Jan 25, 2007

APAKAH BENAR ENGKAU PEJUANG

Engkau ingin berjuang...tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang...tapi rosak oleh ujian
Engkau ingin berjuang...tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang...tapi tidak begitu setia dengan kawan
Engkau ingin berjuang...tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang...tapi tidak ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang...tapi jadi pengikut agak segan

Engkau ingin berjuang...tapi tolak ansur tidak engkau amalkan
Engkau ingin berjuang...tapi tidak sanggup menerima cabaran
Engkau ingin berjuang...tapi kesihatan dan kerehatan
tidak sanggup engkau korbankan

Engkau ingin berjuang...masa tidak sanggup engkau luangkan
Engkau ingin berjuang...kerenah wanita tidak kau tahan
Engkau ingin berjuang...keluarga lintang pukang
Engkau ingin berjuang...diri engkau tidak kau tingkatkan

Engkau ingin berjuang...disiplin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang...janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang...ukhwah engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang...tetamu engkau abaikan

Engkau ingin berjuang...keluarga engkau abaikan
Engkau ingin berjuang...ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang...kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

Engkau ingin berjuang...pandangan engkau tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang...rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang...iman dan taqwa engkau lupakan.


[+/-] Read More...

Jan 24, 2007










(Gambar: Kota Granada)

Al-Hambra

Album : Cinta Pertama
Munsyid : Far-East
sumber dari http://liriknasyid.com

Di tengah kesibukan kota Granada
Kini terbina indah sebuah menara
Setelah lima ratus tahun menunggu
Akhirnya azan terdengar di situ

Suara itu kembali bergema
Mengajak sujud pada Yang Esa
Bersihkan segala debu dan noda
Yang terpalit di kubah Al-Hambra

c/o
Al-Hambra..
Singgahsanamu pernah bersinar
Al-Hambra..
Indralokamu merah bercahaya
Dengan cahaya iman dan taqwa

Terdengar azan di kota lama
Gemersik di seluruh buana
Nyalakan cinta yang membara
Perjuangan yang tiada sudahnya

Sejarah seringkali bertandang
Tamadun silam kembali gemilang
Bangun Granada dan Kordova
Teguhkan istana Al-Hambra

Al-Hambra..
Singgahsanamu pernah bersinar
Al-Hambra..
Indralokamu merah bercahaya
Umat silam membina empayar
Kegemilangan

Al-Hambra..Al-Hambra
Andalusia oh Al-Hambra

Al-Hambra..
Singgahsanamu pernah bersinar
Al-Hambra..
Indralokamu merah bercahaya
Bangunlah Granada berdirilah Kordova
Teguhkan kembali istana Al-Hambra
Suburkan semangat Andalusia
Subur semula Al-Hambra

Ada cerita di sebalik lagu ni rupanya..sedikit masa lagi, kita akan sama2 kupas yek. Tahniah dan jazakallah buat munsyid Far-East di atas pembikinan lagu yang boleh buat kita rasa nak explore dengan lebih jelas lagi tentang kejatuhan kerajaan Islam Kordova di Andalusia. Lagu ni sebenarnya dah lama, sekitar tahun 2004-2005. Suka untuk saya kongsi bersama intipati dari lagu ini buat tatapan semua. Lagu ni juga adalah susulan dari lagu album pertama Far-East yang kat bawah ni..sama je mesejnya:

Maassalamah Ya Andalus

Album : Far East Munsyid : Far East
sumber dari http://liriknasyid.com

Maka tersebutlah suatu daerah
Tersergam megah azannya bergema
Keagungannya, kemasyhurannya
Merentas seluruh dunia fana
Dan bersemaraklah cahaya-Mu Yang Esa
Bagai azimat untuk seluruh umat

Kehancuran yang mendatang
Kerna alpa dan prasangka jiwa lara
Harus kau ingat dari musibahmu
Datang bencana kerana kau lupa

Andalusia tinggal sejarah
Kekufuranmu terkubur semua

Haruslah kau beringat
Musibah yang melanda
Bencana dan merana kita lupa

Ada teladan dari kegagalan
Untukmu insan jadikan pedoman

Selamat tinggal Andalusia
Yang rebah tersungkur ke dada bumi
Selamat tinggal Andalusia
Mungkinkah dapatku kembalikan sinarmu.

Lagu: Johari Teh
Lirik: Ahmad Fadzli

Apa puncanya kerajaan di Andalusia ini jatuh?Adakah kerana berlaku campur tangan musuh-musuh Islam dari luar?atau kerana masalah yang melanda kerajaan Andalusia itu sendiri?Sama-sama kita bongkar dan ungkai setiap cerita dari kedua-dua lagu ini sedikit masa lagi. Sabau jela..



[+/-] Read More...

Jan 23, 2007

Kenali Al Imam As Syahid Hassan Al Banna (Riwayat hidup)


Jom..sure heboh jiwa raga kita bila membaca riwayat hidup serta siri perjuangan As Syahid Hassan Al Banna ni. Kalau nak diikutkan, kita sebenarnya dah lama dah kenal As Syahid ni..kira cam sejak kenalnya kita pada perjuangan Islam, tanda Allah dah pilih kita ni untuk menjadi penyambung mata-mata rantai perjuangan yang dibawa olehnya. Semakin kita mengulangi membaca dan terus menyelami siri perjuangan pejuang harakah islamiyah oleh beliau, jiwa kita terasa semakin berkobar-kobar nak menjadi salah seorang amilin yang wala' pada arahan, malah ingin menjadi antara qiyadi-qiadi yang berada di barisan paling hadapan.

Andai kata jika ada 10 orangla yang memiliki semangat perjuangan yang sama seperti As Syahid di zaman sekarang ni, nescaya segala kebatilan dan fitnah yang sedang berleluasa d i muka bumi ini dapat terhapus dengan ketinggian(yu'la) islam yang suci, zaman kegelapan Islam akan kembali menyinar terang seluruh alam dan seterusnya penindasan umat Islam yang selama ini berpanjangan akan berakhir dengan adanya pembelaan. Kita ada banyak lagi perajurit-perajurit Islam yang lain yang mempunyai siri perjuangan yang sama izzahnya(kemuliaan jiwa) dengan As Syahid. Antaranya seperti As Syahid Sayyid Qutb, Abul A'la Al Maududi, As Syahid Syeikh Ahmad Yasin..ramai lagi. Walaupun perjuangan mereka kesemuanya ditentang habis-habisan oleh kafir Yahudi laknatullah, namun risalah Islam tetap juga dapat tersebar luas. Inilah kuasa dan janji Allah s.w.t. Semoga Allah s.w.t terus menemani kita dalam perjuangan yang mutaakhir ini..kiamat makin hampir, tunggulah bantuan dari langit turun dan bantuan dari kalangan manusia muncul.

LATAR BELAKANG

Al-Imam as-Syahid Hassan al-Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di Mahmudiah, dekat Iskandariah, Mesir. Ayahnya, Ahmad ibn ‘Abd ar-Rahman al-Banna, merupakan lulusan Azhar yang bekerja sebagai tukang jam, juga seorang imam dan guru al-Qur’an di masjid serta telah menghasilkan beberapa buku berkaitan dengan perundangan Islam. Sebagai anak sulung, al-Banna telah dididik dengan suasana keIslaman dan disemai dengan nilai-nilai Islam oleh ayahnya.

PENDIDIKAN AWAL

Semasa al-Banna kecil, beliau telah diharapkan oleh ayahnya agar menjadi seorang hafiz al-Quran. Al-Banna telah dihantar kepada seorang guru bernama Syaikh Muhammad Zahran yang mempunyai ilmu yang luas dan dalam, bertaqwa serta sangat berwibawa. Cara didikan Syeikh Zahran adalah sangat keras, sehinggakan para pelajarnya, termasuk al-Banna yang masih kecil merasa terbeban dengan hafalan, membaca dan menelaah kitab-kitab, yang faedahnya hanya dapat dirasakan oleh al-Banna setelah beliau dewasa.

Setelah Syeikh Zahran semakin sibuk dengan da’wahnya, sehingga tiada kesempatan untuk terus menjadi guru di sekolah ad-Diniyah ar-Rasyad, ayah al-Banna memindahkan al-Banna ke Madrasah Idadiyah, sambil tetap menyuruh al-Banna menghafal al-Quran di rumah. Pada ketika itu, al-Banna sudah pun menghafal separuh al-Quran.

PERSATUAN AKHLAK MULIA

Minat dan keaktifan Hasan Al-Banna dalam berorganisasi sudah kelihatan sejak dia belajar di madrasah tersebut. Di madrasah itu, al-Banna membentuk organisasi Persatuan Akhlak Mulia (PAM), atas cadangan salah seorang gurunya, yang bertujuan untuk menegakkan akhlak mulia di lingkungan madrasah. Undang-undang pun dibuat oleh mereka sendiri, seperti siapa yang memaki saudaranya didenda 1 millim (mata wang terkecil Mesir), yang memaki ayahnya didenda 2 millim, memaki ibunya, mencela agama, bertengkar, dan sebagainya. Semua yang bertentangan dengan akhlaq mulia, dikenakan denda. Denda akan dilipatgandakan, sekiranya yang melanggar adalah anggota pimpinan organisasi, yang diketuai oleh al-Banna. Wang hasil denda dimanfaatkan untuk kegiatan sosial.

GERAKAN ANTI MAKSIAT

Tidak puas dengan pertubuhan yang hanya mengendalikan pelajar, al-Banna dan teman-temannya membuat organisasi asosiasi keislaman dengan nama Gerakan Anti Maksiat (GAM) untuk memberi teguran melalui surat kepada sesiapa sahaja yang melakukan maksiat. Masing-masing anggota organisasi mengawasi anggota masyarakat, yang terdiri daripada masyarakat biasa, pedagang, hingga syaikh-syaikh (ulama) sekalipun. Bila ada seseorang yang melakukan kesalahan/dosa (perbuatan yg bertentangan dengan syariat Islam) akan dikirimkan surat peringatan, yang dihantarkan secara diam-diam oleh anggota GAM. Tetapi aktiviti rahsia GAM terbongkar oleh seorang pemilik kafe, yang berjaya menangkap pembawa surat teguran yang berisi peringatan atas kesalahan pemilik kafe yang membawa penari wanita di kafenya.

Ketika berusia 13 tahun, Hasan Al-Banna melanjutkan pelajarannya ke Madrasah al-Muallimin al-Awwaliyah di Damanhur walaupun sebenarnya dia belum memenuhi syarat umur minimum 14 tahun. Hafalan al-Qurannya pun belum 100%, tetapi karena mudir madrasahnya melihat kecerdasan al-Banna, beliau memberi pengecualian. Sejak usia muda ini, Hasan Al-Banna mulai tertarik dengan gerakan sufi yang saat itu marak di Mesir. Selain mengikuti zikir tasawuf, Hasan Al-Banna pun aktif ikut halaqoh yang diadakan oleh syaikh-syaikh pemimpin sufi, terutamanya syeikh-syeikh dari tarikat Hashofiyah. Beliau sangat mengagumi tokoh utama dari tariqat ini, yaitu Syaikh Abdul Wahhab al Hashafi bin Syaikh Hasanain al-Hashafi. Penglibatan al-Banna dalam aktiviti kesufian inilah yang telah membuatkan beliau menyedari betapa perlunya pemupukan sahsiah dan akhlak individu untuk menjadi prasyarat kepada proses pengIslaman masyarakat.

UZLAH

Walaupun Hasan Al-Banna mengikuti gerakan sufi, tapi beliau tidak 100% menyetujui cara hidup orang-orang sufi yang berlebihan, seperti beruzlah (mengasingkan diri) dari kehidupan masyarakat umum, untuk untuk memperolehi kenikmatan beribadah untuk peribadi semata-mata. Al-Banna berpendapat bahwa uzlah adalah perlu sesekali waktu, harus tidak berlebihan, tak boleh melebihi garis syara’, karena uzlah seperti itu merupakan gudang segala kebajikan.

Al-Banna bukan sahaja hafiz al-Quran, malah menghafal 18.000 bait puisi Arab dan juga ribuan matan hadis.

Setakat ini dulu buat masa ni yek, kita akan sambung lagi lain kali untuk terus mengikuti perjuangan As Syahid serta pejuang-pejuang penegak Islam yang lain dengan lebih jelas dan terperinci lagi..Takbir!Takbir!Takbir! Wallahualam.


[+/-] Read More...

Jan 22, 2007

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun

Doa Akhir Tahun

Doa Awal Tahun


Awal Muharram, Mohon Keberkatan.


Alhamdulillah, kita masih diberi peluang dan kesempatan oleh Allah s.w.t kerana diberi nafas dan nikmat untuk sama-sama menyambut kedatangan awal Muharam tahun 1428h ini. Alhamdulillah, hari ini dah bersamaan dengan 4 Muharram 1428h. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, kita semua dapat mengambil pelbagai iktibaran serta contoh tauladan dari peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w dari kota Makatul Mukarramah ke Madinah Al Munawwarah.

Selain itu kita juga mengambil sebanyak mungkin peluang untuk memperbaiki mutu kerja kita dalam menjunjung tinggi kalimah 'Lailahaillallah' serta tugasan harian kita yang lain. Sebaik-baik akhlaq adalah akhlaq yang dibawa oleh junjungan besar Rasulullah s.a.w. Jika kita meletakkan Allah sebagai matlamat, insya Allah kita semua akan jadi mudah untuk melakukan sebarang tugasan harian dalam hidup kita.


Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri."” (Ar- Ra’d: 11)

Sabda Rasulullah saw: "Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia" (Muslim dan Tarmidzi)

Sesungguhnya rahmat Allah itu Maha Luas kepada seluruh umat manusia. Selagi kita berpeluang mengecapi nikmat Allah, selagi itulah kita dituntut untuk berjuang di jalan-jalan Allah. Bila kita buat kerja Islam ni, labudda kita akan bertemu dengan pelbagai mehnah dan cabaran. Jalan yang sedang kita lalui ini bukan dihamparkan dengan permaidani merah berwangikan haruman bunga mawar, tetapi yang menjadi santapan kaki-kaki kita adalah onak dan duri. Semoga kita dapat kembali kepada Allah s.w.t di akhirat kelak dengan hati yang sejahtera. Salam Maal Hijrah, salam ceria..senyung sokmo deh..wallahualam.

-musazanurfi-



[+/-] Read More...

PENYAKIT UMMAT ISLAM-KAEDAH & CARA PENGUBATANNYA - 1


'Futur Jama'i' dan Kejayaan Islam

Sekiranya seruan ini dapat menjelma menjadi angin, biarlah ia menembus ke setiap hati para pejuang, menelusup ke dalam bahagian yang paling putih, menjaganya supaya tetap bersih dan suci. Agar sentiasa hadir keperkasaan. Sentiasa mampu menentang kelemahan. Juga sentiasa mampu terus berjuang dan sentiasa memperolehi catatan emas serta senantiasa mencapai kejayaan untuk Islam dan kaum Muslimin keseluruhannya.

Menurut lughat (bahasa), Futur bermaksud:

a) putus setelah bersambung atau tenang setelah bergerak
b) malas, lambat, pelan, setelah rajin dan bersungguh-sungguh

Adapun menurut istilah, Futur adalah satu penyakit yang menimpa sebahagian aktivis, menimpa secara praktikal (dalam bentuk perbuatan). Tingkat yang paling rendah Futur ialah sikap bermalas-malasan, menunda-nunda atau berlambat-lambat sesuatu pekerjaan dan kemuncaknya ialah terputus atau berhenti sama sekali dalam setiap gerak kerja yang dirancang untuk mencapai sesuatu matlamat seperti yang ditetapkan.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan kepunyaan-Nyalah segala yang di langit dan di bumi dan malaikat-malaikat yang ada di sisi-Nya, mereka tidak mempunyai alasan apa untuk beribadah kepada-Nya dan tidak pula merasa letih. Mereka sentiasa bertasbih malam dan siang tiada henti-henti".
(Al-Anbiya' : 19-20)

Maksudnya, mereka (malaikat) selalu beribadat dengan menyucikan Allah dari segala sesuatu yang tidak layak bagi-Nya, selalu mengerjakan solat dan berzikir kepada Allah siang dan malam dengan tiada merasa lemah dan bosan.(Shafwatul Tafasir oleh Ash-Shabuni 2: 257-258).

Fenomena ini adalah satu perkara yang biasa berlaku dan dihadapi oleh ramai mereka yang bertangungjawab dalam mentarbiyah para aktivis dakwah khususnya mereka yang terlibat dalam siasah. Hakikat ini adalah kerana futur merupakan sifat semula jadi manusia. Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadits yang bermaksud;

“Sesungguhnya bagi setiap amalan adalah masa-masa rajin dan tiap-tiap masa rajin ada futur. Namun barangsiapa yang futurnya menjurus kepada sunnahku, maka sesungguhnya ia telah memperoleh petunjuk. Barangsiapa pula yang futurnya menjurus kepada selain sunnahku, maka ia telah tersesat.” (Riwayat Al-Bazzar)


Cerita sahabat:

Pada zaman Rasulullah terdapat seorang sahabat yang pernah mengalami futur dimana pada saat itu ketika Rasulullah menyerukan perang kepada seluruh kaum muslimin, hampir seluruh kaum muslimin langsung menyambut seruan itu kecuali orang-orang munafik dan orang-orang yang berhalangan tanpa alasan termasuk Ka’ab bin Malik. Akibat tindakan Ka’ab bin Malik tersebut Allah mengujinya dengan cara Rasulullah memerintahkan kepada sahabat yang lain untuk memencilkannya dan menyuruh isterinya untuk tidak menegurnya selama 50 hari.

Namun dengan keistiqomahan beliau kemudian Allah mengampuni dengan menurunkan ayat At-Taubah:118 “dan terdapat tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi menjadi sempit bagi mereka padahal bumi itu luas, dan jiwa mereka pun telah (terasa) sempit oleh mereka, serta mereka telah mengetahui bahawa tidak ada tempat lari dari siksa Allah, melainkan kepada-Nya. Kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubat mereka. Sesungguhnya Allah lah maha penerima taubat lagi Maha Penyayang.



MENGENALI AL-FUTUR

1. Melakukan maksiat dan dosa berulang kali.

Terlalu kerap melakukan kesalahan menjadikan seseorang itu merasakan kesalahan sebagai suatu kebiasaan. Sehingga pada suatu ketika individu itu semakin sukar meninggalkan kesalahan tersebut. Hasil daripada kebiasaan tersebut pula menyebabkan hilang rasa bersalah ketika melakukan kesalahan atau dosa. Akibatnya, seseorang menjadi semakin berani melakukan dosa dan kesalahan yang berikutnya. Anas RA pernah berkata:

'Demi Allah, nescaya kamu melakukan suatu dosa yang kamu anggap dosa itu lebih nipis dari rambut. Sedangkan kami dahulu menganggap perbuatan tersebut termasuk dalam `maubiqat' (dosa besar). "

Rasulullah SAW bersabda: "Setiap umatku akan dimaafkan kecuali orang yang (berani) melakukan dosa secara terang-terangan. " (HK. Bukhari).


2. Merasakan kekerasan dan kebekuan hati.

Kekerasan hati laksana batu keras yang tak dapat diubah atau dipengaruhi oleh kejadian-kejadian di sekitarnya serta sukar menerima teguran dan nasihat.

3. Diri merasakan kesukaran untuk tekun dalam beribadah.

Hal berlaku seperti sukar untuk khusyuk dalam solat, ketika berzikir, membaca al-Qur'an dan berdoa.

4. Apabila timbul rasa malas melakukan amal ketaatan dan ibadah

Timbul perasaan cenderung untuk meremehkan amalan dan ibadahnya. Contohnya enggan atau meremehkan kehadiran solat berjamaah atau menunaikan solat di awal waktu. Ketika dia menunaikan amal ibadah, ia hanya merupakan aktiviti yang kosong dari roh. Allah SWT menyifatkan orang munafiq dalam firman Nya:
`Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas. " (QS. an-Nisaa':142).

5. Perasaan cepat dilanda gelisah.

Cepat merasa dada begitu menyesak laksana orang yang sedang menghadapi masalah berat yang menghimpit, sedangkan masalah yang dihadapi itu hanyalah masalah yang remeh saja. Juga rasa tidak tabah dan `pucat lesi' ketika menghadapi musibah atau cubaan.

6. Suasana jiwa yang tak tersentuh dengan kandungan ayat suci al¬Qur'an.

Sama ada ayat itu berupa janji, ancaman, perintah, mahupun larangan. Timbulnya sikap malas untuk mendengar dan menyemak al-Qur'an, apatah lagi membacanya.
Malah sanggup pula menyempitkan ruang dan merendah-rendahkan orang lain yang ingin mendekatkan diri kepada Allah melalui penghayatan pembacaan al-Quran mahupun melalui majlis-majlis tazkirah.Golongan ini hanya suka kepada majlis-majlis berbentuk hiburan.

7. Lalai atau malu mengamalkan zikir.

Dengan alasan zikir adalah suatu yang sukar malah merasakannya sebagai amalan yang berat. Firman Allah SWT: "Dan, mereka tidak menyebut-Allah kecuali hanya sedikit sekali." (QS. an-Nisaa:142)


8 . Berkurangnya rasa marah atau tidak terusik langsung hati untuk merasa marah tatkala melihat kemungkaran atau perlanggaran peraturan dan hukum yang diharamkan Allah SWT.

Berkurangnya rasa cinta atau lenyap sama sekali kecintaan terhadap perbuatan ma'ruf dan keta'atan. Atau dengan kata lain, segala permasalahan di anggap sama, sehingga tak terdetik dalam hati untuk melarang kemungkaran atau menganjurkan kebaikan. Sesiapa yang dilanda kemalasan ini adalah seseorang yang enggan untuk aktif dalam dakwah Islam.Dalam masyarakat kita dewasa ini, kemungkaran berlaku didepan mata, tetapi tidak berani menegur kerana takut hilang jawatan dan hilang kemewahan hidup duniawi yang penuh dengan tipu daya.

9. Menilai sesuatu hanya dari segi perkara tersebut itu dosa atau tidak sahaja dan tidak melihat dari sudut perbuatan yang makruh.

Kebanyakan orang apabila ingin melakukan perbuatan, ia bertanya adakah perbuatan tersebut dosa atau tidak? Ini merupakan sesuatu yang baik. Namun yang lebih baik adalah bertanya dengan soalan "Adakah perkara tersebut haram atau makruh ?" kerana perkara yang makruh akan menyeret seseorang kepada perkara syubahat. Sedangkan Rasulullah SAW pernah bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim "Barangsiapa yang terjerumus dalam syubahat, bererti ia berada dalam yang haram”.

10. Kurang memberi perhatian terhadap urusan atau hal ehwal umat Islam.

Tidak pernah atau tidak mahu mendoakan saudara seIslam mereka apatah lagi mengeluarkan infaq (sumbangan/ perbelanjaan) untuk mereka. Perasaannya begitu dingin dan 'beku', ketika menyaksikan permasalahan umat Islam yang sedang dikuasai musuh, ditindas, dizalimi, diseksa dan sebagainya. Malah merasa bersyukur dan gembira kerana tidak tertimpa musibah tersebut. Tidak pernah prihatin atau tidak pernah mahu bersusah payah berjuang untuk mengatasi keadaan umat Islam juga merupakan suatu petunjuk atau indikasi ketiadaan rasa tanggung jawab terhadap agama.

Secara jelas Rasulullah SAW telah bersabda antara lain "Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya apa yang ia cintai buat dirinya" malah dalam hadis baginda yang lain pula : " Seorang muslim adalah saudara muslim, tidak boleh menzalimi dan tidak boleh membiarkannya tidak menolongnya. Barangsiapa yang memerhatikan keperluan saudaranya maka Allah memerhatikan keperluannya. Barangsiapa melepaskan kesusahan saudaranya, maka Allah akan melepaskan kesusahannya di hari Kiamat.. ... "

11. Cenderung memperbanyakkan perdebatan dan menjauhi urusan amal.

Perdebatan yang berlebihan atau berbantah-bantah yang terlalu kerap ditambah pula tanpa hujah yang benar dan tepat, atau tanpa pengetahuan dan dalil yang jelas justeru menjadikan hati menjadi keras dan beku. Malah yang lebih menakutkan adalah sebagai sebab munculnya benih-benih perpecahan.

12. Terlalu memerhatikan urusan dunia berbanding urusan akhirat.

Keadaan terlalu memerhatikan urusan dunia hingga berlebih-lebihan dalam memerhatikan diri sendiri, baik dalam masalah makan, minum, pakaian, kenderaan, tempat tinggal dan sebagainya. Berlumba-lumba mengejar kekayaan tanpa memperhitungkan dosa-pahala.

13. Menghindar atau memisahkan diri dari persekitaran persahabatan dengan orang-orang baik.

Muncul rasa tidak selesa atau kurang enak apabila berada di dalam suasana dan persekitaran orang-orang yang berjuang di jalan Allah. Malah ada segolongan atau sekelompok manusia yang menghina dan memperlekehkan orang-orang baik, berilmu dan alim.


[+/-] Read More...

Jan 21, 2007

TAQWIM HIJRI: SYIAR YANG TERPINGGIR



Assalamulaikum Wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

Di zaman pra Islam, kaum Arab menggunakan taqwim yang berasaskan kepada sistem lunar (Qamariah). Walau bagaimanapun, mereka banyak mencampur adukkan perbuatan melewatkan tarikh, mengawalkannya sehingga kiraan menjadi caca merba. Mereka menjadikan peristiwa-peristiwa besar sebagai penamaan kalendar. Misalnya mereka menamakan tahun 1871S.M. dengan mengambil sempena pembinaan Kaabah, banjir besar pada tahun 120S.M. dan tahun Gajah pada 571M serta tarikh-tarikh yang lain.

Walau bagaimana pun, golongan Arab Jahiliah pra Islam telah meminda kalendar yang mereka gunakan itu semata-mata untuk memenuhi kehendak hawa nafsu. Mereka telah menjadikan di dalam satu tahun sebanyak 13 bulan lantas menjadikan bulan Muharram itu sebagai Safar. Hal ini diterangkan oleh al-Imam at-Tabari di dalam suatu riwayat oleh Abu Malik, ketika menghuraikan maksud firman Allah SWT di dalam al-Quran, Surah at-Taubah ayat 36:

"Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah adalah dua belas bulan. Sebagaimana yang termaktub di dalam Kitab Allah (wahyu dan Sunnatullah - peraturan Allah terhadap kejadian alam), iaitulah sebagaimana hari Allah menjadikan langit dan bumi. (Daripada dua belas bulan itu) terdapat empat bulan yang Haram. Demikian itu adalah Deen yang benar dan lurus, maka janganlah kamu menzalimi diri kamu di dalam bulan-bulan (yang Haram) itu"

Turunnya ayat ini adalah dengan tujuan membetulkan kembali penyelewengan yang dilakukan oleh Arab Jahiliah. Mereka berasa berat disebabkan oleh musim haji yang ada kalanya berlaku pada musim sejuk. Ini menyukarkan agenda perniagaan mereka lantas mereka mengubah bilangan bulan dalam setahun semata-mata dengan tujuan untuk menjatuhkan musim haji pada waktu yang selesa dengan kepentingan diri.

Begitu juga, mereka sukar hendak menahan diri daripada melakukan gencatan senjata, mengelakkan pertumpahan darah pada tiga bulan Haram yang berturut-turut iaitu Dzulkaedah, Dzulhijjah dan Muharram, lantas perubahan bilangan bulan dilakukan.

Perbuatan karut ini dipelajari oleh kaum Arab daripada Yahudi dan Nasrani yang menggunakan kalendar berasaskan sistem solar iaitu setiap tahun adalah bersamaan dengan 365 1/4 hari. Pada setiap empat tahun mereka akan menambah satu hari menjadi 366 hari dan setiap 120 tahun, sebulan ditambah daripada bilangan induk lantas menjadi 13 bulan bagi tahun berkenaan. Ini dinamakan sebagai Kabisah.

Namun pada tahun 1582M, Pope Gregory telah menyedari kecacatan pada kalendar mereka lalu memasukkan satu hari tambahan bagi setiap empat tahun itu pada bulan Februari lantas menjadikannya 29 hari pada setiap empat tahun.

Ketika Haji Wida', Nabi SAW telah membacakan firman Allah di atas dan menetapkan kembali pengiraan bulan dalam setahun. Oleh yang demikian, Haji Wida' Nabi SAW itu jatuh tepat pada bulan Dzulhijjah sedangkan Haji yang dilakukan oleh Abu Bakr RA pada tahun sebelumnya, adalah jatuh pada bulan Dzulkaedah. [Lihat Tafsir al-Kasyaf oleh al-Zamakhsyari 2/38].



Di zaman Rasulullah SAW dan era Khulafa' Rashideen yang awal, umat Islam menentukan pengiraan tarikh dari setahun ke setahun. Mereka menamakan tahun pertama Hijrah sebagai Tahun Keizinan sebagai merujuk kepada keizinan berperang. Tahun kedua Hijrah pula dikenali sebagai Tahun Qital kerana berlakunya peperangan Badr al-Kubra dan demikianlah dari setahun ke setahun sehingga kewafatan Nabi SAW.

Era kepimpinan Abu Bakr as-Siddiq, tidak memberikan kesempatan kepada umat Islam untuk menyemak hal ini disebabkan oleh tempoh yang pendek dan kesibukan umat Islam berhadapan dengan peperangan terhadap golongan Murtad. Sehinggalah pada tahun 17 selepas Hijrah, Umar al-Khattab yang menjadi Khalifah ketika itu melihat kepada perlunya umat Islam mempunyai suatu kalendar yang teguh untuk menjadi rangka masa pengurusan kehidupan seharian mereka serta pembinaan tamadun Islam itu sendiri. Lantas beliau mengumpulkan umat Islam dan bermesyuarat dengan mereka.

Di peringkat awalnya, umat Islam cenderung kepada menjadikan tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai permulaan kalendar mereka. Namun hal ini tidak mencapai persetujuan kerana umat Islam tidak sepakat tentang tarikh sebenar kelahiran Nabi SAW di antara 8 dan 12 Rabiul Awwal tahun 571M. Begitu juga, kelahiran Nabi SAW bukanlah merupakan signifikasi terbesar terhadap Baginda. Hal ini berlainan dengan orang Nasrani yang menyembah Isa AS dan mengangkat Baginda sebagai tuhan. Maka sudah tentulah kelahiran Isa itu yang dianggap sebagai peristiwa terpenting. Akhirnya umat Islam bersetuju menjadi peristiwa Hijrah sebagai permulaan hitungan kalendar mereka. (Al-Bidayah wa an-Nihayah oleh Ibnu Kathir 2 / 259)

Ini merujuk kepada betapa besarnya kesan yang terhasil daripada peristiwa Hijrah itu. Ia mengubah daripada Islam yang lemah, ditindas dan terkongkong oleh tekanan, kepada Islam yang gagah, memerintah dan berjaya tegak sebagai suatu sistem yang teguh dan sempurna. Para sahabat juga sepakat di dalam membuat penentuan kepada tarikh berlakunya Hijrah Nabi SAW. Oleh yang demikian, pada hari Rabu 20 Jumada Akhirah tahun 17 Hijrah, Umar al-Khattab dan umat Islam seluruhnya telah melancarkan Taqwim Hijri ini.

Dengan itu, perhitungan terhadap Taqwim Hijri memperolehi sepakat bahawa 1 Muharram tahun pertama Hijrah jatuh pada hari Jumaat 16 Julai 622M bersamaan tahun 4382 bagi kiraan Ibrani, 933 pada kalendar Alexander the Macedon dan 1375 pada kiraan Roman dan 338 pada kiraan Qibtiah Mesir.

Semenjak itu umat Islam terus menerus menggunakan Taqwim Hijri sebagai asas ketamadunan mereka. Ia amat serasi dengan kehidupan umat Islam dan menjadi perlambangan yang penting kepada mensyiarkan Islam sebagai agama Fitrah.

Taqwim Hijri yang berasaskan lunar (sistem bulan), menjadikan musim puasa dan haji jatuh awal kira-kira 11 hari setiap tahun atau sekitar 1 bulan setiap tiga tahun. Ini menjadikan ibadah berkenaan berlaku pada pelbagai musim dan ia memberikan kesejahteraan kepada umat Islam untuk beribadah. Bagi umat Islam yang menetap di Hemisfera Selatan seperti Australia, New Zealand, Argentina, Chile, Afrika Selatan dan sebagainya, mereka tidaklah terpaksa sentiasa berpuasa pada musim panas yang menyaksikan waktu siang yang amat panjang.

Setiap umat Islam mendapat bahagian mereka secara adil dan saksama. Sesungguhnya Taqwim ini amat bersesuaian dengan fitrah manusia. Benarlah menurut pendapat sesetengah bijak pandai, bahawa kehidupan manusia adalah lebih banyak berkaitan dengan bulan berbanding matahari!

Namun, penggunaan Taqwim Hijri yang menjadi syiar penting umat Islam ini merosot sedikit demi sedikit, selari dengan kemerosotan dominasi dan penguasaan Islam itu sendiri. Perancis terus menerima pakai kalendar Gregorian yang cacat cela itu sebaik sahaja ia diisytiharkan oleh Pope Gregory pada tahun 1582M.

England menerimanya pada tahun 1752M, Jepun pula pada tahun 1872M, Mesir pada tahun 1875M, China pada tahun 1912M, Greece (Yunan) pada tahun 1913M, Soviet Union pada tahun 1923 dan akhirnya selepas pembubaran Khilafah Othmaniyyah pada tahun 1924M, Taqwim Hijri telah dimansukhkan oleh Ataturk pada tahun 1926M. Lantas berbondong-bondonglah umat Islam serata dunia mengikut jejak langkah Yahudi dan Nasrani hingga bersama mereka memboloskan diri ke lubang biawak.

Apabila disebutkan bahawa usia Nabi SAW semasa wafat adalah 63tahun, maka ramailah umat Islam berusia 60 tahun itu yang menyangka ada lagi tiga tahun sebelum mencecah usia Nabi SAW sedangkan menurut kiraan Hijri, usianya sudah mencecah ke tahap kecemasan.

Anak-anak lelaki yang diklasifikasikan sebagai aqil baligh ketika mencecah usia 15 tahun itu juga merujuk kepada kiraan Hijri dan bukannya pada hitungan Gregory. Lebih malang, hari-hari Allah [surah Ibrahim 14: ayat 5] yang padanya ada fadhilat, ada sejarah, ada hikmah dan ada kebesaran terpinggir dari kehidupan umat Islam lantas anak-anak muda kita lebih ingat kepada 'fadhilat' 14 Februari berbanding 1 Hijrah yang terperosok di celah kokokan ayam jantan Gong Xi Fa Chai tahun ini.

[+/-] Read More...