Salam senyum..segala puji bagi Allah SWT, bahawa sesungguhnya masih ada peluang dan masa untuk kita berpesan-pesan di kala kita sedang mengharungi zaman yang penuh dengan tipu daya dan noda. Hanya dengan berpesan-pesan sahaja dapat menyelamatkan diri kita dari turut sama tertipu dan terdaya dengan tipuan dunia, juga menyelamatkan kita dari noda yang hina. Kita biasa mendengar dari surah Al-asr..surah yang selalu kita baca dalam seharian kita:
Yang membawa maksud;

Surah ini sudah menjadi kezaliman bagi kita dalam mengingati tentang peri pentingnya kita untuk menguruskan masa dengan baik. Jika kita berjaya mengurus masa dengan saksama dan adil, maka berjayalah kita di dunia dan di akhirat. Surah ini juga mengingatkan kita bahawa rumpun manusia di dunia ini tidak akan sunyi dengan perkara baik dan perkara jahat. Apabila ada perkara jahat, maka perkara yang baik akan menutupi perkara yang jahat tersebut. Dan, perkara baik itu salah satunya adalah nasihat yang baik.
Teman ini..semalam dan hari ini, seorang teman ini juga telah berpesan kepada penulis dengan pesanan yang baik. Pesanan itu penulis sisipkan dalam ruangan ini sebagai tanda penulis menghargai akan kehadiran seorang teman ini dalam hidup penulis selama ini.
(Hatinya telah terusik, tersentuh)
Hanya kemaafan dari seorang teman yang penulis pinta, moga-moga hilanglah rasa bersalah dalam diri ini. Penulis masih ingin memohon maaf darinya. Semoga seorang teman ini terus sentiasa memberi pesanan yang baik buat diri ini, segalanya terserah kepada Yang Maha Esa..
Pesanan dari seorang teman, (syukran)
1.Tiada harta yang lebih mengguntungkan daripada sifat sabar.
2.Tiada teman yang lebih indah daripada amal dan tiada rakan yang lebih aib daripada jahil.
3.Tiada kehormatan yang lebih sempurna daripada menghindari diri dikuasai hawa nafsu. 4.Tiada penggawal peribadi yang lebih berwaspada daripada sifat pendiam
5.Tiada ibadah yang lebih indah daripada rasa khusuk.
6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan.
7. Jangan dipertikai suatu nilai persahabatan kerana satu kesilapan.
8. Persahabatan yang sejati membawa kepada kerinduan yang berpanjangan.
9. Hargai setiap pertemuan kerana di situ ada kerinduan dan sayangilah setiap perpisahan kerana di situ pasti ada kesedihan
[+/-] Read More...
[+/-] Read Few...