Jun 30, 2008

SELAMATKAN ANWAR

[+/-] Read More...

Jun 29, 2008

Himpunan 1 Juta Rakyat Bantahan Harga Minyak

GERAMM
(sila klik gambar)




[+/-] Read More...

Jun 28, 2008

SIBUKNYA..

Ya..Allah..bila la nak mengadap untuk mengupdate blog ni..huu asyik x sempat je..maaf buat pengunjung semua..

[+/-] Read More...

Jun 12, 2008

Salam Rindu Dari Musazanurfi..


















Ya Rahman Ya Rahim Ya Fatahu Ya Alim..


Segala puji bagiMu yang telah memberi rahmat buat sekelian alam. Engkau kurniakan segala nikmat buat semua golongan manusia tidak kira yang tunduk pada perintahMu atau jua yang mengingkari suruhanMu. Engkau memberi pertolongan kepada sesiapa jua yang Engkau ingin, dan Engkau jua yang menurunkan bala' kepada sesiapa jua yang Engkau ingin.

Lindungilah hambaMu dari segala musibah yang boleh merosakkan hati ini dari berpaling dari setiap perintah junjunganMu. Aku mohon perlindungan dari segala macam dugaan dan godaan dunia yang terus menerus mengalpakanku.

Ya Rabbal Alamin..ampunilah dosa hambaMu yang semakin lama semakin menghitami hati ini. Dosa-dosaku bagai gunung yang tinggi, kejahatanku bagai perosak segala kebaikan yang anak-anak adam lakukan di dunia ini. Hati ini seolah ada pemisah untuk menerima rasa izzah dan khusyuk setiap kali bertemu waktu suci yang 5 dalam seiap hari-hari yang berlalu.

Pandulah hati ini ya Kareem. Bentuklah semula kesucian yang pernah Engkau kurniakan kepadaku sejak aku mula mengenal dunia ini.

Benarkah aku telah mensia-siakan hidup yang sesingkat ini? Benarkah selama ini aku telah menzalimi diriku sendiri? Benarkah tiada ruang keampunan dariMu untuk diri ini?

Astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah..

(Penulis bakal kembali)



[+/-] Read More...