
Intro : Untuk Apa Blog Ni Ya..
Kita tinggalkan apa yang telah berlaku pada bulan Mac yang lepas. Memang banyak perkara atau event yang terjadi pada bulan yang lepas, sehingga penulis kurang berkesempatan untuk mencari ruang dan waktu untuk menceritakan segala-galanya di sini. Rasanya kalau kesemuanya diceritakan di sini, mungkin akan ada perbincangan serta feedback yang perlu penulis jawab serta huraikan.
Namun penulis terkadang tertanya-tanya pada diri sendiri..blog ini dibangunkan adakah sebagai medium untuk berkongsi elemen ilmu seperti tazkirah, sirah, kata-kata nasihat dan sebagainya, atau pula menjadi diari elektronik penulis buat tatapan umum pengunjung semata-mata?
Bagi penulis blog ini perlu divariasikan bentuk persembahan dan penyampaian isinya. Sememangnya orang sekarang sukakan variasi. Mungkin ini salah satu cara untuk menarik lebih ramai pengunjung untuk melawat blog ini(penulis tidak menafikannya). Namun kita semua tetap berada pada matlamat yang asal iaitu;walau apa jua bentuk pengisian yang ada dalam blog penulis, kesemuanya iAllah tidak lari dari mengajak kita semua untuk lebih mengingati Allah dan Rasul. Perkongsian ilmu itu yang penting, sementelah persembahan dalam menyampaikan ilmu itu pula adalah sebahagian dari bentuk kaedah dalam menyampaikan ilmu.
Maulidurrasul/Zikrunnabi
Atas sebab itu, pada hari ini penulis suka untuk mendedahkan satu lagi berita yang sememangnya berkait dalam agenda zikrullah wa rasul juga. Berita kali ini berkait rapat dengan sambutan memperingati Rasulullah SAW atau yang biasa kita sebut sebagai sambutan Maulidurrasul.
Terasa masih segar bugar suasana zikrunnabi yang kita sambut pada tahun ini(tanggal 31 Mac 2007 yang lalu). Di tempat penulis, selain 'Diskusi maghrib dan konsert nasyid MIMBAR' yang diadakan, pelbagai lagi acara lain yang diadakan dalam rangka memperingati sirah serta mencontohi peribadi Rasulullah SAW.
Satu peringatan buat kita semua, bahawa zikrunnabi ini sebenarnya tidak harus bermusim. Kita sebagai umat pilihan dan kesayangan baginda sepatutnya bukan hanya perlu menunggu hadirnya detik 12 Rabiulawal pada setiap tahun, akan tetapi cemerlangnya sesebuah umat itu adalah apabila di dalam hatinya terlekat rasa cinta dan ingatan kepada baginda disetiap masa.
Berselawat : Makanan Tenaga dan Mandian Roh
Oleh kerana itu, kita semua diseru untuk sentiasa berselawat dan salam ke atas baginda. Tubuh kita sudah diberi makanan dan tenaga. Roh kita pun sebenarnya perlu turut sama diberi makanan dan tenaga. Malah roh kita juga perlu dimandikan. Maka selawatlah merupakan makanan, tenaga dan mandian bari roh kita. Jika kita tidak berselawat, maka roh kita akan mudah letih dan tidak terurus. Kerana itu tidak hairanlah walaupun tubuh badan kita sihat, kita sentiasa berasa resah dan gelisah. Itu tanda roh kita tidak diberi makan, tenaga dan mandian. Bayangkan kalau diri kita sendiri, tubuh badan kita yang tidak diberi makan, tenaga dan mandian seharian..bagaimana ya keadaan kita ketika itu? Kita pasti akan tidak terurus dan semakin jauh dengan orang lain.
Kuliah Zohor

Semalam (10 April 2007 / 22 Rabiulawal 1428h / Selasa), penulis berkesempatan untuk hadir dalam satu majlis kuliah zohor di masjid universiti penulis. Alhamdulillah terasa bagai dihantuk kuali je bila diingatkan kembali tentang hikmah memperingati Rasulullah SAW. Alpanya diri ni sebab jarang sekali berselawat ke atas baginda. Bila sudah diingatkan kembali, terasa satu kesalahan yang besar pula atas diri ni. Sahabat sahabiah sekalian, jangan kedekut untuk lafazkan selawat ya. Kalau kita nak mencari penolong kita di akhirat kelak, rajin-rajinlah berselawat.
Nak War-warkan : Animasi Salahuddin Al-Ayubi
Penulis cuma ingin menghighlightkan satu perkara yang dibawa dalam kuliah zohor tersebut. Mutazakkir kuliah zohor tersebut, Ustaz Rujhan b Razali ada menayangkan satu klip animasi pendek lebih kurang 15minit. Penulis rasa takjub dengan animasi tersebut, masyaAllah. Rupa-rupanya ada juga ruang animasi yang mengangkat tinggi siri perjuangan umat Islam.
Sila klik gambar untuk terus ke web rasmi animasi Salahuddin Al-Ayubi yang hebat ini!Siri animasi yang dipaparkan jelas menunjukkan kekuatan tentera Islam yang dipimpin oleh Salahudin Al-Ayubi. Kepakaran dan kebijaksanaan taktik yang digunakan oleh Salahuddin Al-Ayubi sememangnya tidak dapat dibaca(predicted) oleh musuh.
Pembangun animasi ini, Multimedia Development Corporation (MDeC) telah berjaya menggambarkan bagaimana sebilangan besar kapal-kapal tentera musuh yang lengkap dengan persenjataan yang canggih pada masa itu, dengan sebilangan tentera yang lengkap memakai baju besi dan memegang tobak semakin hampir ke perairan, telah dikalahkan dengan mudah oleh tentera Salahuddin Al-Ayubi.
Kebijaksanaan serta kelebihan yang ada pada tentera Salahuddin Al-Ayubi bukan semata-mata hanya kerana diri mereka, akan tetapi di dalam hati mereka wujud rasa kecintaan yang tinggi terhadap Rasulullah SAW. Mereka mempunyai jiwa kental dan teguh setelah di dalam diri mereka sudah ada roh yang kuat. Mereka sesekali tidak gentar akan kematian malah sanggup mengorbankan nyawa demi mengejar syahid serta bertemu Allah SWT dan bertemu dengan Rasulullah SAW di akhirat kelak.
Penulis merasakan animasi ini perlu ditonton kepada umum secara lebih luas lagi. Setakat yang penulis tahu, animasi pendek ini memakan belanja RM400 000.00 dan bakal dijadikan siri animasi berepisod pada tahun 2008 akan datang, dan belanja kos pembikinannya akan meningkat kepada RM20juta. Satu angka yang bakal mencipta sejarah buat sejarah perfileman animasi Malaysia, tanah airku.
Animasi ini turut mendapat anugerah dunia di Tokyo Anime Awards.
Sila layari link di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkembangan terkini animasi Salahuddin Al-Ayubi ini.
cmc.msc.com.my
dapmalaysia.org
swiftdev.com
>>serta beberapa link yang lain..=)




