Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Semalam, 30hb Mei 2007..sekitar jam 5.30petang, sewaktu penulis sedang berada atas motor penulis;promote dengan izin sendiri..=) - Honda EX5 Dream TAE5191, penulis menerima satu sms dari seorang sahabat. Penulis merasakan seperti ada satu aura untuk penulis terus membaca sms tersebut kerana semacam ada sesuatu perkhabaran penting. Bila dibuka dan ditatap..ungkapan yang mula-mula terpacul di mulut penulis adalah..
Allahuakbar! Alhamdulillah Syukur!
Itulah ungkapan selayaknya setelah menerima sms berita gembira. Masakan tidak, berita kes rayuan Azlina Jailani yang selama ini ditunggu dengan penuh debaran dan kerisauan telah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan semalam. Maka sejak semalam hingga hari ini penulis dan sahabat-sahabat lain duk asyik berborak dan tersenyum riang dengan kemenangan ini. Usaha selama 9 tahun Azlina Jailani @ Lina Joy rupanya bersifat 'panjang risau tapi senyum di akhir' bagi kita.
Kerana kita tahu, jika kes ini berpihak kepada Azlina Jailani dan konco-konco gerakan Peruntukan Perkara 121(1A), maka nasib agama Islam dan umat akan malap di negara ini. Akan tiada lagi undang-undang dan tindakan secara serius dengan pertambahan angka orang Islam yang murtad yang mana sekarang ini jumlahnya sudah mencecah lebih 250 000 orang..dan semestinya angka itu lebih besar bagi kes yang tidak berdaftar di JPN(Jabatan Pendaftaran Negara) mahupun di Mahkamah Syariah.
Cakap-cakap yang mengatakan Mahkamah Syariah telah hilang kuasa telah terjawab semalam dan hari ini. Syukur kerana rupanya masih ada lagi insan-insan yang beragama Islam yang masih memberi hak kepercayaan dan 'daulat' kepada Mahkamah Syariah. Keputusan dari Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Alauddin Mohd Sherif memberi satu kelegaan yang cukup lega, selega-leganya buat semua umat Islam. Kita menang dengan keputusan majoriti 2-1.

Azlina Jailani (belakang sekali) bersama barisan peguamnya
Sehingga kini, penulis menunggu-menunggu sedikit laporan atau perkhabaran dari salah seorang peguam yang selalu memberi ceramah berkenaan kes ini. Peguam yang dimaksudkan adalah Ustaz Zulkifli Nordin(gambar kiri)..penulis percaya ramai yang mengenalinya..mungkin dalam sehari dua lagi beliau akan mengadakan sesi ceramah perdana bagi membentangkan keputusan kes ini. Layari untuk maklumat lanjut kemenangan kes ini di--> PEMBELA
Cuma sedikit persoalan yang bermain difikiran..sehingga sekarang, berapa ramaikah umat Islam negara di ini yang betul-betul memiliki sensitiviti terhadap kes ini? Kenapa baru hari ini akhbar melayu memaparkan berita ini secara ekslusif, sedangkan kes ini sudah lama berlarutan dan hangat diperbincangkan dalam akhbar harian yang lain seperti NST, The Star dan lain-lain? Adakah benar akan tiada lagi usaha merosakkan masa depan umat Islam selepas ini jika kes Azlina Jailani ini sudah terkubur hari ini?
Sama-samalah kita memohon kepada Allah SWT agar keselamatan agama kita tarus terpelihara dan umat Islam di negara ini harus kembalikan kesedaran tentang betapa pentingnya untuk kita semua bersatu hati apabila terjadinya kes yang seperti ini, kita semua harus kuat dalam bersuara dan juga tindakan bagi menentang sebarang dakyah dari pihak musuh yang akan menggunakan pelbagai cara, tak kira samaada cara kasar atau halus untuk merosakkan masa depan kita semua. Wallahualam.
[+/-] Read More...
[+/-] Read Few...