Sep 26, 2007

Sekitar Gambar Majlis Ifthar-2 & AGM-1 Komuniti Teman Inteam (KTI),10 Ramadhan 1428h



Alhamdulillah, tanggal 22 September 2007 berlokasikan bangunan Wisma Belia, MAYC, Kuala Lumpur, satu majlis sederhana tetapi meriah antara pihak KTI dan IRSB. Selain inteam, artis jemputan yang hadir adalah UNIC, Adikku Sayang dan Deevotees. Antara aktiviti yang berlaku; Sesi mahabbah KTI-inteam, majlis berbuka, majlis tahlil, solat terawikh, AGM, qiamullail dan solat subuh. Moga program akan datang, penulis dijemput lagi..=)

..lagi berita di Komuniti Teman Inteam


[+/-] Read More...

Sep 23, 2007

Nurin Jazlin Jazimin..Kisahmu Begitu Menyayat Hati



Allahyarham Nurin..alfatihah


Secara ringkas kronologinya yang menyayat hati..










Tanggal tarikh malang 20 Ogos 2007, allahyarham adik Nurin, 8 tahun; pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak dikatakan telah hilang setelah ia keluar berseorangan untuk menuju ke pasar malam yang berhampiran dengan rumahnya di Wangsa Maju.











Sebulan berlalu, tanggal 17 September 2007 mayat seorang budak perempuan yang tidak berbaju telah disahkan mangsa deraan seks ditemui dalam sebuah beg sukan di Jalan PJS1, Petaling Jaya Utama. Dan ia adalah mayat allahyarham Nurin yang dijumpai di dalam beg pakaian sukan.











Lagi menyayat hati dan tidak berhati perut apabila mendengar kemaluan dan dubur allahyarham disumbat dengan terung dan timun. Astaghfirullah..











Ujian asid deoksiribonukleik DNA yang dibuat, didapati allahyarham mempunyai DNA yang serupa dengan ibu bapa Nurin Jazlin Jazimin. (DIdapati 99.99 peratus sampel darah allahyarham hilang sepadan dengan ibu bapa allahyarham.)


Pada awalnya, bapa allahyarham, Jazimin menafikan hasil ujian tersebut atas sebab fizikal mayat tidak sama dengan anaknya. Begitu juga dengan polis yang masih belum mengesahkannya dan pemeriksaan DNA kedua akan dibuat. Namun setelah diyakinkan oleh sanak saudara terdekat, akhirnya Jazimin dengan hati yang berat pasrah menerima.
Jenazah allahyarham akhirnya telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Wangsa Maju selepas solat Jumaat, 21 September yang lalu.

Waktu itu, penulis dalam persiapan bertolak ke Kuala Lumpur bagi menghadiri majlis Ifthar Komuniti Teman Inteam yang diadakan di Wisma Belia, bangunan MAYC, Kuala Lumpur(22 September).

Di Kuala Lumpur, sewaktu berada di dalam teksi menuju ke lokasi ifthar, penulis sempat berbual mengenai berita yang sedih ini kepada driver teksi. Driver yang berbangsa india tersebut menyebut, dia yang tinggal berhampiran dengan rumah allahyarham menyatakan yang allahyarham dicekup seaktu dedang turun tangga di kediamannya lagi, belum pun sempat allahyarham keluar untuk menuju ke tapak pasar malam.

Begitu mudah nyawa manusia melayang dari kerakusan nafsu manusia yang tidak berhati perut. Ungkapan 'nafsu binatang' sudah biasa kita dengar untuk melabelkan pembunuh kejam allahyarham mahupun pembunuh-pembunuh kejam yang lain. Ungkapan apa lagi yang boleh kita bandingkan, kerana dirasakan ungkapan itu sudah biasa kita guna. Nafsu bapak binatang? Nafsu israel?

Ibu Bapa Allahyarham berkemungkinan di dakwa kerana kecuaian?

Kenapa polis negara kita ni pelik sangat ya..suasana sedih belum lagi reda, akan tetapi tiba-tiba sahaja keluar berita yang menyatakan berkemungkinan pihak polis akan mendakwa(Metro)ibu bapa allahyarham Nurin kerana kecuaian menjaga keselamatan anaknya? Pendapat penulis, jika pihak polis ingin mendakwa ibu bapa allahyarham sekalipun(yang sepatutnya tidak perlu), sepatutnya pihak polis perlu berusaha dan berjaya menangkap penjenayah yang telah membunuh allahyarham terlebih dahulu, kemudian apabila hukuman telah dijatuhkan oleh pihak mahkamah, barulah ibu bapa allahyarham dipanggil untuk disoal siasat ataupun didakwa. 'Sihat' jugak akal fikiran polis negara kita ni ya. Timbang rasalah sikit..dari sini kita dah boleh menilai setinggi mana kredibiliti polis negara. Apa pendapat anda?

Terpulanglah..yang pasti kes-kes seperti ini akan tetap terus berlaku di negara kita malah di muka bumi Allah SWT ini. Sememangnya kita akur..inilah antara tanda-tanda awal berlakunya kiamat, cuma kita yang lemah ini tidak ada kekuatan serta kebolehan untuk mengetahui bilakah saatnya kiamat itu bakal menjelma. Seperti mana disebutkan, yang artinya:

mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat : ”Bilakah terjadinya?” Katakanlah, ”Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia.( Qs. Al-A’raf ayat :187)

Apa dosanya..si kecil ini..

....alfatihah buat allahyarham Nurin Jazlin Jazimin.

Lagi berita di Suara Umat Melayu &
Forum Tempur
..serta link-link yang berkaitan yang lain.

[+/-] Read More...

Sep 18, 2007

Ceritera Sebenar Dari Sahabat di Malam Tragedi Batu Buruk 8 September 2007

Pengakuan sebenar dari seorang sahabat penulis yang menjadi mangsa pada malam tragedi batu buruk yang lalu. Penulis meminta pengunjung semua agar menilai di manakah letaknya kebenaran, nilai murni dan keadilan yang dicanang-canangkan dalam negara kita ini.
(ditulis pada 17september 2007)

Assalamualaikum... apa khabar semua nye, moga2 sihat belaka... ermmm hari ni kira dah 9hari ana kuar dari lokap Kuala Terengganu, seharian jugak duk lepak dalam lokap, satu pengalaman yang cukup menarik.. nak citer nie tak tahu nak mula dari mane, banyak sangat pengalaman yang menarik, tapi tak apalah ana citer mane yang sempatlah, yang detail2 jumpa kat ump 29 hb nanti, Insyallah.

Jam 9.30 malam, 8hb sept 2007, sabtu malam ahad, mak ayah, kakak n abag ipar ana tengah bersiap untuk turun menunaikan umrah pada keesokkan nyer, lepas selesai solat isyak, terus bersiap dengan sweater nak turun ke batu buruk dengan ceramah mat sabu, dengan TX65XX ,meluncur laju untuk terus berkhidmat membantu meneruskan agenda Ummah, membangunkan Islam. Jam 9.50 malam, tiba disimpang batu buruk, kelihatan jalan2 ke tempat ceramah telah ditutup, berpuluh-puluh, polis biru dan merah merentasi jalan ke tempat ceramah, dlam keadaan samangat pergilah cari tempat yang sesuai untuk park TX. betul2 disimpan jalan berhampiran hotel permai iin.

jam 10.30, kereta peronda polis mula melalui kawansan penykong2 berhimpun, sambil memaklumkan ceramah dibatalkan kerana ketiadaan permit. rundingan terus dibuat, sebaik sahaja kebanyak penyokong mula bersurai, jam 10.45 malam bom pemedih mata mula ditembak, kebanyakan penyokong bingung, macam mane dalam keadaan nak bersuraipun bom pemedih mata terus ditembak.

11.00mlm, rusuhan ala2 peperangan baru bermula, baru dan kayu menjadi senjata, water canon, bom pemedih mata silih berganti menyerang orang ramai yang berhimpun, loceng dari truck FRU mula dibunyikan, lalu beraturlah berpuluh-puluh semut merah bersiap sedia membedal maner2 hamba allah yang dijumpainye. Beberapa orang penyokong yang bersembunyi di ESSO batu burok telah ditangkap.

11.30 mlm, hotel permai IIN diselubungi asap, memedihkan penghuninye, malam tu hampir 10 kali kene asap pemedih mata, muntah loya semua ada...ana mula berpecah dari kelompok besar orang yang berdemo, dangan beberapa orang, bersembunyi dibawah permai INN, nasib tak baik, basement permai INN diserbu FRU, ana sorang, FRU lebih dari sepuluh orang, tanpa belas kasihan, disepak, diterajang, ditolak dengan Sheild, dipukul dengan cota kayu, sehingga lah lembik ditepi dinding Basement permai INN, lebih dari 10minit dilanyak sepuas2nye, tanpa belas kasihan langsung, dan ana perasan, kebanyak mereka bukan anak tempatan terengganu, kemungkinan dari sabah serawak, ataupun negeri2 lain luar dari terengganu.

Sweater dah hilang baju dah koyak, selipar entah kemana, langsung diseret keras ke truck FRU, lebih kurang 50 meter dari tempat dipukul, pantang selisih dengan FRU yang lain, cota melayang ke kepala, perut di terajang, Flying kick tepat ke dada, sebak sekejap, belum sempat lagi sampai ke truck, salam 10 meter, selisih dengan sorang lagi FRU, cota dia plak hinggap di belakang, sempat jugak mulut ni, mengucap salam kat FRU tu " SAKIT LAH BODOH", tanpa berlengah lagi, dengan cota yang sama, hingga di kepala plak, entah berapa puluh kali kepala diurut oleh cota malam tu, belakang diterajang, dada disepak, tak ada belas kesihan langsung, Babi diorang tak buat macam nie.

Lepak kejap dalam truck FRU dalam sejam, masa tu mula msg kat sahabat2, mintak doakan ana selamat, masa tu dalam keadaan sakit, tak ada perkataan lain dah yang keluar dari mulut, hanyar beristirfar sahajalah, dalam truck tu. ada 3 orang sekali dengan ana. sorang tu UMNO, salah lalu kawasan tu, kene tangkap jugak, biar dirasa lagi, selama nie orang pas je duk rasa. sepanjang ana mula2 kene pukul, sehingga lah dalam truck, mereka menghina agama Islam, menghina perjuangan kita, sehingga ada yang berkata " Ni perjuangan mung? perjuangan Islam bende macam ni, Islam babi macam nie" betapa celaka nye mereka, Astarfirullhalazim...

salam sejam duk lepak dalm truck FRU, dipindah plak ke black maria (truck polis), dalam hati nie bila mula2 kene pukul n tangkap tu, dah ada plan dalam kepala nie, time wat tamrin kat adik2 ump nanti, nak wat macam FRU jugak lah, baru releks sikit kalau kene betul2 ngan FRU. Dari truck FRU ke Black Maria, lebih kurang 100 meter, dalam keadaan berkaki ayam, jalan penuh dengan kaca, habis kaki hancur, mula lah jalan terhincut2, semasa nak dibawa ke black maria pun sempat lagi kene bantai, bolehlah rasa di tumbuk sebijik kat muka oleh sorang FRU gemuk, enth tak puas hati apa, ana pun tak tahu. bengang jugak lah kepala,

sampai di Black maria, dah ada 6 orang dalam tu, sempatlah merasa black maria, perjuangan islam terus dihina, macam2 provokasi dibuat, islam babi, islam bodoh, semua nye melayu yang mngutuk Islam mereka sendiri. tangan dah dagari sejak dalam truck FRU lagi. dari black maria, dibawa ke balai polis KT, lepak dlam black maria tu dalam pukul 4 lebih baru dikeluarkan,melangok plak kat dalam balai... dalam keadaan kepala yang berdarah, badan lebam, sakit macam2 sakit lagi, sabar ajer lah.

wassalam

[+/-] Read More...

Sep 17, 2007

Kosong..sekosong-kosongnya..

Kosongnya..


Kosongnya..


Jiwa ku kosong kini mencari makna kehidupan ini. Kenapa perasaan ini boleh berlaku?..di manakah silapnya..siapakah yang punya angkara..

Sedang jasmaniku sihat, dapat menikmati makanan yang lazat-lazat. Duit poket, pakaian alhamdulillah cukup lengkap. Tapi ternyata aku masih terasa kosong..kosong mencari sesuatu..tapi sesuatu apa yang sedang dicari?

Rupanya, baru ku tahu, iman ku sedang sakit..jiwaku tidak tenang, hatiku tidak berasa lapang. Iman ku lapar..sedangkan jasmani ku sentiasa disuap dengan makanan. Justeru, hanya ini yang mampu menjadi makanan imanku. Moga-moga imanku & mentalku kembali bertenaga sepertimana jasmaniku kini.


1. Selalu dzikrullah.

Yang dimaksud dengan dzikir di sini adalah berdzikir dengan lisan disertai dengan persetujuan hati, tafakur akan ciptaan Allah dan mengambil petunjuk melalui makhluk-makhluk-Nya untuk mengetahui keagungan kekuasaan-Nya, kecermatan hikmah-Nya, keluasan rahmat-Nya, serta keterikatan makhluk dengan-Nya. Lagi..



2. Menghadirkan potret akhirat dan segala yang terjadi ketika itu.

Ada orang yang berkeinginan untuk dapat kembali ke dunia untuk menghabiskan seluruh umurnya demi keselamatannnya jika mungkin. Hendaknya seorang akh merenung bahawa rumah akhirat pertama yang akan ditempatinya adalah kubur, hendaklah dia membayangkannya dengan tajam, memasang potret kubur yang gelap itu diingatnya serta mengenang tidurnya yang sendirian di mana tidak ada penghibur kecuali amalnya. Lagi..


3. Hendaklah setiap al-akh ingat bahawa kematian lebih dekat.

Janganlah dia tertipu oleh masa muda, kekuatan serta kesegarannnya. Kematian tidak mengenal masa muda. Kekuatan dan kesehatan tidak mampu mencegah kehadirannya. Dan dia antara hikmah dan rahmat Allah kepada kita, Dia memperlihatkan kepada kita kematian yang merenggutnya nyawa seorang bayi, anak kecil, orang muda, orang tua dan juga orang sakit. Lagi..


Syukran Paksi.Net (sumber rujuk untuk posting ini)


[+/-] Read More...

Sep 12, 2007

Tragedi Berdarah Batu Buruk 8 September

GERAM! BABI SELAMAT! RAKYAT AZAB!
Hari ini - Demonstrasi Bantahan Provokasi Polis & FRU di Hadapan Balai Polis bandar Kuala Terengganu jam 2.30 petang.

Kronologi Peristiwa di Batu Buruk, Terengganu
KRONOLOGI PERISTIWA
PROVOKASI POLIS PADA 8 SEPTEMBER 2007
BERTEMPAT DI BATU BURUK KUALA TERENGGANU


Sumber: BERSIH, KELANTANDAILY

8 SEPT 2007


12 tengahari
Petugas ceramah dirikan pentas












5 petang
Polis arahkan rombak pentas
Polis minta kad pengenalan petugas2 parti


8 malam
FRU masuk dan mula arahkan bersurai








9.30 mlm
Polis arahkan tahan orang ramai yang tidak mahu bersurai di sekitar Stesen ESSO.


9.40 malam
Dato’ Pesuruhjaya dan lain2 penceramah tiba berhampiran Warong Pak Maidin. Keselamatan buka kon yang menghadang jalan ke tapak ceramah di selekoh Warong Pak Maidin. Polis pakaian preman cuba menghalang petugas keselamatan dengan menarik baju. Salah seorang polis preman keluarkan pistol dan menuju ke arah petugas keselamatan lalu mengugut untuk tangkap petugas keselamatan. Polis tidak izinkan masuk ke jalan terbabit.















10.00 malam
Orang ramai berkumpul di jalan utama di simpang masuk ke Masjid Batu Buruk.



10.30 malam
FRU mula menembak water canon dan gas pemedih mata di kawasan antara ESSO dan Masjid Batu Buruk kira-kira lebih kurang 0.8 km dari tempat pentas didirikan. Tembakan pertama ke arah orang ramai yang berkumpul di jalan ke Masjid Batu Buruk. Tembakan water canon dan gas pemedih mata berterusan sehingga jam 1.30 pagi.



12.00 malam
Salah seorang Polis preman cuba menyelinap masuk dalam kumpulan orang ramai tetapi disedari dan dikenali oleh beberapa orang awam lalu polis tersebut dikejar, dilontar batu sehingga rebah dan keluarkan pistol lalu menembak ke dada Suwandi Abd Ghani (Binjai Rendah) menyebabkan kecedaraan parah. Seorang lagi terkena percikan daripada beberapa tembakan dan tercedera di leher. Kedua2nya dikejarkan ke hospital.



9 Sept 2007


1.10 pagi
FRU mula berundur sambil menembak water canon dan gas pemedih mata.
Orang ramai maju ke hadapan sambil menghalau FRU dan polis.





1.30 pagi
FRU dan polis berundur sepenuhnya. Kerosakan harta awam seperti Lampu Trafik, Pasu Bunga Besar MPKT, Signboard Besar Idris Jusoh, dan membakar kon dan alat penghadang jalan di tengah2 jalanraya dilakukan oleh mereka yang tidak dikenali.


Orang ramai terus kekal di jalanraya berhampiran selekoh masjid Batu Buruk dengan mengadakan sekatan jalanraya sehingga berlarutan jam 2.30 pagi, baru bersurai.

[+/-] Read More...

Sep 10, 2007

6 Persiapan Untuk Ramadhan Ini


Ahlan wasahlan ya Ramadhan al-mubarak..perasaan penulis bercampur baur apabila menunggu ketibaan Ramadhan pada kali ini. Terasa banyaknya terkumpul noda dalam diri ini. lemahnya iman jika tidak dekat pada Allah.


Moga Ramadhan kali ini menjadi medan untuk kita sama-sama membersihkan segala kekotoran yang ada dalam diri kita yang selama ini tidak kita bersihkan. Di sini penulis lontarkan 6 persiapan menjelang ketibaan Ramadhan. Moga kita dapat sama-sama amalkan ya.
(sumber: nurjeehan.wordpress.com)
1. Persediaan diri untuk berpuasa. Seminggu sebelum berpuasa kita dikehendaki mengurangkan kadar makanan kita dan lebihkan makan buah-buahan serta sayur-sayuran. Pastikan pembuangan air besar lawas.


2. Memahirkan diri dengan segala rukun, sunat, harus, makruh yang berkaitan dengan puasa pada Ramadan, sunat tarawih dan lain-lain lagi.


3. Membiasakan diri bangun pada sepertiga malam untuk bertahajud, mendekatkan diri pada Allah. Sebagai persediaan membiasakan tarawih dan tahajud pada Ramadan. Ramadan adalah bulan rukuk dan sujud.


4. Memperuntukkan beberapa jumlah wang untuk dijadikan sedekah jariah dan zakat fitrah. Bagi mereka yang sudah akil baligh, maka belajarlah membayar zakat fitrah sendiri.


5. Rancang strategi tersusun untuk memperbanyakkan hafalan, bacaan, tadabbur, tadarrus al-Quran.


6. Melatih dan membentuk diri bersifat mahmudah, sifat terpuji seperti sabar, membanyakkan senyuman kepada sahabat dan kerabat. Merendam sifat mazmumah, sifat keji seperti memfitnah, mengumpat dan mengata orang. Kurang bercakap lagha (merapu), tidak berbahasa lucah, kotor dan keji.


Wallahua'alam.

[+/-] Read More...