Feb 24, 2007

Pemimpin Yang Adil Hari Ini

Sumber: LirikNasyid

Pemimpin Yang Adil
Munsyid : Nadamurni

Pemimpin Yang Adil Sangat Dikendaki
Penyelamat Umat Dunia Dan Akhirat
Tiada Keadilan Umat Kan Huru Hara
Pemimpin Menanggung Dosa Rakyatnya

Pemimpin Yg Adil Orgnya Tawaddu'
Boleh Duduk Sama Dgn Rakyat-Rakyatnya
Kehidupannya Tidak Jauh Beza Dgn Rakyatnya
Kepentingan Rakyat Lebih Utama

Dia Boleh Ditegur Oleh Rakyat-Rakyatnya
Kasih Sayang Teserlah Di Mukanya
Sombong Dan Takabur Tiada Pada Dirinya
Rakyat Taat Dan Sayang Padanya

Kepentingan Rakyat Sangat Dijaga
Wang Rakyat Dan Negara Tidak Disalah Guna
Rasuah Dan Kemungkaran Sangat Dijauhinya
Rakyat Diajak Mentaati Allah

Pemimpin Yang Adil Mengutamakan Akhirat
Mengingatkan Rakyat Tipu Dunia
Akhlak Yang Mulia Pakaian Dirinya
Rakyat Hormat Bukan Takut Padanya

Pemimpin-Pemimpin Di Akhir Zaman
Kebanyakkan Pencetus Huru Hara
Untuk Melindungi Kesalahan Dirinya
Dia Tuduh Orang Melakukannya

Mana Nak Dicari Pemimpin Yang Begini


Hari ini nak kata bahagia pun tidak, nak kata sedih pun tidak, tapi sedang-sedang sahaja kot. Sebab kalau nak kata bahagia, banyak lagi dosa yang tidak ditebus dan dibersihkan dalam jiwa penulis. Kalau nak dikatakan penulis sedih, penulis punyai ramai sahabat-sahabat sefikrah yang sama-sama memiliki kekuatan dakwah dalam setiap gerak kerja. So kalau sedang-sedang..nak kira macam mana ya? Hmm..mungkin ada yang kurang, atau ada yang tak kena kot dengan kehidupan penulis hari ini, semalam dan sebelum-sebelumnya. Takpe, penulis perlu sentiasa belajar untuk menerima kenyataan seperti itu, iAllah kebaikan akan menyusul setelah masalah yang ada dapat diselesaikan. Ungkaikan tali ikatan. Agar tiada yang berbelit..=) Macam iklan kat radio tu..'Bukan kena bayar pun kalau angkat tangan!..' So, angkat je tangan tuu..iAllah segala masalah salah faham akan selesai..=)

Lafaz syukur tetap berada di hati dan di mulut, sebagai satu kewajipan sebagai hamba yang dhaif di atas kurnia dan nikmat Allah SWT. Akaun hidup penulis masih lagi valid di sisi Allah SWT rupanya. Kalaulah Allah SWT tarik balik ke'valid'an tersebut, rasanya penulis dah lama mati tergolek..huhu.

Ya Allah, segala puji-pujian hanya milik-Mu!..alhamdulillah, syukur.

(gambar: Hiyaaarghh..zz..syukurnya dapat tidoq camni)

Penulis sebenarnya tiada apa yang nak dipostingkan untuk hari ini, sekadar celoteh pagi sahaja. Tapi apa yang menjadi topik bualan ringan untuk pagi ini, penulis amat merindui untuk berada dalam suatu masa, di mana..terbinanya daulah islamiyah yang di dalamnya terdapat ramai pemimpin-pemimpin yang adil.

Apakah ciri-ciri pemimpin yang adil? Adakah dengan membahagi-bahagikan kemewahan secara adil kepada sesama rakyat, atau menyediakan pasaran kerja yang cukup buat para graduan contohnya, sudah boleh dikatakan sebagai ciri-ciri pemimpin yang adil? Kalau macam tu, penulis nak request somethin' la..nak makan nasi lauk gulai siput setiap kali makan tengahari setiap hari. Hari jumaat, off sebab nak makan soto satu hari. Huhu..pandai.

Apa ya, ciri-ciri yang perlu ada pada pemimpin yang adil? Bak kata lirik dalam nasyid di atas; Pemimpin Yang Adil Mengutamakan Akhirat. Itulah ciri yang penulis maksudkan. Pemimpin sebegini bukan setakat menyelamatkan dirinya di akhirat kelak, akan tetapi dalam masa yang sama ia membawa orang lain (malah orang lain itu bilangannya ramai) ke arah kehidupan yang lebih terjamin di negeri sana.

Em..penulis tetap merindui, untuk melihat adanya pemimpin yang adil itu..di depan mata.


[+/-] Read More...

Feb 23, 2007

Sabar Diuji Untuk Kebaikan Sepanjang Masa

Bila kita cuba untuk menjadi orang-orang yang sabar, banyak benar ujian dan dugaan yang Allah bagi kepada kita semua, kadang-kadang dalam satu-satu masa, lebih dari empat, lima bentuk ujian yang kita terima. Misalnya, dugaan semasa kerja sudah biasa kita dengar, dugaan melaksanakan kerja bercampur dengan tangungjawab belajar juga menjadi perkara biasa bagi seorang yang bergelar mahasiswa. Zaman dulu pun macam ni. Kerana dunia mahasiswa tidak akan lari dari belajar dan bekerja. Cuma pemilihan kerja itu harus dilakukan dengan baik menurut syariat yang dibenarkan oleh Islam. Semua itu menguji kesabaran, kan.

Sedikit sisipan kisah kesabaran Nabi Ayub..sila layari ibaadurrahmaan

Termasuk keturunan Nabi Ibrahim, beliau termasuk nabi yang banyak mendapat wahyu. Ayub adalah orang kaya yang mempunyai banyak anak. Akan tetapi Allah mengujinya dengan menghilangkan kekayaan itu semua. Pisiknya juga diuji dengan berbagai macam penyakit selama 18 tahun, selama itu dia dikucilkan oleh warganya kecuali istrinya yang dengan penuh kesabaran berbakti menyediakan kebutuhan makannya sampai Ayub disembuhkan kembali oleh Allah dan menggantikan semua kekayaan yang telah hilang itu. Oleh karena itu, orang sering membuat Nabi Ayub sebagai umpama dalam masalah kesabaran dan keteguhan hati menerima cobaan. Dalam satu riwayat disebutkan bahwa dalam surga kelak, Allah akan menjadikan Ayub sebagai monster (bukti) orang-orang yang pernah menerima ujian.

BIla sebut pasal kerja, penulis lebih selesa untuk menuju kepada maksud bekerja untuk Islam. Apa matlamat bekerja untuk Islam ni? Kalau soalan ini diajukan kepada orang-orang biasa atau orang awam, semestinya jawapan yang akan diberikan adalah menjaga ibadah solat awal waktu, solat jemaah, berpuasa, dan sebagainya. Jawapan semacam ini adalah dari golongan majoriti setempat.

Tapi bagi kita yang kenal dan diberi pendedahan yang banyak dengan pengertian perjuangan aqidah, jawapan di atas adalah tidak mencukupi. Maka kita sepatutnya ada jawapan tambahan. Namun jawapan tambahan kita akan jadi agak ganjil untuk orang lain terima. Biasala tu, akhir zaman ni Islam lebih dipandang pelik di mata masyarakat. Islam dilihat sebagai satu yang dagang(ghurbah). Mungkin sekaranglah masanya Islam yang syumul itu dilihat dagang oleh mata umum.

Sabda Nabi yang ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing". -H.R. Muslim













Justeru kita akan menyambung jawapan kita; bahawa hidup ini, Allah tidak jadikannya saja-saja. Allah Maha Tahu Islam itu ada
musim-musimnya untuk seluruh umat manusia menerimanya. Ada satu zaman manusia beriman, bila lahir zaman seterusnya, manusia menjadi lalai dengan kehinaan. Dan sampai satu ketika, Islam bakal dijunjung semula.

Sama juga, ada sekelompok manusia yang boleh menerima Islam sepenuhnya, ada pula sekelompok Islam yang menerima Islam sebahagian-sebahagian, ada pula yang langsung tidak menerima Islam, malah lebih teruk lagi menjadikan Islam sebagai bahan ejekan. Dan semestinya kelompok manusia yang wajib kita perangi adalah yang ternyata menjadi musuh Islam. Ini adalah kelompok manusia yang secara total tidak menerima Islam, malah kehadiran Islam sentiasa ditentang.

Atas sebab itu bagi menguatkan jawapan kita tadi, kita perlu bersabar dalam berjuang menegakkan Islam ini sampaila bila-bila. Kitalah yang menjadi mata rantaian, sambungan
kepada perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat. Kita lihat balik, bagaimana sejarah Baginda memperkenal dan menyebarkan Islam dari peringkat awal dengan pelbagai mehnah dan ujian. Dilontar dengan najis dan batu, diejek, dibalas dengan panah, sahabat-sahabat baginda ada yang sampai digergaji tengkoraknya hidup-hidup. Semua ini demi menegakkan Islam dalam keadaan, dan musuh Islam tetap akan menolak usaha kita dengan cara yang zalim. Akhirnya Islam dapat ditegakkan. Sekarang Islam kembali dagang, dan kitalah penyambung usaha menjadi orang-orang yang berada dalam keadaan dagang. Benar kata Allah, amat beruntunglah orang-orang yang dilihat dagang ini.

Sama je situasi sekarang pun. Ingat sekarang xder ke benda-benda cam tu? Kita sahaja yang tidak nampak kerana kita tenggelam dengan dunia yang selesa. Cukup makan pakai, mewah lagi. Sekeliling kita seolah tiada musuh yang nyata. Kita selesa dengan kereta besar, tengok TV 24 jam, main game, bersukan sampai maghrib, bercouple, bergelak ketawa, tidak menjaga tuntutan aurat,..dan banyak sangat kemungkaran yang nak disenaraikan di sini. Penulis juga berasa malu, sebab penulis juga ada melakukan semua ini. Penulis bukannya sehebat cicakman, penulis ni manusia yang ada iman. Dan iman penulis juga diuji setiap masa.

Matlamat hidup kita di dunia ini perlu jelas. Kita hamba Allah ini, duduk dalam dunia yang tidak lain dan tidak bukan hanya sebagai satu medan ujian. Di mana-mana pun kita akan terus diuji, agar iman dan tawaduk kita semakin bertambah tingkatnya dari sehari ke sehari. Malah dari situ, terpancarlah ketaatan yang tinggi kita kepada-Nya dalam menyambung tugas-tugas dakwah.

Sahabat-sahabat, perjuangan ini tiada hamparan permaidani merah, disambut dengan bunga tanjung, akan tetapi hamparannya adalah onak duri. Dan ini adalah satu ketetapan Allah SWT buat kita yang bergelar pejuang. Tetap menjadi jalan untuk melakukan kebaikan demi Islam.

Bagi kita yang bergelar muslim, beringatlah. Asasnya kita lebih dituntut untuk lebih melakukan kebaikan untuk agama kita. Tak rugi memberi sepenuh kudrat dan sumbangan untuk Islam. Kan Akhirat yang sedang kita sama-sama tuju. Nak masuk syurga tak kan sorang-sorangkan. So, sama-samalah jaga kesabaran dalam perjuangan agar ia menjadi kekuatan menentang apa jua godaan dunia.

Kita yang ada sahabat-sahabat atau teman yang kita sayangi pun, semestinya kita akan jaga dengan sebaik-baiknya. Perasaan sayang timbul kerana dengan kehadiran mereka membuatkan kita tidak rasa keseorangan. Kita juga akan pastikan mereka tidak terjerumus dengan kemungkaran yang ada di sekeliling. Tapi kan, manusia ni tak akan terlepas dari sifat 'ALPA'. Ada sahaja perkara yang diluar kebiasaan yang akan dilakukan. Untuk perkara ini, kita akan diuji dengan macam-macam perkara. Sampai satu masa, rasa sayang kita tidak akan dihargai.

Kadang-kadang, rasa sayang kita itu kita cuba nak zahirkan, tapi mungkin ada mata manusia yang kita sayang ini kadang-kadang ditutupkan (buta). Ada yang mahu mengambil kesempatan, seolah istilah 'sayang' itu satu mainan..kalau mahu, datang, kalau tak mahu..dilupakan.

Nak hadapi karenah sahabat-sahabat dan teman, terkadang kebaikan yang kita berikan dibalas dengan masalah di kemudian hari. Kan lebih baik jika kita hanya ada cinta pada Allah SWT dan Rasulullah SAW semata-mata. Tak perlu kita nak fikirkan akan karenah manusia yang kita tahu, tingkat imannya naik turun.

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia.. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan.. Saat kesukaan dia berduka.. Jika orang tertawa dia menangis.. Jasadnya dengan manusia, tetapi batinnya kepada Allah."














Tapi Allah Lebih Mengetahui, kita perlu juga ada rasa cinta pada sesama manusia. Jagalah selagi manusia masih menghargai kita..kalau tak hargai pun, carilah jalan semoga rasa cinta itu kekal ada. Kalau sudah tiada, itu tanda hubungan itu ada somethin yang tak kena.Hmm..

Em, penulis membebel pulak pepagi ni..=)untuk peringatan penulis je ni kot..




[+/-] Read More...

Feb 22, 2007

EM-Pay, Terjawab Akhirnya

Posting ini adalah dengan rujukan, EM-Pay : Selamatkanlah Islammu?

Dah lama. Ya betul, dah lama.

Penulis sudah lama mendengar tentang pengenalan dunia pelaburan EM-Pay ini sejak awal tahun 2007..penulis rasa sebelum ini pengetahuan penulis terhadap pelaburan Em-Pay ini boleh dicongakkan hanya sekitar lebih kurang 25% sahaja. Masa tu ramai yang duk provok, masukla EM-Pay, tolong umat Islam nih! Tok sey ko..demo ni gak.

Penulis nyaris-nyaris di masa itu ingin mengeluarkan RM138 dari dompet. Tapi entah macam mana, penulis masih ragu-ragu kerana masih dibayangi dengan dunia MLM (Multi Level Marketing). Huhu lau sekarang dah RM168 kan? (soalan buat ahli EM-Pay yang tulen)

Tapi penulis dah tahu dah, EM-Pay bukannya berkonsepkan MLM. Mana ada barang nak di jual,kan.


Penulis difahamkan, Em-Pay sudah beroperasi dalam negara kita sejak pertengahan-akhir tahun 2006 lagi. Sekarang penulis sudah menemui jawapan kepada kemusykilan setelah sekian lama mencari!


Em-Pay..hmm, nama pun sedap. Macam "emm..pay jela..deiy".

Semua pasal duit..dan kerana duit semua boleh jadi..semua perlu jadi..duduk sesaja pun boleh dapat duit. Hebat!

Em..pegang dagu sikit sambil berfikir, zaman Rasulullah SAW dulu ada camni jugak ke yek?

Daftar RM138, masuk beberapa lot atau mungkin satu sahaja (huhu penulis pun meraba-raba)..kemudian duduk sesaja xperlu mencari orang untuk buat networking..sampai ke level 13(bulan ke 13)..dah siap boleh bayar pinjaman PTPTN cash RM32 000.00!

Wau! Perghh! Ana kayala! Saudagar minyak unta!

Eh, tolong sikit! EM-Pay ini bukannya macam MLM!..ko jangan nak samakan,haa.haa..kami tak main jual barangla, mana ada..kami macam main pusing duit je..ala..untuk buat pelaburan secara networking. Haa..jaga skit mulut tu! Aku nak tolong ko ni. Umat Islam yang mungkin memerlukan, perlu kita bantu.

Huhu..selalu je ada perkataan 'macam' bila nak mempertahankan hujah. Sampai sebut ungkapan 'nak tolong umat Islam' tuuu..(tolong duduk saja duit turun dari langit?)

Di universiti kesayangan penulis ini, kelihatan ramai(ramai betul) kawan-kawan yang masuk benda alah ini. Yang tak boleh tahannya, roomate sendiri pun masuk sama.

Sampaikan penulis dapat tahu, nak bagi hilang kemusykilan, pelaburan ini telah pun dirujuk awal-awal kepada salah seorang ustaz yang tersohor di universiti penulis, hasilnya ustaz tersebut tidak mengatakan 'tidak' pada EM-Pay!(ada word 'macam' lagi..) Maknanya boleh la kan EM-Pay ni dalam Islam? Dan ada khabar angin yang mengatakan ustaz tersebut juga turut menyertai pelaburan ini. Eh? Namun ia tetap khabar angin semata-mata.

Penulis akui penulis memang lemah untuk berbicara bab hukum hakam Islam. Tapi penulis yakin akui, penulis bukan sesaja mudah untuk kabur dengan duit, alhamdulillah kemusykilan(timbul syubhah) menjadi penghalang untuk penulis berminat dengan dunia EM-Pay ini.

Atas sebab itulah, banyak perbicangan dan pencarian jawapan yang penulis buat. Sekarang penulis sudah jumpa (dan yakin inilah jawapannya). Em, sila rujuk link web di atas sekali. Penulisan bertarikh 15 Februari 2007 bersamaan 27 Muharram 1428h ditulis oleh seorang yang ada ilmu hukum. Satu persoalan yang dikemukakan, dijawab dengan skop isu yang lebih terperinci. Antara pecahan isunya adalah:

ISU PERTAMA : MEMBELI KAD DISKAUN
ISU KEDUA : MUDARABAH YANG PALSU
ISU KETIGA : RIBA, MONEY GAME & MENIAGA WANG UNTUK MENDAPAT UNTUNG
ISU KEEMPAT : KOMISYEN BERDASAR KEPALA & TERDAPAT SYARAT BAGI PEROLEH KOMSIYEN
ISU KELIMA : DUA KONTRAK DALAM SATU YANG DILARANG
ISU KEENAM : PARA USTAZ DAN EM-PAY (Yang ni yang syok dibaca)

Jadi..penulis berpesan kepada semua pengunjung, sebar-sebarkanlah jawapan yang pasti ini. Baca dan faham penerangan yang dalam link tersebut sekiranya terselit dalam hati ingin menyelamatkan Islam anda dan sahabat-sahabat anda dari segala bentuk syubhah. INI SATU KEWAJIPAN BAGI KITA. Nak tahu apa sebenarnya hukum EM-Pay ini? Layarilah web tersebut. Semoga kita semua dipelihara oleh Allah dengan iman dan jiwa yang suci dari kekotoran dunia. Wallahualam.




[+/-] Read More...

Feb 21, 2007

Projek Revolusi Nasyid Xifu & The Algebra



Penulis mula tertarik untuk mengenali kumpulan nasyid ini secara lebih dekat setelah mendengar satu lagu yang bertajuk 'Niat'. Lagu tersebut mudah diingat sebab liriknya hanya mengambil nas hadith pertama 'Niat' dalam koleksi hadith 40 Imam Nawawi. Jadi, kali ini penulis mahu mempromosi album ini pula pada semua pengunjung=). Jadikan album ini sebagai salah satu koleksi album nasyid paling berharga buat anda..cekedaout.



Xifu & The Algebra (tujuan promosi website)

Dapatkan album ini! SILA HUBUNGI 0192704527 SEKARANG !!

Harga Jualan RM15.00 termasuk kos penghantaran

JENDELAKU DOT COM
74-1&2 Jalan 1/76D
Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur atau
Hotline : 019-2704547(Zul) atau E-mail :
zulharon68@yahoo.com

Kita mendapat pengajaran berguna dan boleh dikongsi seisi keluarga.

Album ini naungan Xifu Naseer & Xifu Mu'adz dibantu Ustaz Mazlee Malik (Aktivis Isu Palestin), Nash (Lefthanded), Dayang Ku Intan, Shah Kirit (Saba' Islamic Media), Alex Koh, Hafiz William (Bekas anggota X-Factor), Al:Masaar & Moose of Soul Dinero (Anak Dr Dzulkefli Ahmad).

Apabila semuanya bersatu, pendakwah, Profesional & Artis, terhasillah album yang sungguh membanggakan semua.

Lirik nasyid yang dialunkan adalah merupakan petikan Hadis 40 oleh Imam Nawawi.

Revolusi Nasyid yang kreatif ini dilakukan kumpulan yang menggelar diri mereka " Xifu & The Algebra".

Tajuk album CD ini -

"Hijrah : Mengapa Saya Memeluk Islam".

Tujuan album ini:

Untuk mendidik dan melatih orang-orang muda menghafal hadis dalam bahasa arab.

Keistimewaan :

1. Lagu-lagu hadis diperdengarkan sesuai semua, termasuk generasi baru.

2. Turut diselang seli dengan tazkirah pendek.

3. Penyanyi dalam album termasuk penyanyi sebenar, pensyarah dan saudara baru yang betul-betul 'commited' dengan islam dan salah seorangnya adalah pensyarah UIA yang pakar dalam bahasa Arab.

4. Penyanyi jemputan yang terkenal seperti Nash (Lefthanded) dan Dayang Ku Intan ada menyumbangkan suara mereka. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan edisi terhad ini dan sama kita mendengar bagaimana Nash dan Dayang Ku Intan menyanyikan lagu-lagu dari lirik nasyid.





[+/-] Read More...

Feb 19, 2007

Drama Bersiri Mutiara Hati, Ada Yang Tak Kena Yek?

Ha...=) kali ini penulis tidak mahu berceloteh panjang. Penulis sebenarnya sudah lama berniat nak postingkan pasal drama bersiri 'Mutiara Hati' ni.

Siapa pernah menonton drama bersiri ini? Sila angkat pen hijau cepatt!! pen hijau je!!hehe. Mesti pernah kan.

Kalau di Malaysia, drama bersiri ini ditayangkan di saluran TV9 jam 6 petang hingga 7 petang. Kalau di Indonesia, drama bersiri ini telah lama ditayangkan sebelum ini, kalau tidak silap penulis drama bersiri ini ditayangkan sepanjang bulan Ramadhan.

(gambar:ibu..mana ibu nabila..)


Penulis sebelum ini memang mengikuti drama bersiri ini sejak dari episod pertama lagi, hinggalah kepada beberapa episod awal yang berikutnya. Namun kerana kesibukan tugas, penulis tidak lagi berkesempatan masa untuk terus mengikuti drama bersiri ini..hinggalah sekarang drama ini masih lagi ditayangkan, penulis belum juga sempat menontonnya
..uu..sedih.

Namun disebalik kisah yang menyedarkan kita ini, ada beberapa perkara yang membuatkan drama ini 'tidak kena'. Betul ke? Apa yang tidak kena dengan sinetron ini ya? Sedangkan pembawakan ceritanya sememangnya Islamik. Betul ke dakwaan ada elemen-elemen Islam Liberal?

Kenapa boleh jadi liberal ya? Mungkin kita boleh lihat kepada watak dan perwatakan dalam drama ini. Mungkin ada sedikit unsur tahyul, boleh berpegang tangan dan sebagainya, penulis tidak tahu. Penulis tidak berniat dan tidak mahu menuduh, sebab penulis belum lagi sempat mengikuti drama bersiri ini sekarang. Jika ada, maka benarlah ada unsur tersebut.

Em..penulis ada jumpa satu link multiply yang memberi komen tentang sinetron 'Mutiara Hati' ni. Pemilik multiply ini adalah dari orang Indonesia sendiri. Apa kata, kita sama-sama baca dan sama-sama fikirkan akan komentar dari penerimaan masyarakat Islam Indonesia sendiri.
Syabas buat semua warga penggerak DRAMA BERSIRI MUTIARA HATI, drama ini tetap menjadi pilihan hati penulis..=)

Jom, lawati Laura Khalida.. promote laman multiply ni.

Nabila..nabila..






Wallahua'lam.
Download lagu di sini. d^^b[alex + umar]'s world
Ada banyak lagi lagu nasyid yang boleh didownload di sini.
(dengan tujuan promosi web multiply ini)




[+/-] Read More...

Feb 18, 2007

Siapa Israel



Posting ini masih belum siap sepenuhnya..tapi boleh la nak tengok dulu ya..

diolah dengan rujukan:Wikipedia.org



(penulis cuba memberi info seringkas mungkin dengan tujuan mudah nak ingat)
A - SELAK SEJARAH

Israel sebuah jajahan takluk.
Islam tidak mengiktiraf kenegaraan Israel walaupun Israel telah mencanangkannya pada dunia. Israel sebenarnya lebih kepada sebuah jajahan takluk semata-mata oleh yahudi zionis di Asia Barat.

Kedudukan (maaf peta sebelah kanan kelihatan agak kecil)
Kedudukan Israel pada asalnya adalah terletak di pinggir barat Laut Mediteranean. Jajahan takluk ini menyempadani Lebanon di utara, Syria serta Jordan dan Tebing Barat di sebelah timur, dan juga Mesir dan Jalur Gaza di barat daya. Cuba rujuk peta, kecil je kawasan jajahan Israelkan, tapi ini adalah peta yang terdahulu.

Peta sekarang, kawasan jajahan takluk Israel sudah berubah menjadi semakin besar oleh tangan-tangan kezaliman Israel laknatullah memusnahkan hak milik tanah suci penduduk Palestin.

Peta ini dipercayai peta terbaru bagi menggambarkan jajahan takluk Israel.
(sila rujuk peta sebelah kiri bawah)
























Penduduk
Jumlah penduduknya melebihi 7 juta orang (angka terdahulu). Penduduk-penduduknya termasuk warganegara yang terdiri daripada banyak latar etnik dan agama.

Cukup setakat itu untuk menyingkap sejarah Israel. Apa lagi yang perlu kita tahu?


B - PENGASASAN NEGARA

Permulaan
Pada tahun 1947, Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu PBB memutuskan untuk membahagi-bahagikan daerah mandat British, iaitu negara Palestin. Keputusan ini ditentang keras oleh negara-negara Timur Tengah serta negara Muslim lain di seluruh dunia. Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu PBB, kaum Yahudi perlu mendapat 55% dari seluruh wilayah tanah di Palestin tersebut meskipun penduduk Israel hanya merupakan 30% dari seluruh penduduk di daerah ini. Manakala Baitulmuqqadis, Muslim dan Kritisan dirancang oleh mereka untuk dijadikan kelompok bandar antarabangsa.

Mendapat Kemerdekaan
Israel mendapat kemerdekaan pada tanggal 14 Mei 1948. Namun keesokan harinya, Israel telah diserang oleh tentera Islam dari negara Lubnan, Syira, Jordan, Mesir, Iraq serta negara Arab yang lain. Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!

Peperangan ini adalah satu usaha bagi merosakkan rancangan jahat Israel dari merampas tanah suci Palestin.
Walaubagaimanapun, dalam peperangan ini, Israel telah mengalahkan tentera bersekutu Islam tersebut malah merampas lebih kurang 70% dari keluasan wilayah Palestin. (gambar tentera Israel laknatullah)

Akhirnya, hingga ke hari ini Israel masih lagi berkuasa di atas bumi Palestin. Darah umat Islam penduduk Palestin senantiasa mengalir di bumi suci Palestin semata-mata mempertahankan kedaulatan Islam di sana. Mempertahankan Islam di sana juga bermakna mempertahankan Islam di seluruh dunia, termasuk masjid suci Al-aqsa. Ratusan malahan ribuan dan puluhan ribuan rakyat Palestin terus menerus di bunuh dan diseksa saban hari.



Sedangkan kita?

Pada tahun 1968, al-Qaradawi telah menulis sebuah buku mengenai Palestin selepas Yahudi mengusai masjid al-Aqsa pda tahun 1967. Beliau menulis dalam buku Durus al-Nakbah al-Thaniyyah (Pengajaran dari musibah Kedua) yang menerangkan sebab-sebab musibah yang menimpa umat Islam dan bagaimana faktor bagi mencapai kemenangan. Al-Qaradawi menekankan bahawa perlunya umat Islam kembali kepada penghayatan Islam secara menyeluruh yang merupakan syarat utama untuk kemenangan umat Islam. Di samping itu, al-Qaradawi menulis buku Jil al-Nasr al-Mansyud yang khusus ditujukan kepada pemuda-pemuda palestin.






[+/-] Read More...

Feb 16, 2007

Kisah Abid di Mimbar Jumaat

Hari ni hari Jumaat. Penghulu segala hari. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad saw. Semoga hari ini menjanjikan rezeki yang cukup buat semua makhluk yang masih diberi nafas oleh Allah swt. Maha Luas nikmat Allah swt yang boleh kita kaut sekiranya kita kenal apa itu erti usaha dan tawakkal.

“Dan Dia telah memberi kepada kamu dari segala apa yang pohonkan kepada-Nya.Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidaklah dapat menghitungnya.Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari nikmat Allah.”
( Surah Ibrahim : 34 )

Maka beruntunglah bagi sesiapa yang mempergunakan sebaik-baiknya nikmat yang dikurnia Allah swt dalam setiap urusan mereka. Sesungguhnya lafaz syukur itu penting sebagai tanda kita kasih dan sayang pada-Nya. Kalau nak pastikan diri kita tenang je selalu, pastikan hati selalu mengucapkan..'Ya Allah..sesungguhnya hamba-Mu ini bersyukur dengan segala pemberian-Mu!'.

“Barangsiapa bersyukur atas nikmat kurniaan-Ku nescaya akan Aku tambahkan nikmat-Ku.Dan barangsiapa kufur maka ingatlah bahawa azab-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim:7)

Pada hari ini, sesiapa yang banyak melakukan ibadah sunat akan dijanjikan mendapat pahala yang berganda oleh Allah swt. Berjayalah bagi orang mukmin yang mengambil manfaat di dalam hari Jumaat yang tenang dan damai ini. Hiasilah hari ini dengan bacaan Al-quran dan selawat. Jadikan hari jumaat sebagai hari yang sebaik-baiknya untuk kita lakukan muhasabah diri.


"Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk
mengerjakan solat pada hari Jumaat,
maka segeralah kamu mengingati Allah dan tinggalkanlah jual-beli.
Itulah yang lebih baik bagi kamu mengetahui."

(Al-Jumu'ah:9)

Namun, pandangan mata penulis tetap sebiasa sejak dulu, apabila melihat rakan-rakan di sekeliling. Hari jumaatlah hari yang ditunggu-tunggu sebelum hari Sabtu. Hari Jumaatlah hari yang paling sesuai untuk melakukan aktiviti yang paling disukai oleh semua orang. Termasuklah penulis..al-kanthoi..


Tidur!Sleep!..kroh..krohh..zzz...zz..ups!

Huhu..bangkitlah teman! Matahari dah meninggi ni..selak selimut baru tau..


Hari ini penulis sepatutnya menuju ke sebuah destinasi untuk mencari sponsor untuk program sempena Maulidur Rasul yang bakal berlangsung pada 31 Mac 2007 ni di Universiti....universiti penulis. Moga-moga dapatlah diluluskan cepat-cepat sponsor ni, sebab lau tiada budget awal bermula sekarang, tak boleh la nak run beberapa persiapan yang telah dirancang.

Namun sebagai manusia biasa yang sudah pastinya punya kelemahan, rasa redha dan menerima harus sentiasa ada dalam hati. Terkadang perancangan yang kita telah susun rapi, ada yang tidak menjadi. Ingatlah sebaik-baik Perancang hanyalah Allah swt.

Husnuzon.

Ini tanda Allah swt tidak memberi keizinan lagi. Banyak hikmah yang terkandung di sebalik kesabaran ni. Alhamdulillah, hati ni masih berpegang pada satu kata azimat sejak dulu..kata azimat inilah yang menjadikan saya cuba mengkoreksi diri yang sering tidak tenang ini.
"Sabar Itu Indah"

Apa-apa pun, usaha tetap usaha! Iyosh, Gambate kudasai!

Jam sudah menunjukkan jam 1.10tghr. Sedangkan penulis masih menunggang motosikal EX5 Dream TAE5191(beli pada tahun 2003)di atas jalan raya yang panas terik. Selalu je camni, orang duk sibuk-sibuk cari masjid nak bersiap sedia untuk solat Jumaat, penulis pula duk sibuk merempit duk cilok-cilok kereta atas jalan raya..80-95km/h. Kira macho la tu konon..cheh! =p

Akhirnya penulis mengalah, seruan Allah swt perlu ditunaikan. Kan tak pasal-pasal tak sempat nak sampai ke destinasi, sesuatu yang buruk pula terjadi pada diri dan TAE tersayang.

Kebetulan selepas lampu isyarat, ternampaklah sebuah masjid yang selalu di kunjung sebelum ini di sebelah kiri jalan. Memang jelas masjid tersebut di waktu itu sudah ramai jemaah yang tiba. Elokla berenti je wahai diriku!

Turun gear satu, parking.
Ejas gear free, off ignition key.
Ambil kopiah, buka kasut.
Menuju ke ruangan mengambil wudu'..

Apa yang ingin penulis kongsikan di sini, adalah intipati yang terdapat dalam khutbah yang disampaikan oleh khatib masjid tersebut. Sungguh jernih air mukanya. Tanpa membaca apa-apa text di hadapanya, beliau berkhutbah dengan penuh rasa ketenangan pada setiap tuturannya. Kisah yang disampaikan oleh khatib ini pernah penulis temui suatu ketika dahulu. Tak berapa ingat, sama ada dalam buku kisah-kisah teladan, atau mungkin mendengarnya dari seseorang.
(sekadar gambar hiasan)

Inilah kisahnya..kisah Si Abid dan tipu daya syaitan.

"Diriwayatkan, ada seorang Abid dari Bani Israel yang sentiasa sibuk dengan beribadat. Sekali peristiwa datanglah serombongan manusia seraya berkata kepadanya, "Di sini ada suatu kaum yang menyembah sebatang pohon kayu". Setelah mendengar berita ini, si Abid itu marah semarahnya. Lalu ia mengambil sebilah kapak dan berangkat untuk menebang pohon yang dipertuhan dan dipersembahkan itu. Di dalam perjalanannya muncullah Syaitan berupa seorang manusia tua, lalu bertanya kepada si Abid itu:

"Engkau hendak kemana?" "Aku hendak pergi menebang pohon yang dipertuhan dan dipersembahkan orang" kata si Abid itu. "Kenapa engkau bertindak keatas pohon itu? Kamu tinggalkan ibadat keatas satu perbuatan yang sia-sia, hendaklah kamu teruskan ibadat mu itu" kata Syaitan. "Ini juga merupakan satu ibadat" dijawab si Abid, lantas Syaitan berkata, "Tidak sekali kali aku membenarkan kamu menebang pohon itu".

Akhirnya terjadilah perkelahian diantara si Abid dan Syaitan itu sehinggalah si Abid berjaya mengalahkan Syaitan. Syaitan mengetahui akan kelemahannya dan memujuk si Abid.

"Dengarlah kata kata ku." Si Abid pun melepaskan Syaitan itu dan Syaitan pun berkata "Perkara menebang pohon itu bukanlah Allah mewajibkan kepadamu. Pohon itu bukanlah menggangu ibadat mu dan bukanlah kamu menyembahnya. Tuhan telah mengutuskan para AmbiaNya, dan jika dikehendakiNya pasti Ia memerintah Nabi Nabi-Nya menebang pokok itu."

"Semestinya aku akan menebang pohon itu dan perbuatlah apa yang engkau suka".

Maka terjadilah perkelahian sehinggalah si Abid sekali lagi dapat mengalahkan Syaitan dan sekali lagi Syaitan memujuk siAbid dengan katanya:

"Dengarlah, kini kata ku yang terakhir yang tetap akan menguntungkan kamu" Maka si Abid pun melepaskan Syaitan dan Syaitan berkata:

"Kan kau seorang yang miskin dan menjadi beban keatas masyarakat. Kau biarkan sahaja kerja ini, nescaya aku akan berikan kepada kamu tiga dinar wang emas setiap hari. Kau akan memperolehi wang tersebut tiap tiap pagi dibawah bantal mu.

Dengan ini segala keperluan mu akan terberes dengan mudah, dapat menunaikan keperluan keluarga dan dapat pula menolong orang orang fakir dan miskin. Dan dapat menggunakannya untuk mengerjakan amalan yang baik lagi menguntungkan. Jika sekiranya kau menebangkan pokok tadi, maka kau hanya memperolehi satu pahala sahaja. Kemudian penyembah penyembah pokok itu tentu akan mengusahakan yang lain pula".

Perbicaraan Syaitan itu akhir berjaya memikat hati dan fikiran si Abid lantas beliau menerima tawaran Syaitan itu. Maka menurut perjanjian dengan Syaitan itu, si Abid pun menerima duit tiga dinar wang emas selama tiga pagi berturut sehinggalah pada pagi yang keempat, duit itu tiada dibawah bantal si Abid. Meradang benar si Abid dan diambilnya sebilah kapak untuk menebang pohon itu kembali.

Di dalam perjalan berjumpa lagi si Abid dengan siorang tua penyamaran si Syaitan itu dan bertanya ia kepada si Abid.

"Kau hendak kemana?"
"Aku hendak menebang pohon itu".
"Kini kau tidak berdaya menebang pokok itu" ujar siSyaitan, maka bergelutlah mereka dan si Syaitan berjaya mengalahkan si Abid. Tercenganglah si Abid lalu bertanya:

"Bagaimana mungkin kamu mengalahkan aku kerana dulu aku telah mengalahkan kamu sebanyak dua kali?'

Syaitan menjawab "Dulu kamu mengalahkan aku kerana kamu berjuang kerana Allah, dan kini kamu berjuang kerana wang dan kerana itu aku berjaya mengalahkan kamu"

Apa yang boleh kita kata?

Jika si Abid yang memiliki ketaatan yang tinggi dalam ibadahnya kepada Allah swt pun boleh ditundukkan oleh tipu daya syaitan, bagaimana pula dengan kita yang belum tentu lagi tingkatan ibadah kita sudah berada di peringkat mana?

Di sini perlu kita sama-sama ambil pengajaran.

Islam memang menuntut umatnya untuk melakukan ibadah sebanyak mungkin dalam mengejar pahala yang berganda demi kesejahteraan hidup di akhirat sana. Namun Islam lebih menuntut umatnya untuk faham akan ibadah yang dikerjakan.

Bagaimana hendak faham?

Faham akan datang apabila ada ilmu. Maka, perlulah kita semua mencari Ilmu. Ilmu bakal membimbing diri kita untuk bertindak waras setelah membuat keputusan yang betul serta tepat. Ilmu memerlukan sandaran kepada ketaatan kita dalam menjaga adab.

''Tuntutlah ilmu sekalipun ke negeri Cina''
(hadith Dhaif)

Adab berkait rapat dengan akhlak. Akhlak yang baik mencerminkan mukmin yang tawaduk kepada Allah swt. Dan akhlak yang baik juga diperolehi dari ilmu yang dicari. Akhlak itulah amalnya.

"al ilmu bila ‘amalin katsajaratin bila tsamratin"
- Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah
(syair arab)


Oleh itu, secara ringkasnya..marilah kita sama-sama mengambil sebanyak mungkin peringatan dari kisah si Abid tersebut. Jangan mudah tertipu dengan nikmat dunia, kerana akhirnya ia bakal merosakkan jiwa.

Em, alhamdulillah, penulis berjaya sampai ke destinasi. Surat sponsor dan kertas kerja telah diserahkan kepada bakal pemberi sumbangan. Apa yang perlu penulis buat sekarang? Tunggu dan berdoa..eh, lupa..follow up la sekali lepas ni. Janganla asyik tidur je..zz.

Waallahhua'lam.


[+/-] Read More...

Feb 14, 2007

Lagi-lagi Valentine's Day


Apa yang dicari dengan Valentine's Day sebenarnya? Walaupun sudah terbongkar kisah benar disebalik sambutan Valentine's Day, namun apa yang kita lihat..masih ramai lagi umat Islam hari ini yang menyambutnya tanpa ada rasa segan silu, sedangkan sambutan ini bukan sambutan budaya mahupun agama kita, malah ia lebih kepada pendakyahan secara senyap musuh Islam bagi menjatuhkan maruah umat Islam itu sendiri.

Sila layari untuk menyingkap kisah benar di sebalik Valentine's Day(dengan kebenaran pemilik blog)..
http://nurjeehan.wordpress.com

I love you sayang..
U tak sayang I ke..
Kerana cinta aku turutkan.

Ungkapan cinta seperti inilah yang telah menghanyutkan hati umat Islam hari ini, terutamanya golongan muda mudi. Lebih parah lagi, cinta itu wujud tanpa ada ikatan yang sah antara kedua pasangan sehingga membawa kepada berlakunya penzinaan. Kerana cinta yang tidak terkawal oleh iman, umat Islam menjadi semakin layu, mabuk melayan perasaan sehingga dengan mudah mereka dipekakkan telinga dibutakan mata dari mendengar dan melihat nasib umat Islam lain yang masih dihinjak, dibunuh, diseksa dan dihina..oleh musuh-musuh yang tidak mahu Islam ini bangkit menentang taghut dan kejahilan.













Adakah ini bermaksud umat Islam sekarang betul-betul tidak tahu akan
hukum yang telah difatwakan oleh para ulama' serta mufti yang sepakat diseluruh dunia; menyambut Valentine's Day itu merupakan satu sambutan yang memesongkan aqidah? Atau sekiranya mereka telah tahu, kenapa mereka masih berdegil dan terus menjadikan Valentine's Day sebagai satu sambutan yang kononnya untuk menjaga kesucian cinta mereka? Bagaimana pula hukum bagi orang yang telah sedia ada tahu sambutan ini adalah dilarang dalam Islam?

Apakah peranan kita sekarang. Adakah kita hanya perlu berdiam diri membiarkan semua ini berlaku di depan mata kita?Kenapa?..kerana anggapan mudah kita, Valentine's Day hanyalah tidak lebih dari suatu sambutan biasa untuk dua pasangan sejoli yang inginkan cinta mereka diraikan, dihargai dan diangkat menjadi cinta yang agung.

Sedangkan cinta yang satu, hanyalah milik Allah swt. Allah telah mengangkat darjat manusia untuk mencari pasangan dengan cara yang diredhai dalam Islam. generasi yang hadhari(bukan Islam hadhari), wujud setelah pasangan itu sendiri menjaga kesucian cinta. Bagi yang belum ada apa-apa ikatan, jika mereka inginkan cinta mereka terus mekar dan bercambah hingga ke jinjang pelamin, bermunajatlah kepada Allah swt, dirikanlah solat sunat istikharah supaya diberi pilihan hati yang boleh membimbing kepada Islam, solat sunat hajat agar dikekalkan hubungan yang baik tanpa ada unsur maksiat yang mencemarkan.

"Sabar itu Indah"..itu satu kepastian.

Cinta yang sejati hanya wujud selepas perkahwinan. Namun rata-rata yang kita lihat, selepas perkahwinan pun masih ramai pasangan suami isteri yang masih menyambut Valentine's Day. Alangkah baiknya jika sambutan ulang tahun perkahwinan dihiasi dengan bacaan doa oleh kedua pasangan suami isteri, si suami membacakan doa dan si isteri yang mengaminkannya (alangkah indahnya Islam), dua pasang merpati itu sama-sama memohon pada Allah swt agar dipelihara cinta mereka dari sebarang unsur *maksiat, memohon agar cinta mereka masih utuh persis baru semalam mereka diijabkabulkan, walau sudah 40 tahun bergelar suami isteri!
*Valentine's Day ini juga satu maksiat walaupun disambut oleh pasangan yang telah berkahwin.


'YA ALLAH..JANGANLAH KAU JADIKAN CINTA KAMI MELEBIHI CINTA KAMI KEPADA MU DAN RASULMU, YA ALLAH..KAU REDAILAH IKATAN KAMI...KAU BERKATILAH PERKAHWINAN KAMI..KAU JAUHKANLAH KAMI DARI MELAKUKAN MAKSIAT..KAU JAUHKANLAH KAMI DARIPADA MELAKUKAN PERKARA2 YANG BOLEH MEMBAWA KAMI KEPADA ZINA, DAN KAU JAUHKANLAH KAMI DARI KEMURKAANMU YA ALLAH..'


Tidak! Kami tetap mahu menyambut Valentine's Day! Ia adalah lambang kesucian cinta kami!

Lambang?Ke mambang..

Jika ini tanggapan yang masih ada dalam jiwa umat Islam yang sedang mabuk bercinta, maka ketahuilah..mereka tidak sedar bahawa syirik kecil telah wujud dalam jiwa mereka. Maka syaitan akan berkumpul bersorak gembira dan bertepuk tangan kerana telah berjaya merosakkan aqidah umat Islam terutamanya golongan muda mudi..yang hatinya memang mudah bergelora, mudah amuk, mudah tergoda dengan nikmat dunia.

Sambutan Valentine's Day ini seharusnya dipandang sebagai pemberi impak yang cukup besar kepada umat Islam. Pada Valentine's Day, hadiah, ciuman, pegang-pegang, dan berzina(na'uzubillah) yang kononnya menjadi lambang agung cinta yang dibangga-banggakan telah mendapat tempat di sebilangan besar hati umat Islam sekarang.

Ingatlah kemurkaan Allah swt dalam surah An-Nur ayat 2 yang bermaksud:

"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seseorang dari kedua-duanya seratus kali dan janganlah belas kasihan kepada kedua-duanya sehingga mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari kiamat, dan hendaklah (pelaksanaannya) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan daripada orang beriman."

Nabi s.a.w pernah bersabda:

"Jika seorang berzina maka keluarlah iman daripadanya bagaikan payung di atas kepalanya dan bila menghentikannya maka kembalilah iman kepadanya"

(Riwayat Abu Daud, Al-Baihaqi & Al-Tarmizi)

Justeru, jalan paling selamat kembalilah kepada Allah, sandarkan segala-galanya kerana-Nya. Cintailah Illahi. Nescaya hati akan menjadi tenang..

"Wahai jiwa yang tenang tenteram! Kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai, maka masuklah kedalam golongan hamba-hambaKu. Dan masuklah kedalam syurga" (Surah Al-Fajr:27-30)



[+/-] Read More...

Feb 13, 2007

Doa Rabitah


Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu


Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu

Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..


[+/-] Read More...

Feb 11, 2007

Tanggal 12 Februari 1949..lalu kisah pembunuhan As-syahid Imam Hassan Albanna bermula.

Masih terasa kesedihan walau tangan ini berkali-kali membelek semula rentetan peristiwa pembunuhan As-syahid Imam Hassan Albanna. Bukan nak kata dah lupa pada Rasulullah s.a.w sehingga nak membelakangkan peristiwa kewafatan Rasulullah s.a.w, kerana itu memang sudah menjadi kewajiban bagi kita untuk sentiasa mengingati Rasulullah s.a.w pada setiap masa dan ketika, menjadikan sunnah sebagai landasan hidup kita..akan tetapi atas sebab As-syahid adalah pelopor pembangkit semula kudrat nafas Islam selepas daulah Islam jatuh teruk pada tahun 1946 dulu, sekurang-kurangnya kita perlu selak kembali helaian siri perjuangan As-syahid demi menjaga hati kita untuk terus istiqamah dalam landasan duri perjuangan ini.

Sila layari http://www.saifulislam.com

Kalau nak diikutkan, memang kita semua ni tak mampu untuk mencapai matlamat As-syahid untuk menegakkan semula daulah kalau sekiranya kita sendiri tidak memiliki kekuatan iman, keluhuran akhlak, kestabilan mental emosi persis As-syahid.

Semoga rohnya aman bertemu Allah s.w.t. Pesanan buat diriku, jangan sesekali kamu cuba untuk meninggalkan medan perjuangan jika kamu mengaku kamu Islam dan sayang Allah s.w.t!

..di sini disisipkan bagaimana As-syahid dipermainkan sehingga menemui ajalnya, syahid dalam perjuangan..

"Ketika kejadian, Hassan Al Banna berjalan bersendirian di jalan Ramsis, Kaherah berhampiran dengan pejabat Jam'iyatus Syubbanil Muslimin (Persatuan Pemuda Islam). Bukti perancangan mereka terbukti apabila jalan yang biasanya sibuk itu menjadi lengang. Lampu-lampu jalan dipadamkan , semua kedai dan restoran ditutup dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melalui jalan berkenaan kecuali sebuah teksi yang beberapa kali berulang-alik mencari 'sesuatu.'

Oleh kerana tiada kenderaan lain, Imam Al Banna menahan teksi berkenaan untuk pulang ke rumahnya. Dengan tidak disangka-sangka, sebaik sahaja teksi berkenaan berhenti di hadapan beliau, tubuh beliau terus dirobek oleh peluru-peluru yang dimuntahkan oleh senjata pemandu teksi berkenaan.

Bagi menyempurnakan lakonan sendiwara seterusnya, Imam Al Banna di bawa ke Hospital Al Qasrul Aini. Di hospital berkenaan, dengan arahan daripada Raja (Al Malik) Faroq, Imam Al Bana di tinggalkan bersendirian tanpa diberi rawatan kecemasan hinggalah beliua menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tarikh 12 Februari, lebih 53 tahun yang lalu menjadi saksi pembunuhan kejam dan terancang pihak berkenaan ke atas imamul-jihad, As Syahid Hasan Al Banna.

Bukti Perancangan semakin terserlah apabila pada 4/7/49 kerajaan Al Malik Faroq mengisytiharkan anugerah khas kepada konspirator utama yang merancang pembunuhan berkenaan, iaitu ketua di jabatan siasatan jenayah Kementerian Dalam Negeri, Amir Mahmud Bek Abdul Majid dan pemandu serta pemilik teksi berkenaan.

Mereka dianugerahkan elun khas di atas 'jasa dan kesungguhan berkhidmat memastikan keamanan negara'.."

Daulah daulah Islamiah! La Syarkiyah! La Gharbiyah!


[+/-] Read More...

Feb 7, 2007

Celakalah Kamu Rosnah Mat Aris

Posting ini adalah dengan kebenaran/hasil tulisan sahabat saya, Along Safa, atau saya biasa memanggilnya dengan nama Along. Sila layari http://safa.blogdrive.com/ untuk menambah pembacaan anda.


(Eeii u!! janganla bandingkan rambut i dengan rambut kawan i yang duk bertenggek atas pokok tu, tolong skitt, xbaik tau!!)..ni bukan Along yang tulis yek.

Saya mungkin antara puluhan atau ratusan penulis yang menulis berkaitan isu Rosnah Mat Aris menghina Nabi dan isteri baginda saidatina Khadijah.

Cuba lihat gambar di atas. Saya dengan pendirian yang saya pegang: sekiranya saya berada di studio ketika rancangan ini berlangsung, jika tidak saya datang kepadanya dan melempangnya, mungkin saya akan membalingnya dengan kerusi. Percayalah!

Sudah tidak ada perbandingan lainkah yang hendak disebut selain baginda Rasulullah? Mengapa tidak menyebut saja Aziz Satar dan isteri barunya? Malah, banyak lagi contoh-contoh lain yang hendak disebut. Dato Siti Nurhaliza dan Khalid Jiwa juga boleh bukan? Mengapa mesti Rasulullah? Mengapa mesti Saidatina Khatijah?

Nah, dengan insiden yang berlaku ini, secara jelas menampakkan, artis-artis Malaysia sememangnya tiada langsung perasaan kasih dan sayang pada Nabi dan agama Islam. Dengan terungkapnya kata-kata dari Rosnah Mat Aris ini, secara terang jelas lagi nyata, golongan seperti ini seharusnya ditentang, diboikot dan ditidakkan dari mendapat tempat di media.

Lihat saja kebodohan dan kejahilannya mewarnakan rambut yang tampak lebih hodoh daripada seekor beruk. Mengapa dengan imej yang ditampilkan sebodoh itu dengan tidak malunya menyebut nama rasul, dan Takdir Allah? Hey, engkau sebut nama Allah kerana apa? Nak bagi kukuh hujah? Atau mahu tunjuk alim? Nak bagitau ada ilmu agama?

Rupanya, rakyat Malaysia ini bodoh pada akal pendeknya itu. Apa dia ingat, sesiapa sahaja boleh menyebut nama Allah? Jika di sebut begitu di depan saya, terus saja saya lempang mukanya. Jika ada tanah lumpur disitu, elok saja dilempar dan di baling saja.

Baru-baru ini, keluar kenyataan maaf darinya? Haha, kelakar! Apa engkau ingat, luka ini boleh terubat dengan maaf? Sudah terlambat! Sudah terlajak! Sudah terlepas. Nak tak hendak, terpaksalah engkau menerima cacian, tohmahan, kejian bila engkau berada di khalayak ramai. Silap haribulan, ada juga air ludah yang hinggap di muka engkau!

Isu agama bukan isu main-main. Jangan bercakap ikut sedap emosi. Jangan over konfiden apabila bercakap. Sebelum bercakap, pastikan otak mendahului dengan fikiran agar apa yang terucap itu tidak mendatangkan apa-apa mudharat. Jika dilihat pencakapannya di rancangan itu, jelas menampakkan dialah yg betul. Cakap dia saja yg betul. Bodoh! Orang bodoh semakin dipertontonkan sekarang!

Saya sarankan agar, Rosnah Mat Aris bertaubat nasuha, taubat dengan sepenuh hati, dan pakailah pakaian menutup aurat. Selepas itu, kembalilah pada Allah. Itu sahaj cara untuk kamu menebus kesalahan ini. Jika tidak, kamu akan terus dihina, dikeji dan di celakakan sepanjang umur kamu!

Antara Dialog rancangan tersebut:

Rosnah: Nabi Muhammad kawin dengan siti khadijah ketika umur:

Penonton: 40

Rosnah: dengan?

Penonton: 25

Rosnah: Tak ke nak mampus tu? (ditujukan kepada usia Saidatina Khadijah)

Penonton/Juruacara: hahaha & clap clap clap

Na'uzubillah..celakalah sesiapa yang telah menghina Nabi Muhammad S.A.W..


[+/-] Read More...