Feb 15, 2008

JOM TENGOK! UMMU HADHARI MENOLAK AL QURAN - Ada Sesiapa Yang Sebelum Ini Jadikan Makhluk Talam Dua Muka Ini Sebagai Idola?Jawab2..

Ha..ni yang buat penulis nak senyum lebar ni..ada sesiapa yang masih sayangkan pada sorang ustazah yang 'celup ustazah' ni? Yeke dia ustazah? Atau sekadar pada title je? Duit nampak di depan, tapi AQ baling ke tepi?? Jom, penulis bukan nak buat auta atau tipu2..tapi kita semua ada aqal untuk menilai kan?

Pakat-pakatla tonton video ni. Klik sahaja pada gambar, dan sahabat-sahabat semua akan dihidangkan dengan satu clip video yang boleh buat kita mengeleng kepala sekejap dan rasa kesian pada 'ustazah' ummu Hadhari ini. nak sokong Umno lagi ke?

Ustazah Ummu Hadhari

Kalau ulama' UMNO (kononnya ulama') pun dah camni, bagaimana pula ahli-ahli UMNO yang lain yek..ha sokong la lagi..rosak aqidah baru tahu..

(maaf, penulis teremosi skit, almaklumlah bahang PRU-12 dah makin terasa)


[+/-] Read More...

Feb 14, 2008

Bubar Parlimen Mengejut, Abdullah Takut Pengaruh Anwar

Dipetik dari HarakahDaily.net

Sila sangat-sangat klik kanan, Save As Target/Save Link As - CERAMAH ANWAR TERBARU

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Hrkh) - Sah! Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi gentar dengan pengaruh Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim apabila mengumumkan pembubaran Parlimen hari ini.

Kebimbangan terhadap pengaruh Anwar dilihat sebagai satu alasan mengapa Abdullah mengumumkan pembubaran parlimen secara tergesa-gesa, walaupun sering menafikan kebimbangan Umno terhadap pengaruh Anwar.

Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua, kenyataanya kepada wartawan di pejabatnya, di Brickfields berkata Anwar dibenarkan bertanding pada 15 April ini, iaitu lebih kurang sebulan - yang menjadikan BN bimbang dengan keadaan tersebut.

"Apa saja yang mereka sebut tentang Anwar, kononnya tidak bimbang dengan pengaruh Anwar, sebenarnya menunjukkan sikap sebaliknya. Hakikatnya, BN tidak mahu Anwar menyertai pilihan raya," tegas Tian Chua, hari ini.

Beliau turut melahirkan rasa kesal dan kecewa berhubung pembubaran ini memandangkan Abdullah baru saja menafikannya kepada media, semalam.

"Kita bukan persoal hak beliau untuk membubarkan parlimen, tapi cara beliau mengingkari janji itu yang dikatakan semalam. Semalam cakap lain, hari ini sudah lain. Ini bermakna banyak lagi janji-janji yang dibuat sebelum ini boleh diragukan sama ada ikhlas atau taktik pilihan raya semata-mata," tegasnya.

Dalam pada itu, Tian turut menjangkakan pilihan raya umum kali ini merupakan pilihan raya yang sengit, selain akan dipenuhi dengan taktik-taktik kotor daripada BN dalam memastikan kemenangan mereka.

Beliau turut meminta Abdullah berhenti mengarahkan mana-mana pihak dalam jentera kerajaan sepanjang tempoh kempen memandangkan Abdullah kini tiada kuasa sebagai Perdana Menteri untuk memutuskan sama ada sesuatu perhimpunan itu aman atau sebaliknya.

"Saya harap Abdullah berhenti mengarahkan mana-mana pihak dalam jentera kerajaan, kerana beliau kini hanyalah calon berpotensi seperti saya dan kamu juga. Biar pihak polis yang menentukan sama ada aman atau tidak sesuatu perhimpunan aman, protes aman, ceramah umum dan sebagainya. Harap BN sedar hakikat ini," kata beliau.

Justeru, beliau berharap pihak polis membuat keputusan secara profesional tanpa dipengaruhi mana-mana parti kerana semua parti adalah sama dalam menghadapi pilihan raya ini.- wann/mks.


[+/-] Read More...

Feb 13, 2008

PRU 12 : PAS> Kekuatan Usaha Membantu Kemenangan



YA ALLAH..BERILAH KEMENANGAN KEPADA PARTI ISLAM SE-MALAYSIA PADA PRU 12 AKAN DATANG..BANTULAH JENTERA PAS AGAR DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN. BERILAH PETUNJUK & TAUFIK KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA AGAR MENGUDI PAS. AMIN..


DARI jendela kaca bilik rasmi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut, jelas kelihatan Menara Datuk Onn, iaitu bangunan rasmi yang menempatkan parti terbesar orang Melayu, UMNO. Kedua-dua bangunan itu jika dilihat dari satu sudut boleh disifatkan sebagai lambang pergerakan politik orang Melayu di negara ini – namun masing-masing menggunakan pendekatan yang berbeza.


Beliau secara panjang lebar menjelaskan kesungguhan parti itu untuk mencapai matlamat tersebut menerusi pilihan raya umum ke-12 ini. Malah, Abdul Hadi berkongsi keyakinan Pas akan menang sekurang-kurangnya di Terengganu dan Kedah selain mengukuhkan kedudukannya di Kelantan dengan Mursyidul Am Pas kekal sebagai Menteri Besar di situ.


Kepada wartawan NORAINI ABD. RAZAK, BORHAN ABU SAMAH, SAIFULIZAM MOHAMAD dan jurugambar, HAYAT SUEET, bekas Menteri Besar Terengganu itu turut mengulangi hasrat Pas untuk menubuhkan ‘negara kebajikan’ dan melaksanakan undang-undang jenayah Islam jika berpeluang memerintah kelak.


UTUSAN: Mengapa Pas membuat keputusan bertanding di 60 kerusi Parlimen sahaja?


HADI: Buat masa ini kita memutuskan untuk bertanding di lebih 60 kerusi Parlimen dan lebih 200 Dewan Undangan Negeri (DUN). Saya tidak boleh beri angka secara spesifik kerana mungkin ada tambahan di saat akhir.


Adakah hanya dengan bertanding di 60 kerusi Parlimen meyakinkan Pas untuk membentuk kerajaan yang bakal melaksanakan ‘negara kebajikan’?


Pertamanya, kita tumpukan kepada negeri-negeri yang Pas pimpin dan pernah pimpin iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kita sudah laksanakan program negeri kebajikan biarpun sebahagian besarnya daripada usaha tersebut mendapat ‘kepungan’ Kerajaan Pusat. Namun kita berjaya juga melaksanakan program Armalah iaitu memberi bantuan kepada ibu tunggal, anak yatim, golongan miskin. Kita juga menghapuskan cukai pintu dan hanya melaksanakannya di ruang komersial sahaja.


Di peringkat pusat pula, kita telah mendapat maklum balas yang menggalakkan mengenai penubuhan negara kebajikan. Malah konsep seumpama itu telah dilaksanakan di zaman Nabi Muhammad s.a.w. lagi.


Di Barat, konsep seumpama itu mula dilaksanakan di England di mana bantuan kewangan secara percuma diberi kepada warga tua, kanak-kanak dan golongan yang memerlukan. Itu adalah konsep negara kebajikan yang diambil daripada Islam. Cadangan ini diterima oleh Barisan Alternatif dan saya yakin parti-parti pembangkang lain juga akan bersetuju. Sekiranya Pas dan Keadilan diberi kepercayaan untuk mengambil alih kepimpinan orang Melayu, saya percaya akan berlaku perubahan anjakan paradigma di kalangan parti-parti bukan Melayu ke arah menubuhkan kerajaan yang lain bentuknya.


Kenapa Pas tidak bertanding di lebih banyak kerusi Parlimen?


Ini kerana kita mahu kerjasama. Kita mahu perubahan yang dilakukan secara bersama bukan perubahan yang disebabkan oleh tekanan di pihak Pas sahaja. Bahkan bagi perubahan ke arah Islam pun, kita mahu ia berlaku secara demokratik, supaya rakyat faham Islam dahulu.

Datuk Seri yakin Pas akan menang di 60 kerusi itu? Kalau dapat 40 kerusi pun cukup. Macam Husam (Musa) kata, kalau boleh kita menang 40 kerusi. Jadi sekarang ini kita berusaha untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 40 kerusi.


Yang lain-lain, rakan-rakan kita dari parti lain juga akan mengusahakannya. Kalau PKR dapat 40 atau lebih daripada itu, sudah tentu kita boleh buat perubahan.


Bagaimana jangkaan persaingan pada pilihan raya kali ini?


Persaingan berlaku kerana amalan-amalan tidak demokratik. Ia juga disebabkan oleh undang-undang pilihan raya disempitkan. Kita lihat semasa pilihan raya umum 2004, peratus keluar mengundi amat besar. Di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, kira-kira 90 peratus keluar mengundi. Catatan itu mengatasi negara-negara maju.


Seperkara lagi, SPR buat undang-undang yang menyusahkan kita membuat bantahan. Ini termasuklah seperti jika ingin membuat bantahan kita kena bayar, deposit untuk bertanding juga dinaikkan.


Bagaimana Datuk Seri melihat peluang Barisan Alternatif di Kelantan dan Terengganu?


Kalau Tuhan izinkan, kita akan menang di Kelantan dan Terengganu tetapi kita kena kerja lebih untuk melawan BN. Orang Islam mesti yakin tidak ada kerajaan yang kekal, perubahan mesti berlaku. Kerjasama di antara Pas dan Keadilan nampak elok jika dilihat secara luaran, sedangkan di sebaliknya masih ada perselisihan terutama dalam soal meletakkan calon.


Bagaimana status kerjasama Barisan Alternatif sekarang ini?


Undang-undang di negara kita tidak boleh mengizinkan Barisan Alternatif tubuh satu pakatan di atas nama parti politik. Undang-undang pertubuhan di negara kita masih tidak mencukupi.

Jika undang-undang memudahkan proses ini, kita boleh bergabung untuk tubuh satu barisan parti. Walaupun kita berbeza parti, tetapi kerjasama antara Pas dan Keadilan lebih baik berbanding UMNO sendiri. Bahkan ada bahagian UMNO yang tidak boleh menyelesaikan masalah calon. Misalnya ada Menteri Besar di negeri tertentu yang tidak bersetuju sesama mereka dalam soal meletakkan calon.


Itu menunjukkan kerjasama kita adalah jauh lebih baik daripada UMNO sendiri. Biarpun undang-undang tidak membenarkan kita menjadi satu parti, tetapi dalam kempen, kita sama-sama mengibarkan bendera Pas dan Keadilan di mana-mana juga kawasan yang ditandingi.


Adakah tidak timbul langsung perebutan kerusi atau soal pertindihan calon di kerusi yang sama?


Tidak timbul soal perebutan kerusi. Paling penting ialah untuk menentukan calon yang boleh menjamin kemenangan, tidak kira sama ada dia calon Pas atau Keadilan (Parti Keadilan Rakyat). Lebih penting kita utamakan kemenangan daripada menentukan pembahagian siapa yang bertanding. Sebab itu rundingan dibuat dengan menjalankan kajian terperinci di peringkat akar umbi melalui cawangan. Jentera parti membuat kajian mengenai tokoh yang boleh memberi kemenangan kepada kita dengan adanya kerjasama antara Pas dan Keadilan. Kalau ada masalah, baru kita rujuk kepada Majlis Tertinggi parti.


Bagaimana pula kerjasama Pas dengan DAP?


Pas tidak ada kerjasama dengan DAP. Untuk menyelaraskan calon-calon dan kerusi yang dipertandingkan, ada kerjasama antara Keadilan dan DAP. Pas tidak bertanding di kawasan DAP. Keadilan yang akan bertanding di kawasan bukan Melayu.


Kenapa Pas masih enggan bekerjasama dengan DAP?


Halangannya ialah media. Media membawa arus yang kuat memisahkan parti-parti politik dengan menonjolkan isu agama dan perkauman sehingga berlakunya pertembungan dalam politik. Dan perkara ini sering kali dilakukan menjelang pilihan raya, kadang-kadang menimbulkan salah faham terhadap Islam di kalangan orang bukan Islam.


Di pihak Pas sendiri kita ingin menggambarkan bahawa Islam itu adil mengikut al-Quran dan sunah.


Bagaimana Pas dapat menunjukkan sikap terbuka sedangkan untuk bekerjasama dengan DAP pun tidak boleh?


Kita memang terbuka dan ini terbukti menerusi pemerintahan di Kelantan di mana Pas diterima oleh masyarakat bukan Islam kerana layanan yang adil kepada semua kaum dalam semua aspek termasuk kebebasan beragama dan mengamalkan budaya masing-masing.


Bukankah kerenggangan hubungan itu disebabkan oleh misi perjuangan antara Pas dan DAP yang berbeza?


Soal perjuangan berbeza tidak menjadi masalah. Dunia pun boleh menubuhkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dianggotai oleh pelbagai ideologi. Itu peringkat antarabangsa. Di peringkat nasional juga tidak akan ada masalah. Kita boleh mengadakan persefahaman dalam banyak benda lain seperti menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan menuntut pilihan raya yang adil. Cuma dalam pilihan raya, kita tidak boleh bekerjasama berdasarkan realiti bahawa Pas tidak akan bertanding di kawasan DAP atau mewujudkan kerjasama.


Bagaimana pula jika Barisan Alternatif berpeluang memerintah? Adakah masih enggan bekerjasama dengan DAP?


Jika berpeluang memerintah akan berlaku senario politik yang berbeza. Ketika itu kita mungkin bekerjasama dengan DAP.


Perkembangan semasa menunjukkan Mohamad Sabu akan bertanding di Kuala Terengganu, bagaimana penerimaan pengundi di Terengganu?


Datuk Onn Jaafar pernah bertanding di Kuala Terengganu begitu juga dengan Dr. Burhanuddin Helmy dicalonkan di Besut pada tahun 1959, manakala Hassan Adli di Kuala Nerus. Pas bersikap terbuka kerana membelakangkan semangat kedaerahan dan memberi keutamaan kepada agenda membawa perubahan. Lebih penting lagi bukan sekadar menghantar wakil ke Parlimen tetapi membawa mesej kita untuk didengar oleh semua.


Ikut tradisi, Datuk Seri bertanding di Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang. Adakah tradisi itu diteruskan?


Saya ikut keputusan parti, di mana sahaja termasuk di Kepala Batas. Tetapi Majlis Syura Ulama telah membuat keputusan saya bertanding di Terengganu. Saya minta mengundur diri sebab saya sudah bertanding di peringkat DUN sejak tahun 1982. Saya mahu memberi ruang kepada perubahan di Terengganu termasuk mencalonkan 50 peratus muka baru. Tetapi desakan akar umbi masih kuat mendesak saya bertanding DUN dan Parlimen.


Bagaimana reaksi penyokong-penyokong Pas apabila Datuk Seri dicalonkan semula?


Pencalonan itu pun disebabkan oleh desakan mereka dan hasil kajian bebas jentera pilihan raya yang dijalankan di peringkat akar umbi.


Adakah ini penggal pilihan raya yang terakhir untuk Datuk Seri bertanding?


Kita melihat kepada keadaan. Tetapi saya yakin saya mendapat sokongan bukan sahaja di kalangan orang Pas malah orang UMNO, pengundi atas pagar dan pengundi bukan Melayu. Pilihan raya 2004 saya kalah dengan 120 undi, undi rosak 800, undi pos lebih kurang 300. Ia menunjukkan saya masih mendapat kepercayaan di kalangan penduduk Marang biarpun berlaku perubahan pada jumlah undi.


Adakah Datuk Seri yakin akan menang pada pilihan raya kali ini?


Saya tidak akan menang dan kalah. Saya menerima pencalonan daripada kawasan, negeri dan pusat.


Apakah manifesto Barisan Alternatif?


Kita sediakan Tawaran Barisan Alternatif Kepada Rakyat. Kita tidak guna perkataan manifesto, sebaliknya istilah tawaran kerana ia lebih ringan dan mudah difahami oleh rakyat. Antara agenda penting yang kita tawarkan ialah negara kebajikan. Kita berjanji akan menurunkan harga minyak, menyediakan rawatan perubatan secara percuma, memberi pendidikan asas juga percuma dan beberapa perkara lain yang kita yakin boleh laksanakan jika memerintah kelak.


Bagaimana penerimaan rakyat dalam siri jelajah Barisan Alternatif ke seluruh negara?


Kita dapat sokongan berlipat kali ganda biarpun terpaksa berhadapan dengan beberapa halangan. Kita menukar cara daripada berceramah biasa kepada dialog yang disertai oleh golongan yang inginkan perubahan.


Adakah pelaksanaan undang-undang jenayah Islam juga akan menjadi tawaran Barisan Alternatif?


Undang-undang jenayah Islam akan dilaksanakan di negeri-negeri yang dikuasai oleh Barisan Alternatif termasuk di Kedah atau Selangor jika kita berjaya di situ. Bagaimanapun undang-undang ini akan diperkenalkan kepada orang Islam sahaja, manakala bagi masyarakat bukan Islam terpulang kepada mereka untuk menerima pakai undang-undang tersebut atau mengguna pakai undang-undang lain.


Bagaimana Datuk Seri melihat peluang Barisan Alternatif di Kedah, Perlis juga negeri-negeri yang didominasi oleh BN?


Di Kedah, kita mendapat lebih 50 peratus undi daripada orang Melayu. Bahkan undi Melayu di Kedah kepada Pas lebih besar dari di Kelantan dan Terengganu. Di Kedah masalah kita ialah undi bukan Melayu. Dengan lima peratus sahaja perubahan pengundi bukan Islam, kita percaya kita boleh tawan Kedah.


Undi bukan Melayu jadi penentu. Oleh itu jika berlaku anjakan paradigma di kalangan pengundi bukan Melayu dan pilihan raya dijalankan secara demokratik, insya-Allah kita akan menawan Kedah. PKR juga akan dapat menawan beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Perak dan Sabah.

Ini keyakinan saya. Saya juga yakin kita akan menambah kemenangan di negeri-negeri seperti Johor, Melaka dan Negeri Sembilan menerusi kerja keras ahli-ahli parti di setiap kawasan yang kita akan bertanding. Kita juga akan menambah jumlah calon Muslimat sama ada di peringkat Parlimen mahupun DUN.


Apa kriteria-kriteria calon Pas?


Soal calon diputuskan oleh Majlis Syura Ulama. Setiap calon mesti memenuhi syarat agama, akhlak, ilmu, dihormati oleh masyarakat dan tidak melakukan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah. Tapi tidak mungkin kita dapat semua, oleh itu kita utamakan syarat agama, ilmu dan akhlak. Kita mendapat laporan latar belakang calon daripada peringkat akar umbi. Pernah seorang ahli Parlimen Pas yang dipecat kerana melakukan amalan tidak bermoral iaitu menyertai majlis tari-menari.


Apa sebenarnya kelemahan yang menyebabkan Pas tewas dalam pilihan raya?


Kelemahan paling ketara ialah ada kalangan kita yang hanya bekerja apabila diumumkan pilihan raya. Sesuatu kawasan yang Pas boleh bertahan ialah di mana jawatankuasanya bekerja dari awal tanpa mempedulikan bila tarikh pilihan raya. Dan jika berlaku pilihan raya kecil, tidak akan timbul masalah kerana persediaan sentiasa dibuat. Tetapi kawasan yang tidak mempunyai persediaan, apabila diumumkan pilihan raya, baru mula kerja maka kerja yang dibuat hanyalah tampal poster.


Bagaimana kedudukan Pas di Kelantan?


Kedudukan Pas di Kelantan makin kukuh berdasarkan prestasi kerajaan yang semakin hari semakin baik. Di Kelantan kita juga menonjolkan muka baru dalam pencalonan. Tokoh lama yang telah uzur akan berundur.


Adakah kekuatan Pas di Kelantan amat bergantung kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat?


Tok Guru satu faktor penting bagi Pas Kelantan. Bagaimanapun Pas tidak bergantung kepada pemimpin semata-mata sebaliknya ideologi dan perjuangan parti lebih penting. Dulu orang kata Pas kuat sebab Datuk Asri Muda. Ada yang kata kalau tak ada Datuk Asri, ranaplah Pas. Tetapi jelas kita tidak bergantung kepada tokoh, apabila Datuk Asri keluar, Pas semakin kuat.


Jadi, Nik Aziz masih menjadi simbol kekuatan parti?


Ya, Tok Guru simbol kekuatan Pas dari segi kewibawaan, kepemimpinan sederhana dan dihormati bukan sahaja di Kelantan, malah seluruh negara. Beliau juga simbol kekuatan Pas yang bersih daripada rasuah dan tidak ada ruangan untuk mempertikaikan kewibawaan beliau.


..sekarang ni pilihanraya perlu dilihat sebagai medan peperangan, bukan lagi sekadar memilih pemimpin yang adil. Maka apabila peperangan telah meletus, semangat jihad yang padu, pengorbangan keringat dari tenaga, masa dan harta adalah sangat-sangat dituntut kerana mempertahankan keadilan dan kedaulatan islam. Jika pilihanraya masih dianggap sebagai medan mencari muka baru, sekadar usaha yang penat tanpa ada jihad di dada, musuh pasti akan menang dengan mudah.



[+/-] Read More...

Feb 12, 2008

Apabila Puteri Mengaji..Model Islam Hadhari Tulen

[+/-] Read More...

Feb 11, 2008

NEED 2 READ - Malaysia Needs Muslim Hadhari Not Islam Hadhari

This article is being taken from--> Tunku

Malaysia An Unusual And Complex Country, Says Prof Khoo

LONDON, April 14 (Bernama) - A veteran Malaysian academician has described his country as "very unusual and so complex" before an audience of British Muslims.
"Malaysia is truly Asia", Emeritus Professor of History, Datuk Dr Khoo Kay Kim said in an interview-discussion which was part of the weekly event of the London City Circle Islamic group, when asked the question if there were lessons to be learnt from the role of Islam in Malaysia's plural society.

"It is not that we don't have problems. We do have problems but they stem from misunderstandings not hatred," he said.

He cited a recent event where Muslims demonstrated before a church after rumours about a group of Muslims being prepared for conversion to Christianity.

"It turned out that these boys were Indians, so the Hindu Indians made loud noises about the conversion of their children, then it turned out that these were the young children of Christian Indian parents being prepared for religious initiation," he added.


"Non-Muslims in Malaysia generally do not understand Islam because Muslims think Islam has nothing to do with non-Muslims. The Muslims in Malaysia have not seriously played the role of 'muballigh' (spreaders of religion).
"I can tell you that the Muslims are not explaining Islam to non-Muslims. Muslims also should not distance themselves (from them). I said this on TV and they got angry with me. You have to play your role as 'muballigh'.
"The young are not taught Islam properly, the fundamentals of Islam. As my Pakistani friend told me, the fundamentalist is a good Muslim who knows the fundamentals of Islam. He is not a terrorist," Prof Khoo said.

Citing the experience of his own family, he said that his son wanted to do a doctorate in Islamic Studies in Britain but was disappointed when he could not get financial assistance from Malaysian officials who asked him why a non-Muslim would want to pursue the subject of Islam.

There has been unrest in Malaysia even before the May 13 incident but generally Malaysia is a tolerant country.

The biggest statue of the reclining Buddha in that part of the world is not in Thailand but in the Islamist controlled state of Kelantan, he told the audience.

He said that the government recently wanted to promote 'Islam Hadhari', the idea of progressive Islam, but what is needed in Malaysia now is not Islam Hadhari but Muslim Hadhari, progressive Muslims who reach out to non-Muslims and explain their religion.

"Islam in Malaysia has never really been given the opportunity to cross over to the non-Muslims because they (the Muslims) have been told not to," he said.

Asked if the New Economic Policy affected the climate of tolerance in Malaysia, he said that tolerance is always there but the division of parties meant that the politicians are always looking at racial issues.

"We have to make our young comfortable with one another," he said.

"People like to preserve their cultural identity. But you have to explain to them that if they become part of a nation then questions like cultural identity will no longer matter."

He said that the government is now realising this and is looking for better ways to integrate the young through the education system.

Elaborating on the Rukunegara, he said that the children are asked to learn the principles of nationhood by rote without understanding its content.

"The Asian approach to education is very mechanical. They learn by rote, they believe in the correct answer. The Malaysian education system is like that, you must always give the correct answer, you must always ask the correct question.

The students are asked to memorise the Rukunegara, the Rule of Law and so on, but if you ask them what the Rule of Law is they don't know." he said.

Forty years on, Prof Khoo, a member of the panel that formulated the Rukunegara holds this view: "So far it has no serious effect on society."

But even with all that, Malaysia is still a 'blessed society', he said.

When a member of the audience told him that she was not as optimistic on the future of the country, Prof Khoo replied that he had lived 70 years in Malaysia through thick and thin, and the country had always been able to overcome its problems.

"You should not listen to people who complain too much; you should listen to people who take the trouble to know the country," he said.

tunku : i totally agrees with what Prof Khoo had said, it's very true and we as Muslim should really think about it.We the muslim should let the non-muslim knows what is Islam about so they don't have doubts about Islam.It's very true most of us also draw a line with the non-muslims.we are leaving in a multiracial/multi religion country, so we have to live together and understand each other better, this is the only way and also Islamic way of life.Prof Khoo is right again when he said that what malaysia needed is muslim hadhari not Islam hadhari.the fundamentalist is a good Muslim who knows the fundamentals of Islam.this is what our former prime minister Tun Dr Mahathir has always been saying.

[+/-] Read More...

Feb 3, 2008

Imam Masjidil Haram Beri Amaran

Dipetik dari Berita Harian


JEDDAH: Imam Masjidil Haram, Dr Abdul Rahman Al-Sudais memberi amaran kepada umat Islam di seluruh dunia bahawa saudara mereka di Gaza menghadapi krisis kemanusiaan.


Beliau mengecam negara Barat yang kerap mengatakan mengenai hak asasi, kebebasan dan nilai demokratik, tetapi mendiamkan diri terhadap tindakan Israel menindas penduduk Palestin.

Dalam khutbah Jumaat kelmarin, Dr Abdul Rahman menggesa bantuan seperti makanan dan perubatan segera dihantar kepada penduduk Gaza.


"Saudara kita di Gaza sedang menghadapi kematian dan penghapusan, kebuluran dan terkepung... Selepas tuhan, hanya kita (saudara Islam) yang boleh meningkatkan semangat dan menyelamatkan mereka daripada bala ini," kata Dr Abdul Rahman dalam khutbah di Masjidil Haram yang ditujukan kepada umat Islam di seluruh dunia.

"Bantu mereka, kutip derma untuk mereka, terutama ketika cuaca yang amat sejuk sekarang. Mereka kini terpaksa mengharungi kehidupan tanpa bekalan elektrik dan ditimpa kebuluran dan kemiskinan.

"Mereka tiada bekalan air atau makanan dan perubatan. Sekatan ekonomi membuat hidup mereka perit," imam itu dipetik berkata oleh agensi berita Saudi Press Agency.

Dr Abdul Rahman berkata, krisis kemanusiaan yang meruncing dihadapi penduduk Gaza sekarang adalah perkembangan baru dalam isu Palestin. Beliau mengecam tindakan Israel mengepung wilayah Palestin itu dan menggesa inisiatif segera dan serius untuk membuka semula sempadan.

Masjid di seluruh Arab Saudi kelmarin, mengadakan solat khas untuk Gaza dengan doa agar penduduk Palestin diberi bantuan menghadapi pihak menindas mereka. Penduduk Arab Saudi turut bertukar-tukar pesanan ringkas melalui telefon bimbit dengan menyatakan sokongan terhadap Gaza.

Perhimpunan Belia Muslim Dunia (WAMY) baru-baru ini mengumumkan bantuan kecemasan 5 juta riyal (RM4.31 juta) bagi penduduk Gaza.

"Umat Islam di seluruh dunia harus membantu penduduk Palestin yang menghadapi kebuluran dan penghapusan," kata Setiausaha WAMY, Dr Saleh Al-Wohaiby.

"Penutupan sempadan Gaza menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan kepada yang sakit, kanak-kanak dan wanita. Ia jenayah besar terhadap kemanusiaan," katanya dalam satu kenyataan.


[+/-] Read More...

Feb 1, 2008

Nik Aziz lawat keluarga Sharlinie

Dipetik dari HarakahDaily.net, 24 Jan (Hrkh) - Dalam kesibukan membuat persiapan pilihan raya serta menjalankan tugas-tugas rasmi kerajaan, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sempat meluangkan masa menziarahi keluarga Mohd Nashar di Taman Medan, Petaling Jaya Selatan semalam.

Beliau yang turut mengikuti kes kehilangan Sharlinie, 5, sejak 14 hari yang lalu memberikan kata-kata semangat dan perangsang kepada Mohd Nashar sekeluarga atas musibah yang menimpa mereka.



Pada masa yang sama, Nik Aziz mengingatkan bahawa kerajaan yang ada hari ini tidak menjadikan manusia takut dan gerun kepada Allah sehingga menyebabkan terjadinya berbagai perkara jenayah dan kebejatan akibat kejahilan agama.

Selain itu, beliau juga menyampaikan sumbangan serta mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Sharlinie.

Turut sama dalam lawatan tersebut, Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Petaling Jaya Selatan, Hj Salleh Ishak dan juga Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Azri Mohamad Arish.




[+/-] Read More...