dengan doktor in-house untuk menerima rawatan. Ubat yang penulis terima hanya ubat penahan sakit..telan la jugak untuk meredakan sakit..tapi kita kan sedia maklum..tak elok sebenarnya makan pain killer ni. Kesannya adalah pada masa akan datang nanti.
Akhirnya pada 2 hari yang lepas, doktor menyarankan agar penulis membuat pemeriksaan mata di kedai cermin mata. Mungkin power cermin mata penulis sudah bertambah. Memang benar, rupanya punca sakit kepala di sebelah kanan ni berpunca daripada itu.
Kalau dulu:
Kanan - 1.00
Kiri - 0.75
Tapi setelah diperiksa:
Kanan - 1.75
Kiri - 1.00
La..begitu pulak..huhu..jadi kesimpulannya, penulis kena tambah power cermin mata la ya..
Hmm..sekadar perkongsian untuk semua..=)
Aug 7, 2008
10 PENYELEWENGAN BESAR PENDAKWAAN DALAM KES ANWAR

Penyiasatan dan pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim telah menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi. Meskipun Anwar Ibrahim belum di dakwa secara rasmi di mahkamah, terdapat pelbagai kepincangan dalam siasatan dan dalam perjalanan kes ini. Berikut ialah 10 perkara misteri dan luar biasa yang timbul dalam kes Anwar.
1. Laporan Pengadu enggan diserahkan
1. Laporan Pengadu enggan diserahkan
Ini merupakan satu perkara yang luar biasa. Lazimnya, apabila seseorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan meminta laporan polis yang dibuat oleh pengadu, ianya akan dibekalkan dalam masa seminggu ke dua minggu oleh pihak polis. Tanpa laporan pengadu, orang yang tertuduh sukar membela diri kerana apa yang didakwa pun tentulah tidak jelas. Pengalaman penulis memohon laporan polis bagi membela anak guam membuatkan penulis hairan kerana penulis pernah beberapa kali mendapat laporan pengadu pada pagi yang sama penulis memohon. Kenyataan Hamid Albar bahawa laporan enggan diberi kerana pendakwaan belum dimulakan secara rasmi tidak masuk akal kerana masyarakat maklum Anwar telah ditahan oleh polis, keterangannya telah diambil dan beliau perlu membela diri dan reputasinya. Ini meyakinkan masyarakat bahawa laporan polis belum ada dan perbincangan sedang dibuat berhubung inti laporan tersebut untuk mendapatkan tarikh dakwaan yang paling sesuai.
2. Anwar ditangkap sebelum tempoh
Adalah sesuatu yang cukup memalukan apabila pihak polis memungkiri janji dan menangkap Anwar sebelum tempoh yang diberikan tamat. Tempoh diberi sehingga pukul 2 petang tetapi Anwar ditangkap sekitar pukul 1 petang. Mungkin polis terbawa-bawa sikap Pak Lah yang kerap membuat kenyataan palsu.
3. Anwar disabitkan bersalah sebelum dibicarakan
Apabila Pak lah diminta mengulas berhubung kes Anwar, Pak Lah dengan segera berkata bahawa memanglah penjenayah akan menafikan kesalahannya. Belum pun perbicaraan bermula, Anwar sudah disabitkan sebagai pesalah oleh Pak Lah. Pada masa yang sama, apabila Pak Lah diminta mengulas berhubung dakwaan ke atas najib dan Rosmah, Pak Lah dengan segera menyatakan bahawa Pak Lah berkeyakinan penuh bahawa Najib dan Rosmah tidak bersalah. Jika Mahathir dikaitkan dengan konspirasi perlantikan hakim, pak Lah selangkah ke hadapan dengan melantik dirinya sebagai hakim tidak rasmi.
4. DNA baru Anwar diminta oleh Pak Lah dan Khairi.
DNA Anwar sudah lama dimiliki oleh pihak polis berikutan siasatan kes lamanya. Paten DNA tidak akan berubah. Justeru DNA baru tidak diperlukan melainkan jika hendak digunakan sebagai bukti palsu yang hendak dicalit dibadan pengadu. Tindakan Khairi dan Pak Lah yang berulangkali menuntut Anwar memberi DNA barunya menimbulkan tanda tanya berhubung tujuan mereka. Apabila Anwar mendedahkan perkara ini di dalam muka depan Suara Keadilan, Pak LAh dan Khairi diam membisu. Kalau anak dara yang diam, ini bermakna anak dara tersebut setuju dengan pinangan. Justeru, diamnya Pak LAh dan Khairi seakan mengiyakan persepsi masyarakat bahawa inilah tujuannya.
5. Laporan Pusrawi
Perlu diakui bahawa laporan Pusrawi sebelum ini bukanlah laporan rasmi bagi kes Anwar. Meskipun begitu, fakta bahawa seorang doktor, meskipun bukan doktor pakar kes liwat, telah melihat lubang punggung Saiful dan tiada sebarang kesan koyakan atau apa-apa tanda diliwat adalah relevan. Meminjam istilah yang selalu digunakan di dalam kes-kes berkaitan Puspakom, pemeriksaan yang dibuat adalah pemeriksaan mata kasar. Meskipun begitu, ianya tetap relevan dan keterangan sudah cukup untuk menimbulkan keraguan munasabah. Pejabat Peguam Negara selama ini tidak membuat pendakwaan melainkan yakin dengan tahap 90% bahawa tertuduh memang bersalah dan bukti-bukti yang ada benar-benar kuat.
6. Bukti alibi Anwar memadai
Kepincangan dalam kes ini semakin menjadi-jadi apabila pihak polis berkeras meminta DNA baru Anwar sedangkan bukti alibi Anwar tidak dikaji. Sepatutnya, polis menyerahkan laporan Saiful kepada Anwar supaya Anwar boleh membela diri dengan menjelaskan di mana Anwar berada pada tarikh yang didakwa Saiful berlaku liwat tersebut. Seterusnya, alibi Anwar perlu disiasat. Sebagai contoh, Antihusam (blogger UMNO) mendakwa punggungnya telah saya liwat pada pukul 11 malam , 20 Julai 2008 di Hotel Sunway. Saya akan memaklumkan bukti alibi saya pada waktu itu. Contohnya, saya menyatakan bahawa pada waktu tersebut, saya menghadiri ceramah Ustaz Hadi di markas Pas. Terdapat lebih 20 kawan saya yang boleh membuktikan kehadiran saya. Justeru, mustahil saya meliwat Antihusam. Apabila pihak polis selesai menyoal alibi-alibi saya dan berpuas hati bahawa saya mustahil meliwat Antihusam, siasatan patut ditamatkan. Begitulah juga dalam kes Anwar. Tindakan pihak polis yang beria-ia mahukan DNA baru Anwar kelihatan senada dengan Pak Lah dan Khairi.
7. Pendakwaan oleh Pejabat Peguam Negara
UMNO ke sana ke sini membuat kenyataan bahawa kes Anwar tidak akan diuruskan oleh Pejabat Peguam Negara kerana Peguam Negara sendiri sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa yang dibuat oleh Anwar. Pendakwaan, jika jadi, akan dibuat oleh Peguam Cara Negara. Masyarakat sedia maklum bahawa pendakwaan masih akan diteruskan oleh Pejabat Peguam Negara sekalipun diketuai oleh Peguam Cara Negara. Adalah pelik bin ajaib untuk mendakwa Pejabat Peguam Negara tidak akan dipengaruhi oleh Peguam Negara. Nama pun Pejabat Peguam Negara.
8. Laporan HKL
Timbul isu terbaru bahawa laporan rasmi HKL turut bocor dan laporan tersebut menyatakan bahawa Saiful memang tiada tanda-tanda diliwat dan mustahil Saiful diliwat. Ini menunjukkan Saiful tidak ikhlas membantu BN. Sekiranya Saiful komited membantu BN, Saiful sepatutnya pergi ke Lorong Haji Taib dan menyuruh pondan-pondan di situ meliwatnya beberapa kali agar kesan liwat ketara. Ini menunjukkan perancangan lemah BN dan ketidak ikhlasan Saiful dalam membantu BN.
9. Isu motif dan tujuan
Kes ini menimbulkan keraguan yang cukup banyak apabila kepimpinan UMNO seperti Najib mengakui telah berjumpa dengan Saiful sebelum saiful membuat laporan polis. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Anwar adalah musuh politik UMNO. Justeru, polis sepatutnya menyiasat kebarangkalian berlakunya konspirasi dikalangan UMNO untuk menganiayai Anwar seperti yang pernah dibuat sebelum ini. Sebelum ini, mahkamah telahpun membebaskan Anwar dari tuduhan liway yang dijaja oleh UMNO berdasarkan sekeping surat layang.
10. Terlampau banyak percanggahan fakta kes oleh BN
Pada mulanya, Najib mendakwa tidak pernah berjumpa Saiful. Kemudian, Najib mendakwa pula bahawa najib pernah berjumpa Saiful 2 bulan dulu di pejabat untuk membincangkan biasiswa. Kemudian, Najib berkata pula bahawa Najib telah berjumpa Saiful 2 hari sebelum laporan polis dibuat untuk membincangkan biasiswa. Tiba-tiba, Najib mendakwa pula Najib telah memegang tangan Saiful yang kesejukan 2 hari sebelum laporan polis dibuat di rumah Najib sendiri apabila Saiful yang kononnya ketakutan datang mengadu diliwat.
Saiful pula mulanya mendakwa diliwat pada 26 haribulan di sebuah kondo di Malaysia. Apabila Anwar kelihatan mempunyai bukti alibi yang kukuh, saiful menjadi terdesak. Kemudian, Saiful menyatakan pula bahawa dia telah 3 kali menemani rombongan Anwar ke luar negara dengan memberi “hint” bahawa dia kononnya telah diliwat-liwat di luar negara beberapa kali. Ini menimbulkan pelbagai tanda Tanya. Mengapa seorang lelaki yang kelihatan tinggi dan sihat seperti Saiful membiarkan dirinya diliwat-liwat beberapa kali dan terus menemani Anwar ke mana saja. Sebagai contoh, jika saya diliwat oleh sesiapa, saya akan trauma dan akan segera menjauhkan diri dari orang tersebut.
Selain itu, Saiful juga sentiasa kelihatan ceria. Demi Allah, selama saya bekerja sebagai peguam, belum pernah saya menemui mangsa rogol atau mangsa liwat yang begitu ceria. Mangsa kes serangan seksual akan trauma, malu dengan masyarakat, rasa rendah diri dan biasanya mengalami kemurungan.
Saiful juga seorang lelaki. Tidak semudah itu hendak menembusi lubang punggung seorang lelaki. Asalkan saiful mengeraskan punggungnya, mustahil Anwar dapat meliwatnya. Sekiranya Saiful benar-benar hendak diliwat, dua atau tiga orang lelaki gagah diperlukan untuk memegang Saiful dan lubang punggung saiful perlu disapu minyak terlebih dahulu sebelum diliwat. Sekiranya ini yang berlaku, mustahil Saiful akan terus mengikut Anwar ke sana sini sehinggalah menemani rombongan Anwar ke luar negara sebanyak 3 kali.
Sebagai kesimpulan, kes Anwar Ibrahim ini tidak layak dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan. Sekiranya saya ialah hakim bagi kes tersebut, saya akan melempar fail pendakwaan ke lantai kerana terlalu banyak kepincangan.
(dipetik sepenuhnya dari tranungkite.net)
..tarikh 16 September 2008?..tungguww..
Subscribe to:
Posts (Atom)

















